REAKSI Kane ketika beraksi di Piala Super Jerman.
( 📸 ©AFP)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Harry Kane mengalami kekalahan sulung bersama Bayern Munich apabila pasukan baharunya itu tewas 0-3 kepada RB Leipzig di Piala Super Jerman, awal pagi tadi, hanya beberapa jam selepas mengesahkan perpindahan dari Tottenham.
(📸 ©Sinar Harian)
Harry Kane terlepas peluang untuk menjulang piala pertama pada penampilan sulungnya bersama Bayern Munich apabila tewas 3-0 di tangan RB Leipzig dalam aksi Piala Super Jerman.
Penantian Harry Kane untuk menjulang trofi buat kali pertama dalam kariernya musnah.🥺
(📸 ©ESPN FC)
Dani Olmo menjadi tumpuan perlawanan apabila meledak hatrik dan menghancurkan impian Kane menjulang trofi major pertamanya, beberapa jam selepas menyempurnakan perpindahan dari Tottenham.
Dani Olmo meledak hatrik ketika RB Leipzig menewaskan Bayern Munich 3-0 dalam aksi Piala Super Jerman di Allianz Arena, Munich.
(📸 ©AFP)
Kane masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-64 ketika Bayern sudah ketinggalan 0-2 dengan Olmo melengkapkan hatriknya tidak lama kemudian.
Saya minta maaf kepada Harry Kane, dia mungkin fikir kami sudah empat minggu tidak berlatih,”
”
Jurulatih Bayern, Thomas Tuchel
kata Tuchel yang mengakui dia kehabisan kata-kata susulan prestasi hambar juara Jerman itu.
Harry Kane (tengah) dimasukkan sebagai pemain gantian pada aksi sulungnya bersama Bayern Munich.
(📸 ©REUTERS)
Kane yang juga penjaring terbanyak England, menyertai Bayern dari Tottenham dengan nilai perpindahan berjumlah 100 juta euro (RM503.3 juta).
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |