Pemuda Pas Persiap Terajui Negara Ir Khairil


HARAKAHAILY




KEMAMAN: Pemuda PAS kini sedang mengemaskini kesediaan seluruh anggotanya untuk menerajui pemerintahan selaku tulang belakang utama kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri yang bakal dibentuk.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, perkembangan politik negara mutakhir ini menuntut pihaknya mengadakan persiapan rapi menghadapi segala kemungkinan berlakunya perubahan.

Menurutnya, aspek utama diberi perhatian adalah untuk memposisikan anggota Pemuda PAS bagi memastikan kelancaran urus tadbir negara menerusi kerajaan, serta menjamin sebarang cabaran ditangani.

“Kami tidak ambil mudah terhadap gelojak perkembangan yang sedang berlaku sekarang. Kerajaan PH amat tidak stabil, ia bukan rahsia lagi. Kemungkinan kerajaan bertukar, itu boleh terjadi. Tetapi kami (Pemuda PAS) tidak ambil mudah.

“Kami akan menjadi tulang belakang parti. Ketika sama kami mahu memastikan, sebarang perubahan tidak akan mendatangkan sebarang mudarat kepada rakyat,” ujarnya pada Permukiman Pemuda PAS Malaysia, kelmarin.

Menurut jurutera profesional itu, para Pemuda PAS sudah dipersiapkan bukan sahaja rohani dan jasmani, tetapi juga kompetensi dan kepakaran khusus yang digembleng secara kolektif dengan dipandu oleh kepimpinan tertinggi.

Pun begitu, beliau tetap memperingatkan semua anggota Pemuda PAS untuk tidak berasa selesa, sebaliknya mengambil iktibar dan pengalaman pernah ditempuh Gerakan Islam lain agar sentiasa bersiapsiaga dan berwaspada.

Terutama katanya, aspek dukungan rakyat bagi bersama PAS dan Muafakat Nasional untuk menegakkan agenda pentadbiran berteraskan Islam, yakni bukan kerana penolakan amarah terhadap PH semata-mata.

Terangnya, PAS mahu rakyat bersama mensejahterakan negara tercinta ini dan Pemuda PAS akan memastikan anggotanya menjadi penggerak penting menjayakan setiap agenda.

“Kita mahu PAS memerintah dengan mendapat mandat dari kepercayaan padu sokongan dan dukungan rakyat, serta faham dan bersama agenda negara. Bukan memilih PAS kerana menolak pihak lain. Kami sendiri Pemuda PAS Pusat mahu menjadi contohnya.

“Di permukiman ini, kami melaksanakan aspek ‘good governance’, di antaranya mengadakan ‘mid year review assessment’ terhadap semua jabatan dan lajnah di dalam Pemuda untuk melihat sejauh mana pencapaian separuh penggal melalui sistem ‘management dashboard’ dan ‘balance scorecard’.

“Kemudiannya kami mengadakan ‘budget estimation’ bagi penggal seterusnya untuk mengelakkan daripada over budget ataupun ‘budget projection’ supaya kami boleh membuat dasar penjimatan pada setiap program yang telah kami tetapkan,” terangnya.

Permukiman Pemuda PAS Malaysia telah berlangsung selama dua hari dalam jadual padat yang dilangsungkan di Darul Iman Training Centre (DITC), di sini. – HARAKAHDAILY



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/pemuda-pas-persiap-terajui-negara-ir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pemuda Pas Selangor Memfitnah Yb Teresa Kok Di Media

Ketua Pemuda Pas Selangor Memfitnah Yb Teresa Kok Di Media

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 622 hits
Ustaz SyarhanKetua Pemuda Pas Selangor memfitnah YB Teresa kok di media TERESA KOK TIDAK SETUJU ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN sedangkan YB Teresa tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian Esok mahkamah akan membuat keputusan Su...
Pemuda Pas Batu Rakit Perkemas Jentera Hadapi Pru 15

Pemuda Pas Batu Rakit Perkemas Jentera Hadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 231 hits
Oleh Izzat Izri SETIU Penyelaras Pemuda PAS DUN Batu Rakit terus memperkemaskan jentera di setiap peringkat dengan agenda tarbiyah ahli usrah sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Ketua Lajnah Tarbiah PPDBR Ustaz
9 Alasan Finlandia Jadi Tempat Paling Nyaman Untuk Dihuni Pantas Jadi Negara Paling Bahagia

9 Alasan Finlandia Jadi Tempat Paling Nyaman Untuk Dihuni Pantas Jadi Negara Paling Bahagia

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 261 hits
Alasan no 3 bayi lahir dapat bingkisan berisi popok dan pakaian Setelah itu diberi tunjangan 100 Euro per bulan sampai usia 17 tahun
Polisi Kerajaan Ph Merugikan Negara Penyebab Malaysia Ketinggalan Dr Shamsul

Polisi Kerajaan Ph Merugikan Negara Penyebab Malaysia Ketinggalan Dr Shamsul

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 378 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata mungkin Indonesia akan jauh meninggalkan negara Katanya jika sebelum ini Malaysia di zaman kerajaan Barisan Nasional sering menjadi negara pilihan untuk pelaburan asing s...
Malaysia Disenarai Antara Negara Terburuk Dalam Kebebasan Internet

Malaysia Disenarai Antara Negara Terburuk Dalam Kebebasan Internet

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 248 hits
MALAYSIAKINI Sebuah syarikat penyelidikan teknologi Comparitech menyenaraikan Malaysia sebagai satu daripada negara paling rendah dalam indeks kebebasan internet berdasarkan sekatan pada media sosial laporan politik pornografi dan laman pen...
Jawatan Kosong Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara

Jawatan Kosong Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 371 hits
Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Portal kerja kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di LPPKN dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untu...
Tahan 5 Tersangka Kasus Jiwasraya Kejagung Masih Hitung Kerugian Uang Negara

Tahan 5 Tersangka Kasus Jiwasraya Kejagung Masih Hitung Kerugian Uang Negara

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 198 hits
Jaksa Agung Muda Pidana Khusus Kejaksaan Agung Adi Toegarisman mengatakan penahanan terpisah dilakukan pihaknya dalam rangka kepentingan penyidikan Menurut Adi Kejagung saat ini masih memeriksa kerugian uang negara terkait kasus tersebut
1 500 Personel Amankan Demo Ojek Online Di Depan Istana Negara

1 500 Personel Amankan Demo Ojek Online Di Depan Istana Negara

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 191 hits
Dia mengimbau kepada driver yang melakukan aksi agar mematuhi aturan dengan tidak membawa barang barang yang tidak diperbolehkan seperti senjata tajam
Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan

Dapur Goodday Misi Sarimah Tuyah Vs Che Ton

Di Mana Keberkatan Sahur

Focus On 10 Projects In Negeri Sembilan Pm Tells Economy Ministry

Adik Masak Ayam Gepuk

Pakaian Selam Tertua Yang Masih Wujud Di Dunia

Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


16 Ramadan

First Hive Fears How Lappe S Beekeeping Starter Kits Make Beekeeping Beginner Friendly

Insiden Warga Emas Tampar Bukan Muslim Makan Ketika Ramadan Kertas Siasatan Telah Dibuka

Mufti Perlis Sambut Baik Tindakan Perwakilan Dap Tolak Rayer

Minuman Avokado Cincau Pisang Bahan Bahan 1 Bahagian Avokado Yang Fresh

Webinar Tamo Edu Dalam Talian Siri 03 2025 Sempena Sambutan Hari Pembantu