Kami Tak Guling Kerajaan Ph Kj


Oleh Muhammad Yusri Muzamir dan         Ahmad Suhael Adnan
         [email protected]
Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Khairy Jamaluddin. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PUTRAJAYA: UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengadakan perancangan untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya tertubuh selepas PH 'membunuh diri', susulan pergelutan dalaman antara parti dalam gabungan itu.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, apabila kerajaan PH terbubar dengan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan beberapa pemimpin PH keluar daripada gabungan itu, pilihan yang ada hanyalah mengadakan PRU atau pihak yang ada majoriti menubuhkan kerajaan.

"Kami tak gulingkan sesiapa, sebaliknya fokus menjadi pembangkang. Namun, peluang muncul sendiri selepas PH membunuh diri dan ketika itu, negara memerlukan sebuah kerajaan tertubuh, selaras Perlembagaan Persekutuan.

"Pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin tawarkan kepada UMNO dan BN untuk tubuhkan kerajaan, dan kita tiada masalah dengan beliau yang pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO. Beliau (Muhyiddin) berjaya dapatkan majoriti dan buktikan kepada Yang di-Pertuan Agong, yang kemudiaan berkenan supaya (PN) menubuhkan kerajaan.

"Memang berdasarkan PRU-14, mandat rakyat pada PH tetapi kerajaan itu sudah tiada. Apabila sudah tiada, pilihannya sama ada diadakan PRU atau pihak yang ada majoriti menubuhkan kerajaan," katanya dalam temu bual bersama BH dan NST, baru-baru ini.

Beliau ditanya mengenai 'Langkah Sheraton' pada hujung Februari lalu serta sama ada beliau bersetuju dengan usaha PN merampas kuasa daripada PH untuk menubuhkan kerajaan.

Khairy mengakui ada pertemuan antara pemimpin UMNO dengan pemimpin parti lain sebelum itu, namun ia bukan bagi merancang rampasan kuasa, sebaliknya berbincang mengenai kebimbangan masyarakat yang wujud ketika PH memerintah.

"Perbincangan itu biasa dalam politik. Bila orang nak jumpa bincang kebimbangan masyarakat Bumiputera dan Melayu pada zaman pemerintahan PH, sebab itu wujud Muafakat Nasional (MN).

"Kita juga bincang soal keresahan dalam isu seperti ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), soal pemotongan bantuan terhadap rakyat di bawah Lim Guan Eng dan sebagainya," katanya.

Ditanya sama ada tidak timbul kekhuatiran dalam kalangan ahli UMNO untuk bekerjasama dengan pemimpin yang dilabel 'pengkhianat', Khairy menegaskan semua parti dalam PN perlu bersangka baik sesama mereka dalam keadaan sekarang.

"UMNO cukup disiplin dan matang untuk tidak bergaduh di khalayak umum. Kerjasama dengan rakan dalam PN ini kita ambil selangkah demi selangkah," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/kami-tak-guling-kerajaan-ph-kj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Pengkhianat Beri Peluang Mahathir Dapatkan Kembali Kerajaan Ph

Bukan Pengkhianat Beri Peluang Mahathir Dapatkan Kembali Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 446 hits
MALAYSIA DATELINE Penganalisis politik Ahmad Lutfi Othman berpendapat peluang perlu diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan kembali kerajaan Pakatan Harapan Beliau menolak tanggapan bahawa bekas Perdana Menteri itu juga b...
Kerajaan Amerika Mula Membenarkan Syarikat Teknologi Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Pembangunan Teknologi 5g

Kerajaan Amerika Mula Membenarkan Syarikat Teknologi Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Pembangunan Teknologi 5g

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 373 hits
Hampir setahun yang lalu kerajaan Amerika Syarikat mengumumkan bahawa mereka tidak akan membenarkan Huawei untuk bekerjasama dengan syarikat syarikat teknologi mereka kerana risau mengenai aktiviti pengintipan untuk kerajaan China Reuters m...
Manusia Durjana Fitnah Dan Hasut Kaum Cina Untuk Benci Pdrm Dan Kerajaan

Manusia Durjana Fitnah Dan Hasut Kaum Cina Untuk Benci Pdrm Dan Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 614 hits
Siapa punya kerja ni Buat fitnah jahat terhadap PDRM Polis trafik tahan trafik kerana ada anjing cedera di tengah jalan tapi gambar asal telah di Photoshop tanpa anjing dan kemudian fitnah mengatakan kerajaan tak ada duit dan nak kaut dari ...
Pelabur Asing Mahu Kerajaan Baharu

Pelabur Asing Mahu Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 609 hits
Gino Marvela aka Gin Marvel Pada 11 Jun 2020 antara waktu pertengahan malam di Malaysia kami di jadualkan utk conferencing video antara beberapa industri pelabur asing Maaf bukan urusan kerajaan hanya kami yg bekerja ataih kaki kami sendiri...
Sistem Syif Di Klinik Kerajaan Perlu Kajian Terperinci Mma

Sistem Syif Di Klinik Kerajaan Perlu Kajian Terperinci Mma

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Perubatan Malaysia menggesa Kementerian Kesihatan mengkaji secara terperinci sistem syif baharu di semua klinik kerajaan sebelum melaksanakannya Presidennya Dr N Ganabaskaran berkata kementerian perlu terlebih dahulu ...
Pegawai Ahli Parlimen Johor Semasa Kerajaan Ph Ditahan Sprm

Pegawai Ahli Parlimen Johor Semasa Kerajaan Ph Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 491 hits
Penasihat khas kepada seorang ahli parlimen di Johor dilaporkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini Individu terbabit ditahan kerana disyaki membuat tuntutan palsu bagi projek di bawah parlimen tersebut bernilai RM58 000...
Kerajaan Pinjam Wang Rakyat Lagi

Kerajaan Pinjam Wang Rakyat Lagi

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 443 hits
Kerajaan PN terbuk atap tidak lagi boleh berselindung kononnya ekonomi mantap di bawah mereka apabila Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengaku kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi dan terpaksa meminjam sehingga RM35 bil...
Eric Paulsen Ektremis Tak Layak Dalam Kerajaan Daulatkan Islam

Eric Paulsen Ektremis Tak Layak Dalam Kerajaan Daulatkan Islam

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 559 hits
Pengarah Undang Undang Fortify Liberty Eric Paulsen tidak sepatutnya berada di dalam mana mana jawatankuasa kerajaan yang mendaulatkan Islam Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam Sains dan Peradaban Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris berkat...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram

Rangkul Emas Tengku Arif Bendahara Pahang Ulangi Rekod Ayahanda Di Sukan Sea 1983

Erna Sari Kucing Garong Chord

Di Frenna Architects Atelier Di Frenna Arquitectos Mexico

Tiga Maut Dalam Serangan Di Metro Taipei

Malacca Dap Youth Questions Ban On Christmas Deco In Halal Premises