Hujah Rais Yatim Tolak Undi 18 Jika Jawapan Spm Tentu Akan Gagal



Hujah Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim untuk menolak Undi 18 “kebudak-budakan,” tempelak Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil.
Malah Isham berkias membayangkan kedangkalan alasan yang dilontarkan ahli majlis tertinggi Bersatu itu.
“Jika jawapan seperti ini diberi dalam kertas soalan SPM, tentunya Tan Sri Rais akan gagal,” katanya pada hantaran di media sosial hari ini.
Isham mengulas laporan portal dalam talian MalaysiaGazette yang memetik Rais berkata Undi 18 bukan setakat “menyusahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi mengelirukan ibu bapa.”
“Seorang yang berumur 18 tahun bermakna habis tingkatan lima sahaja dah boleh mengundi.
“Cuba bayangkan di dunia Malaysia, di dunia barat jangan bawa,” kata Rais menjelaskan tidak perlu mengikut langkah negara-negara lain.
“Soalnya adakah ini budaya kita? Ibu bapa dah bersediakah?
“Anak baru keluar tingatan lima terus hendak nak jadi ahli politik. Ini tidak mungkin,” kata Rais.

Menyanggah hujah veteran Bersatu itu, Isham menegaskan Undi-18 itu berkenaan kelayakan orang muda berumur 18 tahun untuk mengundi atau untuk mereka menjadi pengundi, ia bukan usul untuk mereka berpolitik atau menjadi ahli politik.
“Di Malaysia sekarang ada lebih kurang 15 juta pengundi, hampir semua (atau 99 peratus) daripada mereka bukanlah ahli politik atau sibuk berpolitik walaupun mereka mengikuti perkembangan politik. 
“Jadi pengundi tidak bermaksud jadi ahli politik,” katanya.
Isham juga berkata Undi 18 perlu dibenar, malahan digalakkan.
“Kerana mereka adalah pemegang taruh terbesar ke atas dasar-dasar kerajaan yang memberi kesan kepada mereka dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang sehingga mereka berumur 23 tahun,” katanya.
Macam mana nak percaya Rais perjuang Melayu?
Jelasnya, jika anak muda tidak dibenarkan mengundi, ia adalah “suatu penganiayaan atau ketidakadilan besar kepada mereka.”
“Lebih dua pertiga atau 5 juta daripada (8 juta pengundi muda baru berumur 18 tahun) adalah pengundi muda Melayu.
 
“Bagaimanakah kita hendak percaya yang Rais Yatim dan partinya Bersatu ini kononnya ingin memperjuangkan hak orang-orang Melayu jika mereka tidak benarkan berjuta-juta anak muda Melayu untuk mengundi,” soal Isham.
Untuk rekod Undi 18 membolehkan warganegara berusia 18 tahun dan ke atas layak mengundi. Melalui inisiatif digerakkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu pendaftaran juga berlaku secara automatik.
Seramai 211 ahli parlimen daripada 222 anggota Dewan Rakyat mengundi menyokong usul meluluskan rang undang-undang itu pada 16 Julai 2019, sebelum diluluskan pula – dengan majoriti dua per tiga – oleh Dewan Negara 10 hari kemudian.
Apabila Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata, pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.
Rais hari ini berkata dia tidak mengelirukan apa-apa mengenai undang-undang berkaitan Undi 18.
“Tetapi saya juga berdiri teguh di belakang sentimen ibu bapa yang banyak mengeluh, mengatakan adakah ini satu tindakan yang logik dalam konteks perjuangan kita di Malaysia,” katanya
Rais menyebut mengenai Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan mengenai perjalanan kuasa mengubal undang-undang.
 
Menurutnya, satu huraian baru mengenai RUU Undi 18 “harus diperlihatkan.”
“Yang di-Pertuan Agong setakat ini setahu kami belum lagi menandatangani undang-undang ini, apakah ertinya ini,” soalnya.
Bagaimanapun, Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan jika satu-satu RUU tidak diperkenan Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 30 hari, maka ia boleh dikuatkuasakan.
Kata Rais lagi, antara usia 21 tahun dan 18 tahun, ada tempoh hanya tiga tahun sahaja.
“Apa salahnya kita tunggu sekejap sehingga mereka matang dan dapat berfikir dan ibu bapanya pun ada lunas ke mana menjurus hendak pergi,” jelasnya.
Campur tangan kerajaan AS dalam kes Najib satu pencabulan

The post Hujah Rais Yatim tolak Undi 18 jika jawapan SPM tentu akan gagal appeared first on My NEWS ONLINE.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://my-news.online/2021/03/19/hujah-rais-yatim-tolak-undi-18-jika-jawapan-spm-tentu-akan-gagal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Tempelak Rais Yatim Hujah Macam Budak Spm

Pemimpin Umno Tempelak Rais Yatim Hujah Macam Budak Spm

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 271 hits
March 19 2021 Hujah Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim untuk menolak Undi 18 kebudak budakan tempelak Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil Malah Isham berkias membayangkan kedangkalan alasan yang dilontarkan ahli majlis tertinggi Ber...
Rais Yatim Tak Hormat Perlembagaan Apa Pendirian Sebenar Pm Tentang Undi 18

Rais Yatim Tak Hormat Perlembagaan Apa Pendirian Sebenar Pm Tentang Undi 18

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 194 hits
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim meneruskan usaha sia sia dengan cuba mencari alasan dan helah untuk mengatakan penurunan umur mengundi kepada 18 tahun tidak boleh berlaku Rang undang undang Undi 18 untuk meminda Perlembagaan t...
Undi 18 Rais Yatim Should Just Say It Was A Stupid Idea

Undi 18 Rais Yatim Should Just Say It Was A Stupid Idea

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 259 hits
Rais says impractical to lower voting age to 18 time consuming obstructions in implementing itRais said take time to 18 year olds and constituencies My comments This is the lamest excuse Rais could have made up Then how does our voter regis...
Kenyataan Rais Yatim Adalah Penghinaan Pada Anak Muda Asyraf Wajdi

Kenyataan Rais Yatim Adalah Penghinaan Pada Anak Muda Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Pemuda Barisan Nasional menyelar tindakan Tan Sri Rais Yatim yang mendakwa kononnya ada pelbagai kekangan untuk melaksanakan undi 18 tahun Pengerusinya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara ...
Galau Muhyiddin Dan Rais Yatim

Galau Muhyiddin Dan Rais Yatim

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 255 hits
HAMDAN TAHAKebimbangan saya jika Muhyudin balik dari arab dia mengadap AGUNG dan bubar parlimen Kemudian Takiyudin akan mengeluarkan kenyataan bagi pihak SPR 1 Pengundi yang layak mengundi dalam pru ke 15 hanya yang berumur 21 ke 50 sahaja ...
Demi Masa Depan Umno Bersatu Perlu Muafakat Rais Yatim

Demi Masa Depan Umno Bersatu Perlu Muafakat Rais Yatim

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 375 hits
Umno dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu kata tokoh politik veteran Dr Rais Yatim Rais berkata hubungan antara kedua dua parti tidak boleh berpatah arang begitu sahaja selain turut meleta...
Undi18 Irdp Kecewa Kenyataan Rais Yatim

Undi18 Irdp Kecewa Kenyataan Rais Yatim

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 225 hits
Institute for Research and Development of Policy memandang serius kenyataan dikeluarkan Yang di Pertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim bahawa Undi 18 tidak akan dilaksanakan untuk Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Pengerusi IRDP Ta
Rais Yatim Perikatan Must Serve At Least One Term To Complete Efforts To Curb Covid 19

Rais Yatim Perikatan Must Serve At Least One Term To Complete Efforts To Curb Covid 19

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 255 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin led Perikatan Nasional government must complete at least a term that was scheduled to end on May 2023 to continue curbing the spread of Covid 19 said Dewan Negara president Tan Sri Rais Yatim as reported by Utusan M...
Dua Remaja Carut Guru Lepas Selesai Spm Didakwa Di Mahkamah

Dua Remaja Carut Guru Lepas Selesai Spm Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 444 hits
Selepas imej mereka bermotosikal sambil mengenakan baju sekolah yang diconteng dengan perkataan mencarut guru hari ini dua remaja sekali lagi menjadi perhatian ramai Kedua dua remaja yang baru menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia...
Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Itinerary Cameron Highland 2025 4d 3n

Breakfast

Rafizi Lancar Ayuh Malaysia Bagi Gempur Perusahaan Sosial Akar Umbi

Puisi Dari Kawanmu

8 Cara Praktikal Kawal Bajet Keluarga Zaman Kos Sara Hidup Tinggi

Resepi Roti Manis