Pemuda Mca Ada Persoalan Serius Berhubung Pertuduhan Ke Atas Najib



(Malaysiakini) – Terdapat “persoalan-persoalan serius” dalam pendakwaan jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan skandal 1MDB, menurut Pemuda MCA.
Pemuda MCA berkata, ini kerana pendakwaan itu difailkan sebelum penyiasatan terhadap dakwaan penglibatan ahli keluarga bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dalam skandal sama, dilengkapkan.
“Persoalan juga timbul, apakah jenayah menyembunyikan keterangan telah berlaku memandangkan maklumat berkenaan ahli keluarga Zeti dibayar (puluhan) juta ringgit oleh Jho Low juga tidak diberikan kepada mahkamah untuk digunakan oleh peguam Najib bagi tujuan pembelaannya.
“Hakikat bahawa Najib dituduh dahulu sebelum penyiasatan ke atas Zeti dilengkapkan turut menimbulkan persoalan-persoalan serius, memandangkan dia (Zeti) disenaraikan sebagai saksi pendakwaan utama dalam kedua-dua perbicaraan SRC International dan 1MDB Najib.
“Setiap orang berhak mendapat perbicaraan yang adil, dan tindakan pihak pendakwaan menyimpan maklumat penting ini mungkin kelihatan telah melanggar prinsip ini,” katanya sayap MCA itu dalam kenyataan hari ini.
Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, merupakan pelarian dan individu utama dalam dakwaan kecurian dana 1MDB.
Pada Khamis lalu, bekas peguam negara Tommy Thomas berkata siasatan terhadap penglibatan ahli keluarga Zeti tidak selesai dalam tempohnya memegang jawatan.
“Pada peringkat itu, kertas siasatan SPRM ke atas Zeti dan lain-lain, belum selesai. Saya tidak pernah berpeluang melihat kertas siasatan itu.
“Apa yang saya ingin katakan ialah jika kertas siasatan selesai dan ada kes yang kukuh serta meyakinkan, pendakwa raya akan melakukan yang perlu.
“Jika bekas perdana menteri atau bekas timbalan perdana menteri tidak terlepas daripada pendakwaan, sudah pasti bekas gabenor bank pusat juga tidak akan terlepas,” kata Thomas.
Pendakwaan 1MDB ke atas Najib dibuat pada 2018.
Bagaimanapun, Pemuda MCA berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada masa itu mesti menjelaskan kenapa siasatan ke atas Zeti tidak didedahkan kepada awam.
“Zeti dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Kerajaan kerajaan (PH) dan turut dilantik sebagai pengerusi Permodalan Nasional Berhad yang menyelia RM400 bilion dana awam, meskipun kerajaan PH sudah pun sedar mengenai perkara yang dibangkitkan ini.
“Oleh itu, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dan polis mesti menjelaskan kelewatan panjang dalam penyiasatan ini – lebih-lebih lagi apabila polis Singapura telah mengambil tindakan seawal 2019,” katanya.
Pada 19 November lalu, SPRM mengumumkan yang Singapura telah memulangkan kepada Malaysia sejumlah AS$15.4 juta wang berkaitan 1MDB yang melibatkan sebuah syarikat dimiliki secara bersama oleh suami Zeti, Tawfiq Ayman.
Terdahulu, dilaporkan bahawa Singapura telah memaklumkan kepada BNM berhubung transaksi mencurigakan daripada Jho Low kepada sebuah syarikat dimiliki Tawfiq semasa Zeti masih lagi mengetuai bank pusat berkenaan.
Menurut The Edge, pemindahan berjumlah AS$16.22 juta itu berlaku pada 2008 dan 2009, dan dimaklumkan kepada BNM pada 2015 dan 2016 apabila Singapura mula menyiasat pemindahan berkaitan 1MDB.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/11/27/pemuda-mca-ada-persoalan-serius-berhubung-pertuduhan-ke-atas-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demo Ricuh Pemuda Pancasila Polisi Ingatkan Tak Boleh Ada Ormas Di Atas Hukum

Demo Ricuh Pemuda Pancasila Polisi Ingatkan Tak Boleh Ada Ormas Di Atas Hukum

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 253 hits
Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Edra Zulpan mengungkapkan rasa keprihatinan terhadap anggota Ormas PP yang berperilaku brutal
Pemuda Pbs Pertahankan Kenyataan Ongkili Berhubung Isu Penjajahan Putrajaya

Pemuda Pbs Pertahankan Kenyataan Ongkili Berhubung Isu Penjajahan Putrajaya

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 193 hits
Ketua Pemuda PBS Christoper Mandut berkata kelantangan Maximus Ongkili yang mempunyai pengalaman enam penggal sebagai Ahli Parlimen menjadikannya calon terbaik untuk mengetuai portfolio baharu Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di bawah Jabatan Pe...
Mca Youth Serious Questions In Charges Against Najib As Zeti Probe Incomplete

Mca Youth Serious Questions In Charges Against Najib As Zeti Probe Incomplete

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 256 hits
MCA Youth said there are serious questions in the criminal charges brought against ex prime minister Najib Abdul Razak over the 1MDB scandal It said this was because the charges were filed before investigations into the involvement of ex Ba...
Keputusan Muktamad Saya Tak Mahu Tanah Kediaman Itu Kata Najib

Keputusan Muktamad Saya Tak Mahu Tanah Kediaman Itu Kata Najib

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 337 hits
freemalaysiatoday com November 21 2021 4 36 PMNajib Razak berkata RM100 juta itu boleh dimasukkan dalam tabung khas untuk diberikan sebagai pinjaman tanpa faedah atau kos perkhidmatan PETALING JAYA Najib Razak menegaskan keputusannya adalah...
Najib I Slept Very Well After Bn S Malacca Victory

Najib I Slept Very Well After Bn S Malacca Victory

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 374 hits
MALACCA POLLS Former premier Najib Abdul Razak has thanked Malacca voters for supporting him and his party In a Facebook video he described the satisfaction of BN s state election win yesterday with a good night s sleep I slept very well la...
Selepas Bn Menang 2 3 Saya Tidur Lena Najib

Selepas Bn Menang 2 3 Saya Tidur Lena Najib

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 171 hits
PETALING JAYA Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau tidur lena malam tadi selepas kemenangan besar parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Menerusi satu video yang dimuat naik di Faceb...
Guan Eng Calls For Bloc Vote On Pmd Budget To Protest Najib S Rm100m Property

Guan Eng Calls For Bloc Vote On Pmd Budget To Protest Najib S Rm100m Property

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 362 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng has urged Pakatan Harapan MPs to vote in protest during Monday s Parliament session to oppose the cabinet s decision to grant former prime minister Najib Razak a RM100 million property The Dewan Rakyat wil...
Najib Mahu Tengku Zafrul Tekan Butang I Citra Kwsp Secepat Mungkin

Najib Mahu Tengku Zafrul Tekan Butang I Citra Kwsp Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 253 hits
Sebaik BN melakar kemenangan bergaya dalam pilihan raya negeri Melaka bekas perdana menteri Najib Razak tampil menggesa kerajaan persekutuan supaya merealisasikan pengeluaran wang sehingga RM10 000 melalui inisiatif i Citra Najib memetik na...
Ini Betul Betul Kata Najib Bukan Pelesu Lagi Tobat Lahom Dia Tak Mau Dah Tanah Tu Hangpa Jangan Dok Buat Lece

Ini Betul Betul Kata Najib Bukan Pelesu Lagi Tobat Lahom Dia Tak Mau Dah Tanah Tu Hangpa Jangan Dok Buat Lece

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 301 hits
Keputusan muktamad saya tak mahu tanah kediaman itu kata Najib November 21 2021Najib Razak berkata RM100 juta itu boleh dimasukkan dalam tabung khas untuk diberikan sebagai pinjaman tanpa faedah atau kos perkhidmatan PETALING JAYA Najib Raz...
Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya

10 000 Pengunjung Memeriahkan Konsert Ulang Tahun Ke 20 Mr D I Y Yang Penuh Gemerlapan

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Totiq Batch 4 Bermula Dari Peserta Ke Urusetia

Beruntungnya Jadi Kaki Masjid

Cara Buat Jeruk Kulit Cempedak Atau Mandai Paling Sedap Goreng Tumis