Peminat Luar Negara Kacau Adik Jun Somin Suruh Kakaknya Berhenti Running Man Netizen Korea Marah
Semua peminat “Running Man” pastinya tahu bahawa salah seorang ahlinya iaitu Jun Somin telah mengambil keputusan untuk berehat seketika kerana mengalami masalah kesihatan yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
Kalau anda perasan pada episod yang baru-baru ini, wanita itu hanya kelihatan pada awal episod sebelum diberitahu oleh Yoo Jaesuk bahawa dia terpaksa menjalani rawatan kerana tidak berapa sihat. Disebabkan oleh tahap kesihatannya yang tak mengizinkan itu, Jun Somin kini mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada semua aktiviti seninya termasuklah “Running Man”.
Walaubagaimanapun, sementara wanita itu cuba untuk merehatkan mindanya dan memulihkan kembali tenaga badannya, ada sahaja individu tidak bertanggungjawab yang cuba merosakkan segalanya.
Kelmarin, adik lelaki kepada Jun Somin iaitu Jun Wookmin ada memuat naik InstaStory di mana seorang peminat luar negara “Running Man” telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada kakaknya dan meminta wanita itu meninggalkan rancangan tersebut.
Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Jun Wookmin, dapat dirumuskan bahawa dia sering menerima mesej sedemikian.
Saya selalu dapat mesej sebegini.
Peminat berasal daripada luar negara itu telah menggunakan khidmat translasi ke bahasa Korea dan menulis pelbagai kata nista yang ditujukan kepada Jun Somin dan keluarganya.
Setiap kali Jun Somin berada dalam episod ‘Running Man’, seluruh keluarganya akan menerima sumpahan.
Saya bertanya dengan serius. Benarkan Jun Somin ada merakamkan filem berunsur seks di Jepun?
Selagi Jun Somin tidak undur diri daripada ‘Running Man’, selagi itu seluruh keluarganya akan menerima sumpahan.
Rata-rata netizen Korea yang membaca mesej kutukan itu meluahkan rasa marah dengan peminat “Running Man” yang terlampau fanatik itu. Sampai sanggup mendoakan yang bukan-bukan kepada ahli keluarga Jun Somin yang tidak terlibat langsung dengan hal ini.
Wow… Sangatlah tak masuk akal Jun Somin mempunyai peminat anti. Dia sangatlah comel, baik hati… Ada suatu masa saya tonton ‘Running Man’ 500% disebabkan oleh Jun Somin.
Semasa ‘Running Man’ nyawa-nyawa ikan.. Jun Somin lah yang telah berikan bantuan pernafasan. Mengarut sungguh peminat ini…
Dekat instagram Jun Somin pun penuh dengan komen seperti itu… sampaikan saya dengan sengaja tinggalkan mesej sokongan untuknya.
Gila betul!
Mereka ini semua tiada kehidupan sendiri ke? Sangatlah kasihan…
Sakitnya hati… Jun Somin adalah vitamin! Pergi sahajalah peminat anti.
Apa salah Jun Somin sehingga dia menerima kutukan sebegini rupa? Bahkan ahli keluarganya pun terkena tempias sama!
Harap Jun Somin terus tabah dan kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber: Daum Cafe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/peminat-luar-negara-kacau-adik-jun-somin-suruh-kakaknya-berhenti-running-man-netizen-korea-marah/