Najib Lebih Berbahaya Daripada Anwar Kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  Mohamad secara peribadi mengakui bahawa perhubungannya dengan Datuk Seri  Anwar Ibrahim bermasalah namun beliau sanggup mengenepikan isu itu dan  merujuk kembali kerjasama mereka untuk agenda parti.
 Menurut Dr  Mahathir, kerjasama strategiknya dengan Anwar telah diperbaharui  terutamanya untuk menjatuhkan pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak  tidak lama dahulu.
                                                                                                                    “Saya mengaku menghadapi  masalah dengan Anwar. Semasa saya menjadi Presiden UMNO, Anwar telah  tersingkir dari parti dan dikenakan hukuman penjara. Namun, saya  berpendapat kita perlu lawan untuk menjatuhkan Najib,” katanya.
 “Saya berpendapat antara Najib dan Anwar, saya anggap Najib lebih berbahaya,” tambahnya.                                                                                                                      
 Namun, beliau berpendapat, sejurus selepas Anwar bebas dari hukuman  penjaranya pada Mei 2018, beliau tidak lagi seperti yang dijangkakan  oleh dirinya.
 “Apabila dia keluar dari penjara, dia pergi merata  tempat, tidak seperti pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain.  Pemimpin lain dalam PH berada dalam parti dan tidak aktif,” katanya.
 Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya persepsi peribadi beliau  terhadap Presiden PKR itu dalam satu wawancara eksklusif bersama  pengarang kanan Sinar Harian, baru-baru ini. Wawancara berkenaan disiarkan secara eksklusif di laman Facebook Sinar Harian pada Khamis.
 Menurut Dr Mahathir lagi, beliau mengibaratkan Anwar seperti ‘stormy weather’, “dia pi mana pun, dia bawa ribut.”
 “Walau demikian, saya masih bersamanya (Anwar). Tapi, bila sampai ke  tahap Majlis Tertinggi PH menolak saya, kerana itulah saya kalah,”  tambahnya. 
MR :  Apa hal Najib? Dia bukan ketua UMNO sekarang...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/najib-lebih-berbahaya-daripada-anwar.html