Pemuda Pbs Pertahankan Kenyataan Ongkili Berhubung Isu Penjajahan Putrajaya


 
Ketua Pemuda PBS, Christoper Mandut berkata, kelantangan Maximus Ongkili yang mempunyai pengalaman enam penggal sebagai Ahli Parlimen menjadikannya calon terbaik untuk mengetuai portfolio baharu Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di bawah Jabatan Perdana Menteri.KOTA KINABALU: Ketua Pemuda PBS Christoper Mandut, hari ini, mempertahankan kenyataan presidennya, Maximus Ongkili berhubung isu ‘penjajahan Putrajaya’ yang timbul pada sidang Dewan Rakyat, semalam.
Katanya, ketika Ongkili membangkitkan isu berkenaan, beliau percaya yang Ahli Parlimen Kota Marudu itu telah bercakap melalui pengalamannya bagi mengelak penggunaan pendekatan konfrontasi untuk berbincang perihal berkaitan pembangunan Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, kelantangan Ongkili, yang mempunyai pengalaman enam penggal sebagai Ahli Parlimen, juga menjadikan beliau calon terbaik untuk mengetuai portfolio baharu Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Beliau pernah membangkitkan isu berkaitan kekurangan pembangunan di Sabah ketika PBS menjadi pembangkang, dan pandangan beliau kekal konsisten sehingga hari ini.
“Beliau juga telah bekerja keras memastikan hak dan tuntutan Sabah dan Sarawak, seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dipenuhi.
“Secara amnya, beliau telah memperjuangkan hak kita, tidak kira sebagai pembangkang ataupun sebaliknya. Pengalaman luas telah mengajar beliau bahawa pendekatan konfrontasi tidak semestinya membuahkan hasil. Suasana yang kondusif adalah penting,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Christoper berkata, netizen telah melabel Ongkili sebagai pro-Putrajaya dan pengkhianat berikutan kenyataan beliau itu kepada Ahli Parlimen Sepanggar Azis Jamman dan Ahli Parlimen Keningau Jeffrey Kitingan untuk tidak mempolitikkan isu pembangunan Sabah dan Sarawak sehingga menjejaskan keamanan negara.
Katanya, Ongkili sebenarnya menasihatkan Azis agar mengelak daripada menggunakan perkataan ‘jajah’, kerana ia boleh disalah anggap sebagai mencetuskan sentimen dan menimbulkan kekeliruan kepada rakyat.
“Menurut presiden (Ongkili), sekiranya perkara itu wujud, Azis harus menyokong dakwaan tersebut dengan bukti.
“Saya bersetuju dengan beliau bahawa setiap aduan perlu dibawa kepada perhatian kerajaan dengan mengemukakan laporan dan bukti kepada pejabat Ketua Menteri untuk dibentangkan semasa mesyuarat Majlis Khas MA63 (MKMA63).
“Majlis berkenaan adalah platform terbaik kerana ia dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub dan dianggotai kedua-dua Ketua Menteri Sabah dan Sarawak, serta lapan menteri kanan.
“Sudah semestinya, sebarang ketidakpatuhan yang dibangkitkan akan dibincangkan supaya penyelesaian yang sewajarnya dapat dibuat,” katanya.
Semalam, Ongkili berkata, pemimpin khususnya wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak perlu berhati-hati apabila mengatakan dua negeri itu dijajah Putrajaya.
Katanya, wakil rakyat tidak harus ‘membakar api’ yang tidak sepatutnya timbul, sebaliknya perlu bersama-sama bagi memastikan negara ini terus berfungsi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/11/pemuda-pbs-pertahankan-kenyataan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Ongkili Mengenai Anti Putrajaya Mengejutkan Kata Pemuda Upko

Kenyataan Ongkili Mengenai Anti Putrajaya Mengejutkan Kata Pemuda Upko

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 182 hits
Felix Joseph Saang berkata kenyataan pedas Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bukan bermakna mereka anti Putrajaya atau menghasut rakyat supaya membenci kerajaan persekutuan sebaliknya untuk menunjukkan pendirian tegas mereka KOTA KINABALU Ket...
Kenyataan Media Ketua Pemuda Umno Johor

Kenyataan Media Ketua Pemuda Umno Johor

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 164 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor hari ini melahirkan rasa dukacita dan membantah keras di atas tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi yang telah mengarahkan seorang guru Isla...
Kenyataan Media Dewan Pemuda Pas Malaysiamelaka Memilih Mesej Jelas Untuk Semua Parti Politik

Kenyataan Media Dewan Pemuda Pas Malaysiamelaka Memilih Mesej Jelas Untuk Semua Parti Politik

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 334 hits
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIAMELAKA MEMILIH MESEJ JELAS UNTUK SEMUA PARTI POLITIK21 November 2021 16 Rabiulakhir 1443 H1 Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut baik perkembangan positif dalam keputusan Pilihanraya Negeri Melaka sem...
Boleh Pulak Nak Puji Florida Isu Vksin Dan Pelitup Muka Sekali Ramai Pulak Warganet Tampil Bidas Kenyataan Lana Nodin

Boleh Pulak Nak Puji Florida Isu Vksin Dan Pelitup Muka Sekali Ramai Pulak Warganet Tampil Bidas Kenyataan Lana Nodin

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 266 hits
Pelakon kontroversi Lana Nodin sekali lagi mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet apabila dia memuji negeri Florida di Amerika Syarikat kerana tidak lagi mengenakan peraturan memakai pelitup muka ketika keluar rumah
Isu Banglo Sprmalaysia Jangan Double Standard Kenapa Khir Toyo Dihukum Tapi Cmlimguaneng Tidak

Isu Banglo Sprmalaysia Jangan Double Standard Kenapa Khir Toyo Dihukum Tapi Cmlimguaneng Tidak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 178 hits
Ahli Parlimen Tasik Gelugor YB Datuk Shabuddin Yahaya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar segera ambil tindakan dengan melakukan siasatan ke atas pendedahan rumah Lim Guan Eng Rumah tersebut sebelum itu disewa kepada Lim de...
Isu Tanah Dbkl Ku Nan Sedia Berdepan Sprm Terima Kasih Tan Kok Wai

Isu Tanah Dbkl Ku Nan Sedia Berdepan Sprm Terima Kasih Tan Kok Wai

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 201 hits
Saya berterima kasih kepada Ahli Parlimen Cheras YB Tan Kok Wai yang memaklumkan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung beliau terhadap saya dan Kementerian Wilayah Persekutuan berkaitan penjualan tanah...
Kronologi Polemik Isu Kalimah Allah

Kronologi Polemik Isu Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 268 hits
BOLEHKAH KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM 1 Polemik mula tercetus pada 31 Disember 2007 apabila pengarang akhbar Herald The Catholic Weekly Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri telah memperba...
Wanita Tampil Memberikan Penjelasan Isu Berebut Parking Di Langkawi

Wanita Tampil Memberikan Penjelasan Isu Berebut Parking Di Langkawi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 182 hits
Semalam telah viral video seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Khadijah dikatakan bersikap biadap dengan menunjukkan isyarat tangan lucah serta menyerang kereta individu lain dikatakan berpunca daripada berebut parking Tetapi hari ini ...
Catch Up Isu Panas Netizen

Catch Up Isu Panas Netizen

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 172 hits
CATCH UP ISU PANAS NETIZENHari ni admin saja nak up sikit isu isu yang pernah berlegar dalam medsos kita Ada beberapa point posting ini sebenarnya penting untuk pihak pihak tertentu ambil peduli terutamanya berkaitan SOP Netizen sudah penat...
20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Kek Lapis Penganan Pilah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinda Dania Katana Chord

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti

Traveloka Promo Epic Sale 2025 Diskaun Sehingga 60

Makan Kenduri Di Telok Panglima Garang

3 Beranak Ke Ikea Cheras