Tabung Haji Pulangkan Wang Tiada Jemaah Ke Makkah Musim Ini


Semua bakal haji yang giliran haji diperuntukkan pada musim haji tahun ini akan diberi keutamaan untuk menunaikan fardu haji pada 2021.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif  Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata bagi bakal haji yang gilirannya pada 2021, mereka akan turut diberi peluang tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa.


“TH akan menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 1441H/2020M selaras dengan keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak menghantar jemaah haji negara ke Tanah Suci atas faktor keselamatan dan kesihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mengumumkan Malaysia menangguhkan pemergian jemaah haji bagi musim Haji ini ke tahun hadapan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.




Pandemik Covid-19 telah menimbulkan risiko kesihatan awam yang serius di seluruh dunia dengan wabak itu menjangkiti lebih 7.4 juta orang manakala lebih 418,000 terkorban.


Sementara itu, Nik Mohd Hasyudeen menjelaskan semua bayaran haji yang telah didebit akan dipulangkan semula mengikut kadar penuh ke dalam akaun TH bakal haji masing-masing dalam masa terdekat.


Katanya, jumlah bayaran haji itu juga layak menerima agihan keuntungan bagi tahun 2020.

“TH memohon semua bakal haji untuk bersabar serta menerima keputusan ini dengan reda dan terus berdoa agar keadaan kembali pulih bagi membolehkan urusan haji diteruskan pada tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, TH dalam jawapan kepada beberapa soalan lazim berhubung penangguhan itu menyatakan bakal haji yang membuat rayuan dan telah diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini (1441H/2020), perlu mengemukakan rayuan haji yang baharu pada tahun hadapan (1442H/2021) untuk dinilai semula oleh TH.

Mengenai deposit bakal haji melalui pakej, setiap syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh TH hendaklah memulangkan semula bayaran pakej haji kepada bakal haji yang telah membuat bayaran tertakluk kepada syarat-syarat pakej yang telah dipersetujui di antara bakal haji dan PJH.

Menjawab soalan mengenai pemeriksaan kesihatan, TH menyatakan bahawa bakal haji yang telah lulus pemeriksaan kesihatan pada tahun 1441H/2020 perlu membuat pemeriksaan semula pada tahun 1442H/2021 kerana tempoh sah laku pemeriksaan adalah untuk enam bulan sahaja.

Bagaimanapun, suntikan wajib (meningococcal) tidak perlu diambil semula jika tempoh sah belum tamat (tiga atau lima tahun mengikut jenis suntikan yang diambil) sebelum musim haji tahun hadapan, manakala suntikan tambahan iaitu pneumococcal (lima tahun) dan influenza (setahun), juga bergantung kepada tempoh sah suntikan itu. — Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/tabung-haji-pulangkan-wang-tiada-jemaah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakal Jemaah Tahun Ini Diberi Keutamaan Tunai Fardu Haji 2021

Bakal Jemaah Tahun Ini Diberi Keutamaan Tunai Fardu Haji 2021

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR 19 Syawal 1441H Khamis Semua bakal haji yang giliran haji diperuntukkan pada musim haji tahun ini akan diberi keutamaan untuk menunaikan fardu haji pada 2021 Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung H...
Giliran Jemaah Haji Tahun Ini Akan Dibawa Ke Tahun Hadapan Menteri Agama

Giliran Jemaah Haji Tahun Ini Akan Dibawa Ke Tahun Hadapan Menteri Agama

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 307 hits
YB Senator Datuk Dr Hj Zulkifli Mohamad Al Bakri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa mereka yang tidak dapat pergi pada tahun ini keseluruhannya akan dibawa ke tahun hadapan Menjawab persoalan yang diajukan daripada wartaw...
Penjelasan Bpkh Jika Jemaah Haji Tak Tarik Setoran Lunas

Penjelasan Bpkh Jika Jemaah Haji Tak Tarik Setoran Lunas

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 705 hits
Calon jemaah haji memang hanya bisa menarik setoran pelunasan agar tidak kehilangan haknya sebagai jemaah berangkat pada tahun depan Setoran pelunasan besarnya bervariasi tergantung embarkasi masing masing calon jemaah
Jemaah Yang Tidak Dapat Mengerjakan Ibadah Haji Tahun Ini Diharap Bersabar Mufti Pulau Pinang

Jemaah Yang Tidak Dapat Mengerjakan Ibadah Haji Tahun Ini Diharap Bersabar Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 519 hits
Jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini diharap bersabar dan faham dengan keadaan dunia yang masih belum bebas dari penularan wabak koronavirus Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata keputusan pen...
Malaysia Tak Hantar Jemaah Haji

Malaysia Tak Hantar Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 553 hits
Datuk Seri Dr Zulkifli akui ia satu keputusan berat untuk diluahkan PUTRAJAYA Malaysia menangguhkan pemergian jemaah haji bagi Musim Haji 1441 Hijrah ke tahun hadapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakr...
Tiada Ibadah Haji Untuk Jemaah Malaysia Tahun Ini Ditangguh Tahun Hadapan

Tiada Ibadah Haji Untuk Jemaah Malaysia Tahun Ini Ditangguh Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 339 hits
KERAJAAN memutuskan menangguhkan ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 ke tahun hadapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata keputusan itu sudah mendapat titah perkenan Ya...
Keputusan Resmi Pemerintah Ri Calon Jemaah Haji 2020 Tak Diberangkatkan

Keputusan Resmi Pemerintah Ri Calon Jemaah Haji 2020 Tak Diberangkatkan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 342 hits
Menteri Agama Fachrul Razi menyatakan pemerintah memutuskan tidak memberangkatkan calon jemaah haji 2020 Salah satu penyebab keputusan ini diambil adalah karena Saudi tak kunjung memberikan kejelasan Keputusan ini berlaku untuk seluruh warg...
Komnas Haji Apresiasi Menag Batalkan Haji 2020 Karena Pertimbangan Keselamatan Jemaah

Komnas Haji Apresiasi Menag Batalkan Haji 2020 Karena Pertimbangan Keselamatan Jemaah

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 321 hits
Ketua Komnas Haji dan Umrah Mustolih Siradj menuturkan hal itu menandakan bahwa pemerintah hendak memberikan sinyal kuat di kancah dunia internasional bahwa Indonesia sebagai negara berpenduduk muslim terbesar di dunia adalah negara yang be...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara