Pemimpin Umno Jenis Tiada Jati Diri




Sejak UMNO kehilangan kuasa pada 9 Mei lalu, dua senario silih berganti berlaku kepada pemimpin-pemimpin parti Melayu itu.


Pertama, satu demi satu pemimpinnya meninggalkan UMNO kerana tidak sedia untuk berada lebih lama sebagai pembangkang, seolah-olah menjalani kehidupan tanpa nikmat jawatan serta kedudukan dalam kerajaan adalah sesuatu yang memedihkan.


Kedua, satu demi satu juga pemimpin UMNO sanggup menebalkan muka bertemu Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sama ada bersendirian atau berkumpulan, secara sunyi-sunyi atau terang-terangan, sedangkan ketika mereka ada jawatan dahulu, lelaki tua berusia 93 tahun itulah yang siang malam dikutuk, dihina dan dicaci demi semata-mata untuk mempertahankan seorang penyamun bernama Najib Razak.


Hanya kerana Tun Mahathir kini berjawatan Perdana Menteri dan mempunyai banyak kuasa, sementara Najib sudah tiada apa-apa gula lagi yang boleh diagih-agihkan, para pemimpin UMNO dengan tiada perasaan malu sama sekali sanggup menjilat ludah sendiri.

Zahid Hamidi sendiri mengakui beliau dua kali mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir, walhal ketika berjawatan timbalan perdana menteri dahulu, tanpa belas kasihan beliau memfitnah Pengerusi Pakatan Harapan itu dengan nama “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.”

Kali ini, melalui gambar yang baru tersebar, terdedah pula pertemuan sekumpulan pemimpin UMNO diketuai Timbalan Presidennya, Mohamad Hassan dengan Perdana Menteri di kediaman peribadinya pada 22 Oktober lalu.


Beberapa kelompok pemimpin UMNO yang lain, di Johor misalnya, turut melakukan kunjungan peribadi terhadap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang pernah dimusuhi dan dinista dengan pelbagai kata-kata celaan.


Di kala mereka berdegar-degar menjeritkan kata-kata perjuangan sehingga timbul urat leher dan meminta ahli bawahan kekal setia bersama UMNO, pemimpin di atas yang sebelumnya ada kedudukan dan jawatan kini bertempiaran menjual serta mempromosi diri kepada orang yang pernah mereka kutuk, hina dan caci sebelum ini.


Apa pun alasannya mereka melompat parti atau mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir yang kini berjawatan Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin UMNO ini bolehlah dikategorikan sebagai jenis yang tiada jati diri sama sekali.


Di mana dan apa nilai perjuangan mereka sebenarnya?


Yang nyata, di sebalik berdegar-degar melantunkan semangat perjuangan di mulut, tetapi matlamat sebenarnya hanyalah perut.


Ketika UMNO berkuasa dan Najib menjadi Perdana Menteri dahulu, adakah kita dengar atau lihat terdapat pemimpin-pemimpin pembangkang pernah masuk ke pejabat atau kediaman Perdana Menteri sepertimana kelakuan pemimpin UMNO setelah jadi pembangkang sekarang ini?


Kenapa di sebalik bersama penyokong sendiri melaungkan kata-kata semangat perjuangan tetapi secara sembunyi-sembunyi sanggup datang ke rumah musuh sendiri?


Kalau pun bertemu Tun Mahathir sekadar untuk merayu agar UMNO tidak dibubarkan sebagimana yang didakwa oleh Mohamad Hassan,  itu cara yang sebetulnya dalam perjuangan dan mengapa tidak dilakukan dengan cara mematuhi peraturan dan undang-undang?


Ketika DAP mahu dibubarkan dahulu, adakah kita pernah dengar Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng mengadakan pertemuan secara rahsia dengan Najib?


Begitu juga ketika Bersatu diarahkan bubar sementara oleh RoS atau sewaktu Pakatan Harapan sepanjang masa ditolak permohonan kelulusannya, adakah kita dengar sesiapa daripada gabungan itu yang teringan untuk merayu dan mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri atau Menteri Dalam Negeri?


Kenapa pemimpin UMNO tiada sikap untuk melawan secara terbuka sebagaimana yang ditunjukkan oleh para pemimpin PKR, DAP, Amanah dan Bersatu sebelum ini?


Realitinya, baru tujuh bulan bergelar pembangkang sudah begini sikap mereka, bagaimana untuk meneruskan perjuangan sehingga PRU15 akan datang? (ShahbudinHusin 13/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/pemimpin-umno-jenis-tiada-jati-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lompat Parti Hilang Jati Diri Seorang Pemimpin

Lompat Parti Hilang Jati Diri Seorang Pemimpin

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 362 hits
Selepas pilihan raya umum yang ke 14 Kerajaan Malaysia di teraju Pakatan Harapan Barisan Nasional mengalami kekalahan yang teruk hanya tinggal dua negeri sahaja iaitu negeri Perlis dan negeri Pahang Manakala Pakatan Harapan merampas beberap...
Ya Saya Jumpa Pemimpin Umno Sabah Tun M

Ya Saya Jumpa Pemimpin Umno Sabah Tun M

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beberapa bekas pemimpin UMNO Sabah yang keluar daripada parti itu ada bertemunya di Putrajaya minggu lalu Perdana Menteri berkata pertemuan itu diadakan kerana mereka mahu menyatakan hasrat u...
Dr Mahathir Sahkan Pemimpin Umno Sabah Jumpa Beliau Sebelum Umum Keluar Parti

Dr Mahathir Sahkan Pemimpin Umno Sabah Jumpa Beliau Sebelum Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 545 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pemimpin Umno Sabah yang umum keluar parti hari ini telah menemui beliau minggu lalu Ya mereka bertemu dengan saya dan memberi tahu saya mereka mahu meninggalkan Umno kata pengerusi Pakatan Harapan itu Be...
Dap Dr M Pernah Gelar Pemimpin Umno Tidak Berguna Sampah

Dap Dr M Pernah Gelar Pemimpin Umno Tidak Berguna Sampah

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 347 hits
December 13 2018Ronnie Liu berharap Dr Mahathir Mohamad tidak menerima pemimpin Umno Sabah menyertai PPBM PETALING JAYA DAP mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sudah 2 kali melanggar janji apabila menerima bekas pemimpin Umno Datuk Seri Mustap...
Mimi Afzan Lynas Pemimpin Yang Kami Undi Kini Jauhkan Diri

Mimi Afzan Lynas Pemimpin Yang Kami Undi Kini Jauhkan Diri

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR Rintihan kebimbangan dan keluhan warga Lynas Corporation Ltd di Gebeng Kuantan didakwa enggan didengari oleh pemimpin politik termasuk menteri ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Walaupun sebelum ini begitu lantang dan...
Pemimpin Datang Dan Pergi Perjuangan Umno Tetap Ditunjangi

Pemimpin Datang Dan Pergi Perjuangan Umno Tetap Ditunjangi

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 396 hits
Hari ini saya berada di Sabah bersama sama dengan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Pusat mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan dan ahli UMNO Sabah Alhamdulillah di sebalik isu politik yang melanda UMNO Sabah semalam masih ramai pemimpin d...
Gambar Pemimpin Umno Jumpa Tun M Tular

Gambar Pemimpin Umno Jumpa Tun M Tular

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 376 hits
GAMBAR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan serta lima lagi pemimpin parti itu bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tular di media sosial hari ini disahkan adalah tulen Menurut Penasihat Khas Media dan Komunikasi ...
Pemimpin Umno Nafi Komplot Singkir Zahid

Pemimpin Umno Nafi Komplot Singkir Zahid

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 285 hits
MALAYSIAKINI Beberapa pimpinan Umno termasuk anggota parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menafikan mereka terlibat dalam usaha menyingkirkan presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi Saya tak tahu apa apa kalau ada sebarang usaha tidak melibatkan...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti