Pemimpin Wajib Teladani Akhlak Nabi


Oleh Hafizah Maidin


Rasulullah SAW menjadi ikon dan teladan yang terbaik sepanjang zaman, malah empat sifat wajib bagi nabi serta rasul perlu diletakkan sebagai ciri penting yang perlu diikuti umat Islam.

Firman Allah SWT: “Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah SWT ketika susah dan senang.” (Al-Ahzab: 21)

Empat sifat

Empat sifat wajib itu seperti diketahui umat Islam ialah siddiq yang bermaksud benar; amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).

Setiap rasul dianugerahkan empat sifat ulung itu, sekali gus melengkapkan dan menaikkan martabatnya sebagai penyampai agama Allah SWT.

Pegawai Agama Islam Daerah Port Dickson, Shafie Muhammad, berkata umat Islam juga perlu meneliti empat sifat lawan yang dinafikan ada pada rasul, iaitu kadzib yang bermakna dusta; khianat; kitman (menyembunyikan) dan jahil (bodoh).

Angkat martabat

“Antara hikmah Allah SWT meletakkan empat sifat itu adalah untuk mengangkat martabat utusan terpilih dan mendapat kepercayaan manusia untuk mengikuti ajaran dibawa oleh mereka.

“Bayangkan jika seorang utusan Allah itu bersifat menyembunyikan? Bagaimana ajaran Islam akan tersebar dan diikuti oleh manusia?” katanya.

Shafie turut menekankan keunggulan sifat Rasulullah SAW hingga disifatkan oleh Ummu al-Mukminin, Saidatina Aisyah RA yang menggambarkan akhlak Baginda seperti al-Quran, iaitu sempurna dan suci.

“Ini bermakna Rasulullah SAW menterjemah al-Quran melalui tingkah laku dan percakapan Baginda,” katanya.

Beliau berkata, segala perbuatan, percakapan hatta diamnya Rasulullah SAW menjadi panduan hidup kepada generasi seterusnya sehinggalah kiamat.

“Kunci utama untuk meneladani akhlak Rasulullah SAW adalah dengan berkasih sayang kerana Baginda sendiri penuh dengan kasih-sayang,” katanya.

Allah SWT mewujudkan sifat terpuji itu dalam diri Nabi SAW dengan hikmah supaya sifat kasih-sayang yang ditunjukkan itu, ramai manusia mula memeluk Islam kerana jatuh cinta pada kelembutan Baginda.

Sifat terpuji

Shafie berkata, empat sifat wajib bagi rasul ini seharusnya diteladani oleh umat Islam tidak mengira kedudukan atau pangkat.

Katanya, sifat terpuji itu tidak hanya terhad untuk sesuatu golongan atau bangsa sahaja untuk diamalkan.

“Sifat ini tidak hanya terhad kepada golongan pemimpin sahaja, sebaliknya kita semua juga perlu amalkan dalam kehidupan,” katanya.

Setiap pemimpin dituntut untuk mengaplikasikan empat sifat terpuji itu dalam memimpin tetapi umat Islam perlu memahami setiap manusia ialah pemimpin atau khalifah.

Justeru, setiap individu juga dituntut untuk menterjemah sifat terpuji itu dalam kehidupan harian.

Amanah

Misalnya, setiap individu perlu amanah dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan walaupun sekecil-kecil tanggungjawab, selain menghayati lebih mendalam sifat wajib bagi rasul.

Beliau berkata, setiap individu pada hari ini perlu menghayati empat sifat terpuji itu dalam kehidupan.

“Sifat ini bukan sekadar menjadi pengetahuan atau hanya dibincangkan di majlis ilmu tetapi harus diteladani dan diaplikasi dalam kehidupan sebenar.

“Akhlak Rasulullah SAW sangat berharga dan perlu dihayati untuk kita aplikasikan dalam kehidupan,” katanya.   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/pemimpin-wajib-teladani-akhlak-nabi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcm Ni Ke Akhlak Pemimpin Parti Islam Tiada Simpati Dari Pihak Yang Ditolong Kata Isteri Rameli Musa

Mcm Ni Ke Akhlak Pemimpin Parti Islam Tiada Simpati Dari Pihak Yang Ditolong Kata Isteri Rameli Musa

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 734 hits
MALAYSIA DATELINE Rameli dan isterinya yang dikenali sebagai usahawan berjaya yang suka menolong mereka yang memerlukan pertolongan Ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Pengerusi KTMB Datuk Rameli Musa berkaitan w...
Prk Semenyeh Wajib Tolak Ph Kerana Halal Kan Hina Nabi Saw

Prk Semenyeh Wajib Tolak Ph Kerana Halal Kan Hina Nabi Saw

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 822 hits
Pengundi Semenyih WAJIB Tolak Kerajaan Yang MENGHALALKAN Perbuatan Menghina Rasulullah SAWPosted by SnapShot at Menghina Rasulullah SAW Bukan Kebebasan Bersuara Dan Tindakan Tegas Mesti Di AmbilMAHKAMAH Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbour...
Penghina Nabi Sedih Dibuli Ketika Ditahan Orang Awam

Penghina Nabi Sedih Dibuli Ketika Ditahan Orang Awam

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 1170 hits
SOSMED Polis mengesahkan telah menangkap pemilik akaun Facebook Danny A antonio Jr pada 6 Mac lepas kerana membuat komen jelik terhadap Agama Islam dan Nabi Muhammad SAW Permohonan reman pula dibuat pada 7 Mac 2019 Suspek itu berusia 28 tah...
Facebook Auni Zaara Palsu Wanita Ini Buat Laporan Polis Selepas Dituduh Hina Nabi

Facebook Auni Zaara Palsu Wanita Ini Buat Laporan Polis Selepas Dituduh Hina Nabi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 457 hits
SEORANG wanita tampil membuat laporan polis selepas gambarnya disalahguna bagi tujuan menghina RasulullahMarva Joinod D Lomodi mendakwa gambar miliknya telah dijadikan sebagai gambar profil Facebook seorang individu yang dikenali sebagai Au...
Penerbit Filem Hina Nabi Muhammad Akhirnya Menyesal Dan Memeluk Islam

Penerbit Filem Hina Nabi Muhammad Akhirnya Menyesal Dan Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 389 hits
ISLAM adalah fitrah untuk semua manusia tanpa mengira status latar belakang dan kaum Ia merupakan suatu ajaran yang disediakan oleh Allah SWT untuk segenap lapisan manusia Ia bagi mencapai tujuan hidup di dunia ini iaitu mengenal dan mengab...
Hin Nabi Muhammad Polis Akhirnya Berjaya Menahan Pemilik Fb Antonio Jr

Hin Nabi Muhammad Polis Akhirnya Berjaya Menahan Pemilik Fb Antonio Jr

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 576 hits
Polis menahan pemilik akaun Facebook Danny A antonio Jr semalam kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata suspek berusia 28 tahun itu dita...
Tiga Didakwa Kes Hina Nabi Muhammad Saw

Tiga Didakwa Kes Hina Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 353 hits
Sarah Zulkiflisarah hmetro com myMohamad Yazid Chow dan Danny Antoni 28 FOTO ASWADI ALIASPADAH mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam di negara ini dengan menghina Nabi Muhammad SAW dan agama di media sosial tiga lelaki didakwa de...
Toleransi Di Zaman Nabi

Toleransi Di Zaman Nabi

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 445 hits
Saya cuma mau cerita sedikit Dulu ABU LAHAB mempunyai Putri yang Alim namanya DARROH Ikut hijroh dengan Nabi saat perjalanan Hijroh dia DIBULLY dengan Perempuan perempuan yang ikut hijroh lainnya imanmu tidak akan diterima oleh Alloh sebab ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi