Pemuda Dap Gesa Jangan Undi Kluster Mahkamah Jadi Timbalan Speaker


agendadaily.com11/9/2021
Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Howard Lee

Pencalonan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker perlu ditolak semua Ahli-ahli Parlimen (MP) yang akan bersidang pada Isnin ini, gesa Pemuda DAP Kebangsaan.

Ketua DAPSY, Howard Lee berkata jangan lupa ikrar mantan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berpendirian tidak akan menyokong mana-mana individu yang terpalit dengan ‘kluster mahkamah’, ia memandangkan MP Pontian itu juga salah seorang daripada 15 MP yang menarik sokongan terhadap kerajaan terdahulu.

“Jangan kita lupa, ikrar pada jam-jam akhir Muhyiddin Yassin adalah untuk tidak akan bekerjasama dan menyokong individu terkait dengan ‘kluster mahkamah’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lee yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pakatan Harapan menyifatkan pencalonan Ahmad sebagai tidak wajar kerana sudah didakwa di mahkamah dan tidak mempunyai kredibiliti yang layak untuk melantiknya sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

“Martabat, integriti dan reputasi Dewan Rakyat sebagai asas kepada sistem demokrasi kita tidak boleh dikotori dan dicemari apabila kerusi penting tersebut diduduki oleh seseorang yang masih belum dibersihkan oleh mahkamah.

“Saya memohon agar kesemua 220 Ahli-ahli Parlimen untuk mengundi berdasarkan hati nurani masing-masing,” katanya lagi.

Beliau berkata Ahmad sudah didakwa di mahkamah kerana memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain turut didakwa bersabit tuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) selepas menerima sebanyak RM2 juta daripada bekas PM Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau bakal menjalani perbicaraan di mahkamah mulai 7 Jun 2022. Adalah lebih baik segala kudrat, masa dan tenaga beliau ditumpukan untuk menjawab pertuduhan tersebut kelak.

“Atas sebab tersebut, adalah lebih baik untuk beliau tidak dipertanggungjawabkan dengan bebanan tugas sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat,” ujarnya lagi.

Tegasnya, semua MP tidak boleh membiarkan pimpinan yang tidak bersih untuk mencalarkan nama baik institusi tersebut.

Pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri menamakan Ahmad sebagai calon baharu Timbalan Speaker sebagai menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan sebelum ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/pemuda-dap-gesa-jangan-undi-kluster.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tetap Sokong Ahmad Maslan Sebagai Timbalan Speaker Walau Kluster Mahkamah

Pas Tetap Sokong Ahmad Maslan Sebagai Timbalan Speaker Walau Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 315 hits
Pas memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan untuk dilantik Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen Isnin ini Naib Presiden Pas Senator Idris Ahmad berkata beliau yakin 18 ahli Parlimen dar...
Kenapa Mahu Angkat Kluster Mahkamah Jadi Timbalan Speaker

Kenapa Mahu Angkat Kluster Mahkamah Jadi Timbalan Speaker

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 367 hits
agendaily com7 9 2021Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi disebut sebut akan dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat Heboh diperkatakan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azali...
Parlimen Jadi Bahan Jenaka Jika Timbalan Speaker Dari Kluster Mahkamah

Parlimen Jadi Bahan Jenaka Jika Timbalan Speaker Dari Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 256 hits
Abdul Aziz BariIPOH Cadangan melantik Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat akan meninggalkan kesan kepada kemuliaan dan ketinggian Parlimen sebagai badan perundangan negara Ketua Pembangkang De...
Kluster Mahkamah Tak Boleh Jadi Tim Speaker Tapi Kluster Patut Ke Mahkamah Jadi Menteri Kanan

Kluster Mahkamah Tak Boleh Jadi Tim Speaker Tapi Kluster Patut Ke Mahkamah Jadi Menteri Kanan

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 350 hits
Oleh Sirajuddin AhmadDi Malaysia sesuatu kesalahan itu bukan atas sebab ia dilakukan atau tidak tapi atas sebab dia di pillih untuk di dakwa atau tidak itu sahaja Contoh misalnya jika Ahmad Maslan dan Datuk Sharir Samad di pilih untuk di da...
Mp Bersatu Sailang Undi Calon Timbalan Speaker Umno

Mp Bersatu Sailang Undi Calon Timbalan Speaker Umno

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 252 hits
Malaysiakini Ahli Parlimen Bersatu dilaporkan menolak menyokong Ahli Parlimen Pontian Umno Ahmad Maslan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat yang seterusnya Ini dikatakan menyebabkan undian untuk jawatan itu ditangguhkan dakwaan berkenaan ...
Rentasan 964 Gempar Kini Kluster Mahkamah Dilantik Jadi Timbalan Sp

Rentasan 964 Gempar Kini Kluster Mahkamah Dilantik Jadi Timbalan Sp

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 223 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9641 KLUSTER MAHKAMAH JADI TIMBALAN SPEAKER PARLIMEN 2 ISU UNDI PERCAYA JANGAN SALAHGUNA NAMA YANG DI PERTUAN AGONG 3 DI MANAKAH SUARA MELAYU ISLAM DALAM KES 1BESTARINET 4 HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA DIWARTAKAN SE...
Sidang Parlimen Pemilihan Timbalan Speaker Tumpuan Hari Kedua

Sidang Parlimen Pemilihan Timbalan Speaker Tumpuan Hari Kedua

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 221 hits
Madiha AbdullahSeptember 14 2021 06 00 MYTSidang Parlimen ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Gambar failKUALA LUMPUR Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke 14 bersambung ...
Azalina Kembali Jadi Timbalan Speaker Buat Sementara

Azalina Kembali Jadi Timbalan Speaker Buat Sementara

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 282 hits
Azalina Othman Said berkata Speaker Dewan Rakyat meminta beliau menggalas jawatan Timbalan Speaker buat sementara di bawah Peraturan Mesyuarat 7 KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said kembali mempengerusikan sidang Dewan R...
Dap Wants To Replace Parliament Speaker With An Umno Mp

Dap Wants To Replace Parliament Speaker With An Umno Mp

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 202 hits
DAP says it is prepared to throw its support behind the Umno MP hoping to remove Azhar Harun as Dewan Rakyat speaker DAP has given its strongest support yet for Umno s Azalina Othman Said to be appointed as speaker of the Dewan Rakyat as th...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl