Pemuda Oku Seronok Diberi Peluang Kerja Cuci Kereta Nak Cuba Hidup Normal Lari Daripada Manusia T0ksik
STATUS OKU (Orang Kurang Upaya) sedikit sebanyak memberikan kesukaran bagi golongan tersebut untuk diterima dalam pasaran kerja secara terbuka.
Sesetengah majikan seolah-olah t4kut hendak menanggung ris1ko dengan mengambil mereka bekerja sedangkan terdapat OKU yang mampu bekerja sama seperti manusia biasa.
Turut merasai pengalaman ini, Mohd Shawal Yusri, yang tergolong dalam kategori ketidakupayaan (fizikal) namun tetap berusaha untuk menyara hidupnya yang datang daripada keluarga susah.
Bercerita lanjut, jejaka berusia 23 tahun ini turut menceritakan bagaimana dirinya pada asalnya merupakan seorang lelaki normal.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
“Dulu masa dilahirkan, saya tiada c4cat c3la malah sempurna semua pancaindera. Tapi bila nak masuk umur empat tahun, masa baru boleh start berdiri saya tak boleh berjalan macam budak normal.
“Kaki saya tak boleh lurus dan masalah tu memang ada sejak lahir. Tapi disebabkan masa tu saya tak boleh berjalan lagi jadi family cuma dapat kesan masa umur saya empat tahun. Tapi Alhamdulillah saya masih boleh berjalan dan mencari rezeki sendiri walaupun keadaan saya macam ni,” jelasnya yang senang disapa Shawal.
Menurutnya, keadaan fizikal dirinya yang tidak boleh berdiri lama menyukarkan dia untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana kawasan di tempat tinggalnya di Kangar, Perlis.
Jejaka ini telah diterima kerja oleh majikannya untuk bekerja di kedai cuci kereta sejak 2020 lalu.
Namun, rezeki tidak pernah salah alamat apabila menurut Shawal, pada 2020, dia telah diterima bekerja di sebuah kedai cuci kereta di Fast Spa Carwash 2, Kampung Guar Syed Alwi, Perlis.
“Pada 2020 saya ternampak iklan jawatan kosong di Fast Spa Carwash Perlis. Jadi saya nak cuba nasib demi mencari pekerjaan walaupun serba kekurangan. Saya nekad hubungi nombor yang tertera dekat iklan tersebut. Alhamdulillah selepas habis sesi interview, saya diterima bekerja di sana.
Saya rasa down dengan pandangan masyarat terhadap saya sebab selalu jadi tumpuan orang ramai ketika berada di tempat umum. Pandangan sinis mereka membuatkan saya rasa sed1h.SYAWAL“Saya berjalan biasa cuma tak normal tapi saya tidak bergantung dengan apa-apa alat untuk bergerak. Cuma untuk ke tempat kerja, saya tak boleh bawa kenderaan sendiri jadi saya tumpang kawan saja. Saya pun memang tak boleh berdiri terlalu lama dan angkat benda berat.
“Tapi setakat ni dah dua tahun saya berkhidmat di kedai cuci kereta ni dan layanan yang diberi kepada saya amat baik. Pihak syarikat juga memahami keadaan saya yang macam ni jadi mereka tidak menyuruh saya membuat kerja-kerja berat. Pihak syarikat juga mengatakan yang performance saya setakat ini amat baik,” ujar Shawal.
Dalam pada itu, Shawal yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik ini mengakui berasa sed1h dengan kekurangan dirinya walaupun dia kelihatan ceria pada luaran.
Malah, jejaka yang berasal daripada Kampung Bintong, Kangar, ini turut mengakui bahawa padangan sesetengah kelompok masyarakat pada dirinya membuatkan dia berasa sedikit terk1lan.
Menurut Syawal, dia senang bekerja di kedai tersebut kerana tiada golongan t0ksik di tempat kerjanya.
“Saya rasa down dengan pandangan masyarat terhadap saya sebab selalu jadi tumpuan orang ramai ketika berada di tempat umum. Pandangan sinis mereka membuatkan saya rasa sed1h.
“Salah satu sebab saya memilih kerja di car wash ni sebab enviroment kerja yang tenang tiada orang t0ksik dalam circle tempat kerja saya. Pihak syarikat pun memahami keadaan fizikal saya yang macam ni jadi saya amat selesa. Setakat ni belum ada niat untuk tukar kerja tetapi jika ada rezeki lain yang datang saya akan fikirkan semula,” ujar Shawal.
Bercerita lanjut mengenai content di akaun TikToknya, dia sendiri tidak menyangka bahawa warganet boleh menerima dirinya walaupun serba kekurangan.
Ujarnya, dia kini lebih yakin untuk berdepan dengan masyarakat setelah mengetahui masih ramai di luar sana yang memiliki nasib sama seperti dirinya.
Syawal tidak menjadikan kekurangan dirinya sebagai penghalang untuk bekerja seperti orang lain.
“Saya bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan saya. Bagi saya, kalau fikir keadaan saya ni teruk, ada ramai lagi di luar sana diuji dengan lebih dahsyat.
“Benda yang memotivasikan saya adalah setiap ciptaan Tuhan itu ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Saya bangga dan reda menjadi diri sendiri. Kalau saya asyik kenangkan kesedihan, sampai bila-bila tak akan ada kemajuan dalam diri,” jelasnya menutupi kisahnya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2022/03/pemuda-oku-seronok-diberi-peluang-kerja.html