Kerajaan Dap Ph Janganlah Aniayai Penjawat Awam


KERAJAAN JANGAN ANIAYAI PENJAWAT AWAM
1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merasa kesal dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, bahawa kerajaan masih buat dan perlu terus buat cleaning-up process ke atas penjawat awam di beberapa kementerian semata-mata kerana mereka berpihak kepada kerajaan yang lalu.
2. Kerajaan perlu menjelaskan seberapa segera, apakah kenyataan Dr Ong Kian Ming ini merupakan keputusan rasmi Kabinet dan jika benar ia keputusan rasmi Kabinet mengapakah yang membuat pengumuman mengenainya adalah seorang Timbalan Menteri, bukan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri!
3. Kenyataan Dr Ong Kian Ming ini menguatkan lagi persepsi di kalangan rakyat bahawa Kerajaan kini dikuasai oleh DAP kerana sejak dulu lagi pemimpin DAP diketahui tidak senang dengan penjawat awam seperti tertera dalam kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, pada 25 Oktober 2016 bahawa penjawat awam membebankan kerajaan.
4. Penjawat awam, sama ada dari perkhidmatan awam am Persekutuan, angkatan tentera, pasukan polis, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan awam bersama adalah golongan profesional yang berkecuali dan memberi sumbangan amat besar kepada pentadbiran dan pembangunan negara.
5. Kedudukan penjawat awam adalah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan di mana Perkara 132 (2A) memperuntukkan mereka memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong manakala Perkara 135 pula memperuntukkan bahawa mereka tidak boleh dibuang kerja dan diturun pangkat secara sesuka hati.
6. Garis panduan mengenai larangan dan kebenaran ke atas penjawat awam untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik diperuntukkan dengan jelas dalam Seksyen 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002, tetapi mengikut Sub-Seksyen 5 tidak menjadi kesalahan untuk mereka menjadi ahli biasa parti politik.
7. Kerajaan Barisan Nasional sewaktu memerintah dahulu, sudah lama menyedari bahawa sebahagian penjawat awam menjadi ahli biasa parti politik Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan serta menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, tetapi BN tidak pernah menzalimi mereka semata-mata kerana pegangan politik mereka.
8. Kenyataan Dr Ong Kian Ming ini adalah bukti jelas Pakatan Harapan menzalimi penjawat awam malah seperti mahu mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perkara 132 (2A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan penjawat awam memegang jawatan selama diperkenankan oleh Baginda.
9. Kenyataan Dr Ong Kian Ming ini sepatutnya dibuat oleh pemimpin tertinggi Kerajaan dalam satu kenyataan rasmi, bukan dibuat secara semberono oleh beliau dalam rancangan wawancara televisyen “Agenda AWANI”.
10. Justeru, jika kenyataan Dr Ong Kian Ming ini bukan keputusan rasmi Kabinet, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas kepada beliau kerana melampaui bidang kuasa diberi!
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
20 April 2019


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/20/kerajaan-dap-ph-janganlah-aniayai-penjawat-awam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi Pemutihan Penjawat Awam Apakah Dap Kuasai Kerajaan

Informasi Pemutihan Penjawat Awam Apakah Dap Kuasai Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 301 hits
Kian Ming patut bangunkan ekonomi negara bukan sibuk politik rakyatBANGI 16 Syaaban 1440H Isnin Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming bahawa kerajaan akan meneruskan program pembersihan ke atas pe...
Penjawat Awam Harus Akur Kerajaan Ph Bukan Najib Atau Bn Khalid Samad

Penjawat Awam Harus Akur Kerajaan Ph Bukan Najib Atau Bn Khalid Samad

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 326 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mengingatkan penjawat awam menerima hakikat mereka kini berkhidmat dengan ketua yang baharu dalam kerajaan Pakatan Harapan bukan lagi Barisan Nasional Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata kerajaan Pak...
Kerajaan Perlu Henti Beri Muka Kepada Penjawat Awam

Kerajaan Perlu Henti Beri Muka Kepada Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 496 hits
SAUDARA PENGARANG Malaysia adalah sebuah negara dengan jumlah penjawat awam yang tinggi berbanding penduduknya Menjadi penjawat awam adalah satu cara untuk menyara hidup sama juga seperti pekerjaan lain Apa yang menjadi persoalan kenapa kak...
Kenapa Ong Umum Pemutihan Penjawat Awam Pemuda Umno

Kenapa Ong Umum Pemutihan Penjawat Awam Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 250 hits
News Diterbitkan Hari ini 5 02 petangPemuda Umno menggesa kerajaan menjelaskan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming mengenai langkah untuk meneruskan proses pemutihan dalam perkhidmatan awam Menu...
Pengecilan Penjawat Awam Kuota 1 Peratus Oku Tak Terjejas

Pengecilan Penjawat Awam Kuota 1 Peratus Oku Tak Terjejas

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 291 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sambil diiringi Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia Tan Sri Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar bergambar kenangan bersama penerima anugerah ahli ahli P...
Marah Kalah Prk Rantau Ph Ancam Penjawat Awam

Marah Kalah Prk Rantau Ph Ancam Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 553 hits
Kalau kita imbas kembali kemenangan PH menumbangkan BN dalam PRU 14 banyak di bantu oleh penjawat awam Dr Mahathir sendiri sebelum PRU 14 telah menulis surat untuk di edarkan kepada penjawat awam kerana menyedari begitu pentingnya sokongan ...
Terkini Penjawat Awam Ada Sikap Daulah Terpendam Khalid Samad

Terkini Penjawat Awam Ada Sikap Daulah Terpendam Khalid Samad

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 259 hits
Penjawat awam perlu menerima realiti mereka kini berkhidmat dengan ketua yang baharu dalam kerajaan kata Khalid Samad Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata mereka kini dalam fasa pembaharuan selepas lebih 60 tahun dibentuk oleh cara kepim...
Jangan Musuhi Penjawat Awam Presiden Pas

Jangan Musuhi Penjawat Awam Presiden Pas

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 358 hits
KONSEP demokrasi di Malaysia adalah pemisahan kuasa di antara legislatif dan eksekutif laksana pemisahan di antara badan kereta enjin dan pemandunya Seringkali betapa baiknya kereta dan enjin tetapi kalau pemandunya tidak cekap memandu dan ...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan