Kehadiran Pesawat Tentera China Di Malaysia Latihan Rutin Atau Amaran Rutin


MalaysiaNow

Program penerokaan minyak Petronas yang baru dilancarkan mungkin menjadi faktor ketegangan terbaru ini.

Atas: Dua pesawat tentera China yang dipintas radar TUDM pada 31 Mei, dan (bawah) imej satelit pulau terumbu Fiery Cross, Subi dan Mischief, yang ditukar menjadi kubu tentera oleh Beijing di Laut China Selatan. Siasatan MalaysiaNow mendapati insiden melibatkan 16 pesawat China yang melakukan penerbangan berdekatan wilayah Malaysia minggu ini menggambarkan sebuah tindakan mirip kepada “amaran rutin” dari Beijing terhadap musuh-musuhnya di wilayah ini, tetapi kali ini dengan aset utama ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan penemuan terbaru minyak di Malaysia menjadi sasarannya.
Tindakan terbaru itu berlaku ketika tentera AS meneruskan program Freedom Navigation Operation (Fonop), sebuah usaha bagi menunjukkan kehadiran AS bagi mencabar tuntutan-tuntutan wilayah di perairan dan ruang udara antarabangsa.
Kapal pengangkut yang dilengkapi senjata nuklear USS Ronald Reagan terlibat dalam program Fonop di Laut China Selatan dalam usaha melemahkan cita-cita hegemoni China di wilayah itu.
Kehadiran AS sememangnya dialu-alukan negara-negara yang terlibat dalam ketegangan itu walaupun tidak ditunjukkan secara terang-terangan.
Beberapa pulau dan terumbu maritim di Spratly menjadi kawasan perebutan enam buah negara termasuk, China , Taiwan, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei.
China dilihat mendominasi dengan saiz negara dan kekuatan senjatanya sekaligus mengawal kawasan tersebut dan mengubahnya menjadi lokasi pelancaran senjata dan pesawat tenteranya.
Selain itu, potensi perairan tersebut yang kaya dengan sumber perikanan dan dipercayai menyimpan minyak mentah dan karbon hidro turut menghangatkan lagi konflik di Laut China Selatan sehingga kawasan itu berpotensi menjadi titik konflik paling berbahaya selepas Teluk Parsi.
Malaysia sering mengelak daripada konfrontasi secara langsung dengan China berbanding jiran-jirannya yang lebih keras mengkritik seperti Filipina dan Indonesia.
Kapal tentera Amerika Syarikat USS Ronald Reagan. Sebuah jentera pengangkut pesawat berlabuh di Hong Kong pada 21 November 2018. Kapal itu dilaporkan menuju Timur Tengah ketika ini. Gambar: APNamun insiden “tunjuk kekuatan” pada Isnin oleh 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China memperlihatkan tindakan terbaru bagi mengundang kemarahan sehingga menyebabkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengeluarkan kenyataan yang jarang-jarang dikeluarkan lengkap bersama beberapa gambar pintasan pesawat-pesawat China tersebut.
Beijing menafikan pihaknya menceroboh ruang udara Malaysia.
Sebaliknya jurucakap kedutaan China mendakwa penerbangan pesawat tenteranya itu adalah “rutin latihan tentera udara China dan tidak menyasarkan mana-mana negara”.
“Mengikut peruntukan undang-undang antarabangsa, tentera udara China memiliki kebebasan untuk melaksanakan penerbangan di ruang udara yang relevan,” katanya dipetik daripada laporan AFP.
Seorang sumber yang arif dengan isu ketenteraan di perairan Laut China Selatan berkata tidak dinafikan China tidak menceroboh ruang udara wilayah Malaysia (12 batu nautika dari kawasan pesisir) kerana ia berlaku di luar kawasan sejauh 60 batu nautika.
“Namun dakwaan kononnya ia ‘latihan rutin’ menunjukkan ia sememangnya dirancang sebagai percubaan untuk intimidasi,” kata sumber kepada MalaysiaNow.
Hanya beberapa hari sebelum itu, laporan media AS memetik beberapa sumber yang berkata USS Ronald Reagan akan bergerak menuju ke Timur Tengah.
Namun perisikan Beijing tidak bergantung dengan laporan-laporan tersebut dan percaya kapal pengangkut pesawat AS itu membawa senjata-senjata taktikal ke kawasan tersebut sebagai sebahagian daripada program Fonop.
MalaysiaNow maklum sejak beberapa tahun lalu aktiviti-aktiviti ketenteraan China di perairan itu menyebabkan aktiviti-aktiviti strategik secara besar-besaran melibatkan ketenteraan dan perisikan oleh seterunya termasuk Malaysia.
Dapatan utamanya menunjukkan kewujudan tiga pulau kecil diubah menjadi kawasan “kubu pertahanan” untuk China dilengkapi tempat perlindungan pesawat, radar pertahanan dan sistem komunikasi selain peluru berpandu darat ke air dan darat ke darat.
Ketiga-tiga pulau buatan itu dikenali sebagai Fiery Cross Reef, Subi Reef dan Mischief Reef.
Namun apa yang menjadi kebimbangan ketika ini adalah berkaitan aktiviti penerokaan minyak di Laut China Selatan.
Sejak 2019, ketegangan mulai timbul antara China dan Malaysia selepas kapal penggerudi yang bekerja untuk Petronas memulakan penerokaan baru minyak dan gas di kawasan 200 batu nautika di zon ekonomi eksklusif (EEZ) berhampiran Malaysia.
Ia kemudian menjadi tegang pada April tahun lalu apabila kapal-kapal peninjau China mengganggu kapal Malaysia.
Kejadian tersebut berlaku di kawasan berbentuk U yang dipanggil “nine dash line” atau sembilan garis putus yang menandakan tuntutan Beijing, sekali gus mendakwa memiliki hampir keseluruhan Laut China Selatan.
Asia Maritime Transparency Initiative (Amti) yang memberikan kemaskini mengenai keselamatan maritim dalam sebuah laporan tahun lalu berkata insiden melibatkan program penerokaan minyak Petronas itu tidak akan menjadi kejadian pertama dan terakhir.
Amti memberikan amaran kepada kerajaan-kerajaan dan operator komersial yang terlibat di wilayah tersebut “akan berdepan kesukaran” sehingga menyebabkan sebarang penerokaan minyak mentah di Laut China Selatan “mungkin terpaksa berdepan gangguan berisiko tinggi oleh China”.
Malaysia tidak mampu membiarkan ugutan sedemikian berpanjangan, justeru isyarat lebih tegas diberikan bagi mengelakkan wujudnya vakum kuasa oleh negara-negara terlibat di Laut China Selatan.
Dengan kehadiran 16 pesawat China pada Isnin, maka Malaysia mempunyai alasan untuk menghantar mesej tegas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/kehadiran-pesawat-tentera-china-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Perlu Siap Siaga Kehadiran 16 Pesawat China Luar Biasa

Malaysia Perlu Siap Siaga Kehadiran 16 Pesawat China Luar Biasa

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 277 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Tiba masa tumpu aspek penguasaan risikan berasas teknologi terkini BANGI Malaysia perlu meningkatkan kadar kesiapsiagaan dan kewaspadaan dalam aspek keselamatan khususnya di Laut China Selatan Ini kerana jumlah 16 bu...
16 Pesawat Tentera China Ceroboh Ruang Udara Malaysia

16 Pesawat Tentera China Ceroboh Ruang Udara Malaysia

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 275 hits
Malaysiakini Penerbangan mencurigakan 16 pesawat tentera udara China dikesan di ruang udara Zon Maritim Malaysia di Kota Kinabalu semalam lapor Bernama Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dipetik berkata insiden pesawat tentera...
16 Pesawat China Hanya Menjalani Latihan Rutin Tak Sasar Mana Mana Negara Pun Jurucakap Kedutaan China

16 Pesawat China Hanya Menjalani Latihan Rutin Tak Sasar Mana Mana Negara Pun Jurucakap Kedutaan China

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 279 hits
The Reporter31 Mei 2021 Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengesan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China yang dikatakan memasuki ruang udara ZMM Kota kinabalu FIR dan menghampiri ruang udara nasional Penerbangan pesawat pesawat P...
Tudm Pintas 16 Pesawat Tentera China

Tudm Pintas 16 Pesawat Tentera China

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 186 hits
Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI Gambar sebenar Luyshin LL 76 yang dipintas pesawat TUDUM Foto Ihsan TUDM PETALING JAYA Sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara milik China iaitu People s Liberation Army Air Force telah dikesan memasuki ruang u...
China Dakwa Penerbangan Di Ruang Udara Sarawak Adalah Rutin Latihan

China Dakwa Penerbangan Di Ruang Udara Sarawak Adalah Rutin Latihan

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 423 hits
Jurucakap kedutaan China berkata mengikut undang undang antarabangsa pesawat ketenteraan China menikmati kebebasan untuk melaksanakan penerbangan di ruang udara yang relevan Gambar pesawat China yang ditangkap TUDM ketika ia dikesan memasuk...
Malaysia Hantar Nota Bantahan Diplomatik 16 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara

Malaysia Hantar Nota Bantahan Diplomatik 16 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 380 hits
Wisma Putra akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China yang menceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia dan menghampiri ruang udara nasional semalam Menteri Luar Datuk Se...
Menteri Luar Negeri Bakal Pergi Ke China Untuk Bincang Isu Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Zon Maritim Malaysia

Menteri Luar Negeri Bakal Pergi Ke China Untuk Bincang Isu Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Zon Maritim Malaysia

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 405 hits
Kabinet negara telah bersepakat dengan menyerahkan kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbincang bersama rakan sejawatnya di China berkenaan isu 16 pesawat negara China yang menceroboh ruang udara negara in...
As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 234 hits
Tindakan tersebut menambah senarai aktiviti China ganggu kestabilan wilayah lain Pesawat Ilyushin Il 76 adalah antara pesawat China yang dikesan TUDM semalam Gambar TUDM Komander Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat mengecam penerbangan p...
Video Pesawat Tentera Udara China Nak Percaya Siapa

Video Pesawat Tentera Udara China Nak Percaya Siapa

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 410 hits
Mohd Hazmi dan Fareed menjelaskan kebanyakan kawasan maritim di Laut China Selatan adalah kawasan Zon Ekonomi Eksklusif yang Konvensyen Undang undang Laut Antarabangsa 1982 membenarkan pesawat asing terbang secara bebas melalui ruang udara ...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama

Aaliyah Massaid Umumkan Hamil Anak Pertama Tepis Gosip Miring Di Awal Pernikahan