Pemimpin Umno Tempelak Rais Yatim Hujah Macam Budak Spm


 
March 19, 2021 Hujah Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim untuk menolak Undi 18 “kebudak-budakan,” tempelak Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil.
Malah Isham berkias membayangkan kedangkalan alasan yang dilontarkan ahli majlis tertinggi Bersatu itu.
“Jika jawapan seperti ini diberi dalam kertas soalan SPM, tentunya Tan Sri Rais akan gagal,” katanya pada hantaran di media sosial hari ini.
Isham mengulas laporan portal dalam talian MalaysiaGazette yang memetik Rais berkata Undi 18 bukan setakat “menyusahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi mengelirukan ibu bapa.”
“Seorang yang berumur 18 tahun bermakna habis tingkatan lima sahaja dah boleh mengundi.
“Cuba bayangkan di dunia Malaysia, di dunia barat jangan bawa,” kata Rais menjelaskan tidak perlu mengikut langkah negara-negara lain.
“Soalnya adakah ini budaya kita? Ibu bapa dah bersediakah?
“Anak baru keluar tingatan lima terus hendak nak jadi ahli politik. Ini tidak mungkin,” kata Rais.
 
Menyanggah hujah veteran Bersatu itu, Isham menegaskan Undi-18 itu berkenaan kelayakan orang muda berumur 18 tahun untuk mengundi atau untuk mereka menjadi pengundi, ia bukan usul untuk mereka berpolitik atau menjadi ahli politik.
“Di Malaysia sekarang ada lebih kurang 15 juta pengundi, hampir semua (atau 99 peratus) daripada mereka bukanlah ahli politik atau sibuk berpolitik walaupun mereka mengikuti perkembangan politik.
“Jadi pengundi tidak bermaksud jadi ahli politik,” katanya.
Isham juga berkata Undi 18 perlu dibenar, malahan digalakkan.
“Kerana mereka adalah pemegang taruh terbesar ke atas dasar-dasar kerajaan yang memberi kesan kepada mereka dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang sehingga mereka berumur 23 tahun,” katanya.
Macam mana nak percaya Rais perjuang Melayu?
Jelasnya, jika anak muda tidak dibenarkan mengundi, ia adalah “suatu penganiayaan atau ketidakadilan besar kepada mereka.”
“Lebih dua pertiga atau 5 juta daripada (8 juta pengundi muda baru berumur 18 tahun) adalah pengundi muda Melayu.
“Bagaimanakah kita hendak percaya yang Rais Yatim dan partinya Bersatu ini kononnya ingin memperjuangkan hak orang-orang Melayu jika mereka tidak benarkan berjuta-juta anak muda Melayu untuk mengundi,” soal Isham.
Untuk rekod Undi 18 membolehkan warganegara berusia 18 tahun dan ke atas layak mengundi. Melalui inisiatif digerakkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu pendaftaran juga berlaku secara automatik.
Seramai 211 ahli parlimen daripada 222 anggota Dewan Rakyat mengundi menyokong usul meluluskan rang undang-undang itu pada 16 Julai 2019, sebelum diluluskan pula – dengan majoriti dua per tiga – oleh Dewan Negara 10 hari kemudian.
Apabila Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata, pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.
Rais hari ini berkata dia tidak mengelirukan apa-apa mengenai undang-undang berkaitan Undi 18.
“Tetapi saya juga berdiri teguh di belakang sentimen ibu bapa yang banyak mengeluh, mengatakan adakah ini satu tindakan yang logik dalam konteks perjuangan kita di Malaysia,” katanya
Rais menyebut mengenai Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan mengenai perjalanan kuasa mengubal undang-undang.
Menurutnya, satu huraian baru mengenai RUU Undi 18 “harus diperlihatkan.”
“Yang di-Pertuan Agong setakat ini setahu kami belum lagi menandatangani undang-undang ini, apakah ertinya ini,” soalnya.
Bagaimanapun, Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan jika satu-satu RUU tidak diperkenan Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 30 hari, maka ia boleh dikuatkuasakan.
Kata Rais lagi, antara usia 21 tahun dan 18 tahun, ada tempoh hanya tiga tahun sahaja.
“Apa salahnya kita tunggu sekejap sehingga mereka matang dan dapat berfikir dan ibu bapanya pun ada lunas ke mana menjurus hendak pergi,” jelasnya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/pemimpin-umno-tempelak-rais-yatim-hujah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hujah Rais Yatim Tolak Undi 18 Jika Jawapan Spm Tentu Akan Gagal

Hujah Rais Yatim Tolak Undi 18 Jika Jawapan Spm Tentu Akan Gagal

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 274 hits
Hujah Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim untuk menolak Undi 18 kebudak budakan tempelak Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil Malah Isham berkias membayangkan kedangkalan alasan yang dilontarkan ahli majlis tertinggi Bersatu itu Jika ...
Demi Masa Depan Umno Bersatu Perlu Muafakat Rais Yatim

Demi Masa Depan Umno Bersatu Perlu Muafakat Rais Yatim

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 311 hits
Umno dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu kata tokoh politik veteran Dr Rais Yatim Rais berkata hubungan antara kedua dua parti tidak boleh berpatah arang begitu sahaja selain turut meleta...
Umno Bersatu Perlu Muafakat Demi Masa Depan Kata Rais

Umno Bersatu Perlu Muafakat Demi Masa Depan Kata Rais

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 277 hits
Umno dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu kata tokoh politik veteran Dr Rais Yatim Rais berkata hubungan antara kedua dua parti tidak boleh berpatah arang begitu sahaja selain turut meleta...
Lebih Ramai Pemimpin Umno Akan Bersuara Susulan Kritikan Musa Kata Penganalisis

Lebih Ramai Pemimpin Umno Akan Bersuara Susulan Kritikan Musa Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 308 hits
freemalaysiatoday com March 9 2021 7 45 AMPenentu nasib Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno adalah ahli dan perwakilan parti kata penganalisis PETALING JAYA Penganalisis menjangkakan lebih ramai pemimpin Umno di peringkat negeri dan ba...
Asyraf Kata Jangan Salahkan Umno Jika Ada Pemimpin Buat Hal

Asyraf Kata Jangan Salahkan Umno Jika Ada Pemimpin Buat Hal

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 228 hits
March 8 2021 Bukan salah parti apabila segelintir pemimpin dan ahli membuat angkara kerana lupa diri lupa daratan dan lupa akar perjuangan kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki Beliau berkata semua ahli Umno kini tidak lagi boleh mengu...
Duit Tidak Pernah Tidur Ramai Pemimpin Umno Bakal Diumpan Bersatu

Duit Tidak Pernah Tidur Ramai Pemimpin Umno Bakal Diumpan Bersatu

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 244 hits
SHAHBUDIN HUSINHanya beberapa hari selepas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis merangkap Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan tindakannya menolak keputusan Majlis Tertinggi Umno yang tidak mahu bekerjasama dengan Be...
Laporan Polis Terhadap Bekas Pemimpin Umno Atas Dakwaan Hamzah Cuba Beli Ahli Parlimen

Laporan Polis Terhadap Bekas Pemimpin Umno Atas Dakwaan Hamzah Cuba Beli Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 268 hits
March 10 2021 Pembantu kepada Hamzah Zainudin menggesa polis menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terperinci serta mengambil tindakan tegas terhadap Lokman Noor Adam yang memfitnah menteri dalam negeri itu PETALING JAYA Seorang pemban...
Pemimpin Umno Tak Mahu Anwar

Pemimpin Umno Tak Mahu Anwar

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 315 hits
Pemimpin bahagian Umno tidak berpuas dengan tindak tanduk Presiden PKR Anwar Ibrahim yang kebelakangan ini yang sering memberikan komen berkenaan parti itu Mereka berkata Umno tetap berpegang teguh kepada kesepakatan sebelum ini untuk tidak...
Umno Saja Tak Boleh Berkuasa Ppbm Pun Perlu Muafakat Demi Orang Melayu Kata Rais

Umno Saja Tak Boleh Berkuasa Ppbm Pun Perlu Muafakat Demi Orang Melayu Kata Rais

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 319 hits
Rais Yatim berkata setiap parti perlu ada jiwa bekerjasama dan memajukan negara bersama selain berpendapat mana mana orang Melayu yang tidak rela bekerjasama kedudukan kebangsaannya boleh dipersoal JELEBU Umno dan PPBM perlu bermuafakat dem...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff