Pemutihan Perkhidmatan Awam Apakah Maksud Kerajaan


TAKIYUDDIN HASSAN22 APRIL 2019

PAS menuntut pihak Kerajaan menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan “proses pemutihan dalam Perkhidmatana Awam” seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Ong Kian Ming baru-baru ini.

Penjelasan juga perlu diberikan sama ada perkara ini telah diputuskan oleh Kabinet dan apakah kapasiti dan motif Timbalan Menteri MITI mengeluarkan kenyataan tersebut yang boleh memberikan persepsi pelbagai negatif terhadap Perkhidmatan Awam dan pegawai serta kakitangannya.

PAS turut menuntut penjelasan adakah frasa “proses pemutihan dalam Perkhidmatan Awam” yang digunakan itu merupakan satu tindak balas sewenang-wenang Kerajaan PH berhubung kedudukannya yang tidak mendapat dukungan dan sokongan daripada pegawai Kerajaan tanpa terlebih dahulu memeriksa sebab dan puncanya.

Pada masa yang sama PAS turut meminta penjelasan Kerajaan dalam beberapa isu yang melibatkan tindakan pimpinan Kerajaan PH dan juga badanbadan di bawahnya yang jelas menampakkan pelanggaran undang-undang dan prosedur yang diguna pakai dan diamalkan dalam Perkhidmatan Awam selama ini, antaranya:

(i) Atas kapasiti apakah Ketua Menteri Pulau Pinang membuat kenyataan bahawa SPRM telah 'membersihkan' pihak-pihak yang terlibat dalam Isu projek pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan tiga jalan yang bernilai RM6.3 bilion. Bukankah ini peranan dan fungsi SPRM?. Lagipun kini terdapat kes Mahkamah yang melibatkan tuduhan di bawah Seksyen 420, Kanun Kesiksaan, iaitu menipu ke atas individu yang dikatakan ada kaitan dengan isu ini;

(ii) Kenapakah Jabatan Peguam Negara memfailkan Afidavit melalui Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam kes Inkues Pegawai Bomba Mohd Adib Mohd Kassim mengesahkan si-mati 'tidak dipukul oleh mana-mana orang' sedangkan Prosiding Inkues masih lagi berjalan;

(iii) Bolehkah Kerajaan memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana pihak tertentu yang terlibat dalam tuduhan dan dakwaan rasuah di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga sebahagian besar pegawai dan kakitangan JPJ Pulau Pinang ditangkap untuk siasatan lanjut; dan

(iv) Kenapakah kes-kes rasuah dan jenayah yang melibatkan pimpinan Kerajaan PH termasuk anggota keluarga mereka kelihatan tidak dikendalikan secara telus dan dilengah-lengahkan proses pendakwaan?

Penjelasan Kerajaan dalam perkara ini, terutamanya dalam isu-isu di atas amat penting bagi memperjelaskan sikap kerajaan berhubung apa yang dikatakan sebagai “proses pemutihan dalam Perkhidmatana Awam”.

Kerajaan tidak seharusnya bertindak dan menjadi ‘mabuk kuasa’ semata-mata untuk menutup kelemahan mereka sendiri dengan menekan dan ‘membalas dendam’ terhadap musuh-musuh politik PH sama ada yang berada dalam perkhidmatan kerajaan atau di luarnya.

Dalam masa yang sama Kerajaan tidak wajar bertindak seolah-olah memberi ‘amaran’ kepada kakitangan awam supaya mereka hanya perlu menjadi ’pak turut’ kerajaan dalam semua keadaan, sama ada betul ataupun salah.

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS Bertarikh: 22 April 2019
 – HARAKAHDAILY    22/4/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/pemutihan-perkhidmatan-awam-apakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi Pemutihan Penjawat Awam Apakah Dap Kuasai Kerajaan

Informasi Pemutihan Penjawat Awam Apakah Dap Kuasai Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 302 hits
Kian Ming patut bangunkan ekonomi negara bukan sibuk politik rakyatBANGI 16 Syaaban 1440H Isnin Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming bahawa kerajaan akan meneruskan program pembersihan ke atas pe...
Pemutihan Perkhidmatan Awam K Jaan Jadi Mabuk Kuasa

Pemutihan Perkhidmatan Awam K Jaan Jadi Mabuk Kuasa

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 199 hits
Pemutihan perkhidmatan awam Apakah maksud kerajaan PAS menuntut pihak Kerajaan menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan proses pemutihan dalam Perkhidmatana Awam seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indu...
Maksud Fi Perkhidmatan

Maksud Fi Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 635 hits
Original Content Jika anda pernah berurusan dengan jabatan kerajaan atau firma swasta pasti anda pernah lihat terma Fi Perkhidmatan Apakah yang dimaksudkan dengan terma tersebut Definisi Fi Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Fi adalah huruf ...
Penjawat Awam Harus Akur Kerajaan Ph Bukan Najib Atau Bn Khalid Samad

Penjawat Awam Harus Akur Kerajaan Ph Bukan Najib Atau Bn Khalid Samad

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 326 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mengingatkan penjawat awam menerima hakikat mereka kini berkhidmat dengan ketua yang baharu dalam kerajaan Pakatan Harapan bukan lagi Barisan Nasional Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata kerajaan Pak...
Kerajaan Perlu Henti Beri Muka Kepada Penjawat Awam

Kerajaan Perlu Henti Beri Muka Kepada Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 496 hits
SAUDARA PENGARANG Malaysia adalah sebuah negara dengan jumlah penjawat awam yang tinggi berbanding penduduknya Menjadi penjawat awam adalah satu cara untuk menyara hidup sama juga seperti pekerjaan lain Apa yang menjadi persoalan kenapa kak...
Kerajaan Dap Ph Janganlah Aniayai Penjawat Awam

Kerajaan Dap Ph Janganlah Aniayai Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 357 hits
KERAJAAN JANGAN ANIAYAI PENJAWAT AWAM 1 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merasa kesal dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming bahawa kerajaan masih buat dan perlu terus buat cleanin...
Pemutihan Khidmat Awam Cuepacs Tak Cadang Jumpa Pm

Pemutihan Khidmat Awam Cuepacs Tak Cadang Jumpa Pm

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 231 hits
KL 16 Syaaban 1440H Isnin Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam tidak bercadang menemui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan proses pemutihan dalam perkhidmatan awam Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda ...
Senarai Tonggak 12 Perkhidmatan Awam

Senarai Tonggak 12 Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 1680 hits
Original Content Pengertian Istilah Tonggak Apakah makna Tonggak Menurut Kamus Dewan antara makna Tonggak ialah asas dasar panduan pokok pegangan dan kepercayaan Contohnya Agama Islam sebagai tonggak masyarakat tawakal adalah tonggak keperc...
Kenapa Ong Umum Pemutihan Penjawat Awam Pemuda Umno

Kenapa Ong Umum Pemutihan Penjawat Awam Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 250 hits
News Diterbitkan Hari ini 5 02 petangPemuda Umno menggesa kerajaan menjelaskan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming mengenai langkah untuk meneruskan proses pemutihan dalam perkhidmatan awam Menu...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City