Pemuda Umno Sabah Bantah Pasang Kamera Video


Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah Aziz menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung beberapa perkara dan insiden yang berlaku sepanjang kempen PRK Kimanis. - NSTP/Edmund Samunting

KIMANIS: Pemuda UMNO Sabah membantah langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasang kamera video di semua saluran mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, Sabtu ini.

Ketuanya, Aziz Julkarnain, berkata mereka bimbang pemasangan kamera berkenaan akan menakutkan pengundi untuk memilih calon masing-masing kerana mendakwa risau keputusan itu diketahui pihak berkuasa.

Keadaan itu, dakwanya boleh menjejaskan proses demokrasi kerana ada unsur menakutkan pengundi supaya memilih calon dari parti kerajaan bagi mengelak kecaman mana-mana pihak.

“Kami membantah langkah SPR meletakkan kamera video di semua saluran mengundi kerana kami tidak mahu ini menakutkan pengundi. Kita bimbang pengundi terpaksa mengundi calon dari parti kerajaan kerana takut,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata SPR akan memperkenalkan penggunaan kamera video di semua saluran mengundi pada hari pengundian PRK Kimanis, Sabtu ini.

Langkah itu, katanya sebagai satu usaha penambahbaikan untuk pilihan raya yang cekap dan telus yang akan dipasang di 68 saluran dan dikendalikan pegawai SPR.

Sementara itu, Aziz menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung beberapa perkara dan insiden yang berlaku sepanjang kempen PRK Kimanis.

Beliau mendakwa perkara terbabit melanggar peraturan pilihan raya dan hak asasi manusia sama ada oleh pihak berkuasa atau parti lawan.

Antaranya, beliau menyebut rakaman video yang tersebar dalam media sosial semalam yang menunjukkan beberapa individu memakai baju Parti Warisan Sabah (WARISAN) menanggalkan bendera Barisan Nasional (BN) dipercayai berlaku di Kampung Pimping, Membakut.

“Apa yang lebih dikesalkan, dalam video itu kelihatan Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Peter Anthony dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman melihat perbuatan itu.

“Kami kesal kerana menteri tidak peduli dan membiarkan saja pekerja parti mereka melakukan perbuatan itu. Sebagai menteri dan wakil rakyat, mereka sepatutnya membantu menegakkan undang-undang, bukan membiarkannya,” katanya sambil menambah laporan polis mengenainya dibuat di Ibu Pejabat Polis Beaufort, pagi tadi.

Beliau turut menyebut mengenai kempen WARISAN yang didakwa menyediakan makanan kepada orang ramai yang jelas menyalahi peraturan pilihan raya dalam satu program di Kampung Lingan, di sini.

Selain itu, Aziz berkata pihaknya turut membuat laporan polis berhubung kenyataan Peter yang didakwanya berniat jahat kerana menghentam UMNO berkaitan isu sambutan Krismas dan Tahun Baharu yang diadakan di Membakut pada 4 Januari lalu.

“Laporan polis kami sebelum ini adalah berkaitan kesalahan peraturan pilihan raya iaitu pemberian hadiah dan cabutan tiket bertuah ketika kempen pilihan raya, bukan pasal sambutan Krismas.

“UMNO pun ada menganjurkan sambutan Krismas di Pusat Daerah Mengundi (PDM) tetapi ia dilakukan sebelum hari penamaan calon supaya tidak menyalahi peraturan pilihan raya,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran polis menyiasat individu yang membuat laporan berkaitan isu itu sehingga mengambil masa selama empat jam pada 6 Januari lalu.

“Kami hairan kenapa individu yang membuat laporan polis pula disiasat dan telefon bimbitnya diambil sedangkan kita membuat laporan meminta polis menyiasat perkara berkenaan.

“Satu perkara lagi yang kami tidak puas hati ialah kesalahan dilakukan WARISAN tidak diambil tindakan segera oleh pihak polis dan SPR,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/pemuda-umno-sabah-bantah-pasang-kamera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drop Kimanis Video Camera Plan To Protect Voters Sabah Umno Tells Ec

Drop Kimanis Video Camera Plan To Protect Voters Sabah Umno Tells Ec

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 442 hits
Sabah Umno youth chief Abdul Azis Julkarnain showing a video where Warisan leader Peter Anthony is allegedly inciting hatred against Umno in Kimanis KIMANIS Sabah Umno Youth has urged the Election Commission to drop its plan to use video ca...
Prkkimanis Bantah Pss Adakah Nilai Masa Depan Anak Sabah Hanya Rm300 Soal Anifah

Prkkimanis Bantah Pss Adakah Nilai Masa Depan Anak Sabah Hanya Rm300 Soal Anifah

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 391 hits
Adakah RM300 RM400 itu nilai masa hadapan anak cucu cicit kita soal bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman Tegas beliau jangan sesekali menggadaikan masa hadapan anak bangsa Sabah hanya kerana wang dan cabutan bertuah Kenapa kita sanggup...
Bekas Adun Pilihan Umno Sabah Untuk Prk Kimanis

Bekas Adun Pilihan Umno Sabah Untuk Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 468 hits
Bung Moktar Radin umum calon Umno Sabah di pejabat parti itu di Kimanis hari ini KIMANIS Umno hari ini mengesahkan bekas Adun Bongawan Mohamad Alamin calonnya untuk pilihan raya kecil Kimanis 18 Jan ini Ketua Umno Kimanis itu disebut sebut ...
Autonomi Umno Sabah Beri Kelebihan Kepada Rakyat

Autonomi Umno Sabah Beri Kelebihan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 320 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Spr Guna Kamera Video Rakam Proses Undi Prk Kimanis

Spr Guna Kamera Video Rakam Proses Undi Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 284 hits
MALAYSIAKINI Suruhanjaya Pilihan Raya akan memperkenalkan penggunaan kamera video di semua saluran mengundi pada hari pengundian pilihan raya kecil Kimanis 18 Jan ini Pengerusinya Azhar Azizan Harun berkata langkah itu sebagai salah satu us...
Klip Video Pasang Belum Kahwin Lagi Dah Naik Tangan

Klip Video Pasang Belum Kahwin Lagi Dah Naik Tangan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 373 hits
Klip Video Pasang Belum Kahwin Lagi Dah Naik TanganViral di media sosial video seorang lelaki menampar muka gadis yang dipercayai teman wanitanya menimbulkan kemarahan warga netizen Kejadian itu sempat dirakam oleh penduduk Tikah Abu Samah ...
Orang Muda Lihat Autonomi Umno Sabah Baik Untuk Parti Dan Rakyat Ghazali Ansing

Orang Muda Lihat Autonomi Umno Sabah Baik Untuk Parti Dan Rakyat Ghazali Ansing

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 405 hits
KIMANIS 17 Jan Ketua UMNO Tawau Ghazali Ansing berkata autonomi UMNO Sabah merupakan sesuatu yang cukup baik dan perkara yang amat baharu sekaligus memberi kelebihan dan juga manfaat yang cukup besar bukan sahaja kepada parti malah kepada r...
Demo Bantah Pas Sementara Sabah 3 Hari Sebelum Kimanis Mengundi

Demo Bantah Pas Sementara Sabah 3 Hari Sebelum Kimanis Mengundi

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 321 hits
Pengerusi Sorak Jamain Sarudin KIMANIS Satu tunjuk perasaan aman terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah akan diadakan pada 15 Januari di Membakut ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis sedang berlangsung Presiden Parti Solidariti Tana...
Pemuda Umno Lapor Polis Berhubung Pemberian Hamper Dan Motosikal

Pemuda Umno Lapor Polis Berhubung Pemberian Hamper Dan Motosikal

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 225 hits
HASPAIZI ZAIN Pemuda Umno Sabah pagi ini membuat laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran akta pilihan raya oleh parti Warisan Sabah dalam satu majlis sambutan perayaan Krismas di Membakut Laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda Umn...
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Build A Strong Brand Identity Startup

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Standing Pouch Berkualiti Tinggi Untuk Jenama Anda

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Spm 2024 Results Show Overall Improvement

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng