Penangan G Dragon Pmx Masih Belum Move On Netizen Berebut Hadiah


 

Anwar berkongsi di media sosial menerima hadiah istimewa daripada G-Dragon ketika menyaksikan persembahan pada majlis makan malam sempena APEC 2025 di Gyeongju, Korea Selatan pada 31 Oktober 2025.
KUALA LUMPUR, 4 Nov – Nampaknya ‘penangan’ menyaksikan persembahan bintang K-pop terkenal, G-Dragon selepas menghadiri majlis makan malam pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeongju, Korea Selatan baru-baru ini, masih belum ‘move on’ sekurang-kurangnya buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hari pertama kembali bertugas selepas dinasihatkan doktor untuk berehat selama dua hari, menyaksikan hantaran di Facebooknya berkongsi menerima hadiah istimewa daripada penyanyi berkenaan, sebelum terlupa untuk dikongsikan dengan pengikutnya hari ini.
“Lupa nak kongsi, tempoh hari saya dan pimpinan APEC dapat hadiah dari G-Dragon,” katanya.
Antara komen-komen netizen yang ditinggalkan di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘menjentik’ peminat Kpop di kalangan remaja pada 4 November 2025.Hantaran berkenaan kini telah melepasi lebih 18,000 reaksi pelbagai dengan lebih seribu komen ditinggalkan netizen sejak dimuat naik petang tadi.
G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong tampil membuat persembahan selama 10 minit pada majlis makan malam rasmi APEC 2025 yang berlangsung di Grand Ballroom, Lahan Select Hotel, Gyeongju pada 31 Oktober lalu.
Sebagai duta promosi APEC Korea 2025, penyanyi legenda kumpulan BigBang itu mempersembahkan tiga lagu popularnya iaitu Drama, Power dan Home Sweet Home.
Anwar menghadiri mesyuarat APEC di republik itu untuk memperkukuh dua hala yang konstruktif serta kerjasama ekonomi global dalam majlis makan malam dihoskan presiden Lee Jae-myung
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin APEC menyaksikan persembahan hebat bintang K-pop Korea dan diraikan dalam Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Presiden Republik Korea, Lee Jae Myung, di Gyeongju pada 31 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimAnwar turut menambah tanda pagar #KpopForever pada hantaran berkenaan, sekali gus mencuit hati peminat K-pop tempatan.
Malah hadiah yang diterima Anwar serta ketua negara yang hadir pula menjadi ‘rebutan’ netizen yang geli hati melihat seolah-olah Perdana Menteri masih belum ‘move on’ dan ‘membakar’ perasaan mereka dengan tanda pagar (hashtag) #BelumMoveOn serta meihat hadiah eksklusif yang diterima.
Antara komen-komen netizen yang ditinggalkan di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘menjentik’ peminat Kpop di kalangan remaja pada 4 November 2025.Harith Hasnan dengan nada melawak menulis “Ni dah melampau ni. Kita wajib turunkan Anwar sebab dia dapat lightstick GD free gitu je 😭 #TurunAnwar,” tulisnya.
“best part is sharing moments like this with world leaders. shows that even in serious matters, we can still find joy. K-pop brings us together in a unique way. love it,” menurut komen ditulis Rohani Abu.
 
”Bestnya dapat hadiah dr G-Dragon. Bhg kita pun nak chill mcm gini. Diplomasi budaya mmg seronok, semua orang boleh feel. Kpop dijiwa, takkan pernah move on,” tulis Aashif Amir.
Antara komen-komen netizen yang ditinggalkan di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘menjentik’ peminat Kpop di kalangan remaja pada 4 November 2025.Malah ada juga yang merayu supaya Perdana Menteri membawa konsert BigBang ke Malaysia dan diadakan selama tiga hari kerana amat sukar melihat mereka beraksi secara langsung di luar Korea Selatan.
“PMX pls next year 20th anniversary BigBang. Bagi 3 hari konsert 😭😭 susah sgt dptkan tgk live dia,” luah Katherine Yap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/penangan-g-dragon-pmx-masih-belum-move.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 293 hits
FORMER Barisan Nasional strategic communication deputy director Datuk Eric See To has triggered an avalanche of brickbats against Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim after he teased the latter for getting syiok over an official light st...
Pm Anwar Kongsi Dapat Hadiah Daripada G Dragon

Pm Anwar Kongsi Dapat Hadiah Daripada G Dragon

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 210 hits
PM Anwar Kongsi Dapat Hadiah Daripada G Dragon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ramai selepas berkongsi menerima hadiah daripada penyanyi Korea Selatan G Dragon sewaktu Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifi...
Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 265 hits
V AshokULASAN SUKAN Pada saat saat sebegini kesimpulan yang kita boleh buat bagi menghuraikan nasib ditanggung FAM dan maruah kita semua adalah ibarat pepatah nasi sudah menjadi bubur Hanya satu perkataan sudah cukup untuk menceritakan kesa...
Belum Sampai Lagi

Belum Sampai Lagi

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 132 hits
Ridwan Abu Bakar Lambat lagi ajal AMANAH InsyaAllah kata saya kepada kawan bila konvensyen hari pertama AMANAH 2025 berakhir dengan sedikit panas Kalau tak panas langsung hawa politik dalaman mana parti tandanya ajalnya makin hampir Dirgaha...
Hiburan Peguam Maklum Kamal Adli Masih Mahu Pertahankan Rumah Tangga Dengan Uqasha Senrose Dia Memang Ada Usaha

Hiburan Peguam Maklum Kamal Adli Masih Mahu Pertahankan Rumah Tangga Dengan Uqasha Senrose Dia Memang Ada Usaha

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 183 hits
Pelakon dilaporkan masih mahu mempertahankan rumah tangganya bersama aktres Uqasha Senrose meskipun pasangannya itu telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah baru baru ini Menurut peguam yang mewakilinya Abdul Hadi Mohamad Salle...
Pm Anwar Tegur Pihak Lantang Kritik Tanpa Faham Isi Art 2025 Dah Baca Ke Belum

Pm Anwar Tegur Pihak Lantang Kritik Tanpa Faham Isi Art 2025 Dah Baca Ke Belum

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 199 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir pihak yang lantang kritik Perjanjian Perdagangan Timbal Balik dengan Amerika Syarikat tanpa memahami kandungan sebenar perjanjian tersebut Lantang kritik tapi tak baca isi kandunga...
Belum Kering Luka Gaza Tular Pula Penderitaan Umat Islam Di Sudan

Belum Kering Luka Gaza Tular Pula Penderitaan Umat Islam Di Sudan

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 221 hits
SUDAN Belum pun reda air mata kita mengenang nasib saudara di Gaza kini dunia sekali lagi dikejutkan dengan rakaman menyayat hati dari Sudan Rakaman Paling Menyayat Hati Video berdurasi hampir sembilan minit itu dikatakan antara yang paling...
Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 321 hits
Usahawan dan pempengaruh tampil memberi respon mengenai video yang tular di mana memaparkan bekas suaminya Dr Munzir Shokri sedang makan bersama seorang pelakon wanita Ujar Puteri Zarith dia tidak ambil tahu mengenai hubungan yang terjalin ...
Dia Belum Jumpa Lagi 4124 Aiza

Dia Belum Jumpa Lagi 4124 Aiza

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 239 hits
Plat pendaftaran kenderaan dengan huruf U kini semakin banyak digunakan menandakan kemajuan siri nombor baru oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Sekilas nampak biasa cuma huruf bertukar tapi bila diperhati masa sebenarnya dah jauh meninggalkan ...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Part Iii Tempat Solat Beli Beras

Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia