Pemuda Ini Akur Mak Ayah Tak Restu Jadi Askar Ketika Persiap Diri Bergelar Cikgu Pj Sering Ditegur Tentang Aurat Pula
SETIAP individu pastinya ada cita-cita yang mahu dikejar dalam hidup mereka.
Begitu juga dengan jejaka etnik Dusun ini yang memendam hasrat untuk bergelar askar, suatu hari nanti.
Namun kata Filex Berian @ Florian, cita-cita itu terkubur kerana tidak mendapat restu daripada keluarganya.
Siapa sangka, kini rezeki lain berpihak kepadanya apabila dia sedang melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Mesra disapa Kiko, dia mengakui menerima rezeki itu dengan hati terbuka dan komited untuk bergelar guru Pendidikan Jasmani selepas menamatkan pengajian kelak.
“Sebenarnya sejak zaman sekolah saya minat untuk jadi askar. Saya minat untuk menyertai pasukan beruniform sama ada askar atau polis.
“Tapi minat itu tidak direstui keluarga. Tiba-tiba dapat rezeki pula untuk masuk IPG. Jadi why not saya guna bakat yang ada untuk ajar anak murid suatu hari nanti. Saya memang aktif dengan sukan olahraga sejak zaman sekolah lagi.
Kiko aktif menyertai sukan sejak zaman sekolah.
“Masa sekolah rendah saya mula berjinak-jinak dengan sukan, di sekolah menengah baru saya betul-betul sertai acara seperti lompat berpagar dan larian jarak jauh,” ujarnya.
Disebabkan itu juga, jejaka berusia 20 tahun itu banyak berkongsi video berkaitan sukan dan kecergasan menerusi media sosial miliknya.
Tak sabar nak jumpa murid dan kongsi apa yang saya dah belajar.KIKOMenurut Kiko yang menetap di Keningau, dia bukan sahaja mahu berkongsi ilmu, sebaliknya mahu memberi inspirasi kepada orang di luar sana agar menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
“Saya aktif hasilkan content ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu. Saya cuba rakam dan kongsi video ke aplikasi TikTok.
“Tapi pada awalnya, saya hanya dapat satu view. Kadang-kadang hanya 20 views. Tapi saya tetap teruskan atas permintaan rakan-rakan, tak sangka dapat hingga puluhan ribu views.
“Saya tak pernah jangka kerana saya buat video untuk suka-suka saja. Bila dapat sambutan, makin bersemangat saya nak hasilkan video pada masa akan datang.
“Saya juga dapat banyak permintaan serta soalan di TikTok. Ada juga yang minta saya ajar cara work out. Kebetulan saya belajar bidang ini, bolehlah saya kongsi apa yang saya tahu.
Kiko kini sedang menyambung pengajian di Kota Kinabalu.
“Paling penting saya nak beri inspirasi kepada orang di luar sana untuk menjalani gaya hidup sihat,” ujar anak keenam daripada 10 beradik itu.
Menurut Kiko yang juga pelajar semester dua, di sebalik video sukan dan kecergasan yang dikongsi, dia turut menerima komen teguran mengenai aurat kerana disangka sebagai Muslim.
Namun kata peng4nut agama Kristian ini, dia tidak kecil hati, sebaliknya cuba memberi penjelasan kepada mereka yang salah sangka dan keliru dengan identitinya.
Kiko tak sabar untuk bergelar sebagai guru suatu hari nanti.
“Sepanjang hasilkan video, ada juga saya terima komen-komen berkaitan agama. Mereka suruh tutup aurat ketika bersukan.
“Mungkin mereka salah faham dan fikir saya orang Muslim. Tapi saya OK saja, saya cuba jelaskan semula kepada mereka,” ujarnya lagi.
Paling penting kata Kiko, dia tidak sabar untuk bertugas di sekolah suatu hari nanti dan mahu melahirkan generasi muda yang mementingkan gaya hidup sihat.
“Saya memang dah bersedia. Tak sabar nak jumpa murid dan kongsi apa yang saya dah belajar.
“Saya mahu bentuk murid-murid untuk jadi seperti saya, atau jadi lebih baik daripada saya,” ujarnya lagi.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2021/11/pemuda-ini-akur-mak-ayah-tak-restu-jadi.html