Pemimpin Umno Gesa Zaliha Ahmad Terrirudin Jawab Kekeliruan Usul Badan Peguam


 
Puad Zarkashi berkata usul Badan Peguam mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman Najib Razak bukan sesuatu yang mengejutkan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Peguam Negara Ahmad Terrirudin Salleh perlu menjawab “kekeliruan” cuba ditimbulkan Badan Peguam berhubung pengurangan hukuman terhadap Najib Razak.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata ini kerana usul diluluskan dalam Mesyuarat Agung Badan Peguam itu seolah-olah menunjukkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan
tidak adil dan bukan di bawah prerogatif Yang di-Pertuan Agong.
Puad Zarkashi.“Menteri Wilayah Persekutuan (Zaliha) dan Peguam Negara (Ahmad Terrirudin) perlu jawab segera kekeliruan dimainkan Badan Peguam ini,” katanya di Facebook.
Semalam, Mesyuarat Agung Badan Peguam meluluskan usul untuk memfailkan permohonan bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman bekas perdana menteri itu atas sabitan rasuah SRC International.
Bekas presiden Badan Peguam, Zainur Zakaria memberitahu FMT, usul itu diluluskan dengan “majoriti besar”.
Zainur yang mengemukakan usul itu untuk perbincangan ahli, mendakwa Lembaga Pengampunan “bertindak ultra vires di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan” dalam mengurangkan hukuman penjara 12 tahun Najib kepada enam tahun serta denda RM210 juta kepada RM50 juta.
Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata, Najib hanya menjalani hukuman penjara satu setengah tahun, justeru permohonannya untuk pengampunan sepatutnya tidak diproses dan ditentukan sejak awal.
Zainur turut mendakwa Najib “tidak menunjukkan sebarang penyesalan atau kekesalan atas penglibatannya dalam hal ehwal 1MDB” dan terus menuduh mahkamah tidak melayannya secara adil.
Mengulas lanjut, Puad berkata usul itu bukan sesuatu yang mengejutkan dan mendakwa Badan Peguam sering berat sebelah dan bermain politik.
“Najib tidak memohon pengurangan hukuman, beliau mohon diberi pengampunan penuh atas 12 hujah dia tidak mendapat perbicaraan adil.
“Saya cabar mereka jawab Abdul Rahman Sebli Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli. Beliau kata Najib patut bebas kerana dinafikan perbicaraan adil,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/pemimpin-umno-gesa-zaliha-ahmad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Pemuda Umno Johor Akan Didakwa Atas Tuduhan Serangan Seksual

Pemimpin Pemuda Umno Johor Akan Didakwa Atas Tuduhan Serangan Seksual

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 283 hits
Hariz Mohd amp Alyaa AlhadjriSeorang ketua Pemuda Umno Johor dijangka didakwa di mahkamah esok atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap beberapa remaja lelaki Sekurang kurangnya enam remaja lelaki dikatakan menjadi mangsa dalam kes ...
Badan Peguam Akan Cabar Hukuman Najib Diringankan Di Mahkamah

Badan Peguam Akan Cabar Hukuman Najib Diringankan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 285 hits
Badan Peguam Malaysia akan memfailkan cabaran undang undang di mahkamah terhadap keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan separuh hukuman bekas perdana menteri Najib Razak atas sabitan rasuah SRC International Presiden Badan Peguam ...
Umno Johor Kaji Keahlian Pemimpin Terkait Jenayah Seksual

Umno Johor Kaji Keahlian Pemimpin Terkait Jenayah Seksual

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 148 hits
Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros berkata parti menyerahkan kepada polis untuk menjalankan tindakan sesuai dengan bidang kuasa pihak berkuasa itu PETALING JAYA Umno Johor akan mengkaji status keahlian seorang pemimpin Pemuda yang d...
Tiong Gesa Pimpinan Umno Km Melaka Tegur Akmal

Tiong Gesa Pimpinan Umno Km Melaka Tegur Akmal

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 144 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 19 2024 2 34 PMMenteri Pelancongan Tiong King Sing menyeru kepimpinan Umno tidak terus membiarkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh memperbesar besarkan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di keda...
Video Reaksi Mabes Polri Jawab Rencana Tpn Ganjar Datangkan Kapolda Di Sidang Mk

Video Reaksi Mabes Polri Jawab Rencana Tpn Ganjar Datangkan Kapolda Di Sidang Mk

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 118 hits
Wakil Deputi Hukum TPN Ganjar Mahfud Henry Yosodiningrat mengungkapkan PDI Perjuangan siap membawa sejumlah bukti dan saksi ke Mahkamah Konstitusi
Mantap Sesi Soal Jawab Bersama Pmx Dengan Rakyat Malaysia Di German

Mantap Sesi Soal Jawab Bersama Pmx Dengan Rakyat Malaysia Di German

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 270 hits
Saya berpeluang beramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat Malaysia di Jerman Dalam ucapan saya maklumkan bahawa Malaysia menerima pengiktirafan daripada para pemimpin industri dan perniagaan di Jerman dengan pelaburan berpotensi bernil...
Soal Jawab Hukum Pakai Gincu Ketika Puasa

Soal Jawab Hukum Pakai Gincu Ketika Puasa

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 230 hits
Apa hukum pakai gincu ketika puasa Memasuki bulan puasa ramai yang ingin mengetahui hukum hukum berkaitan dengan amalan puasa Bagi kaum wanita mungkin mereka akan tertanya tanya adakah apa yang mereka pakai semasa waktu puasa adalah sah unt...
Jadi Punca Perbalahan Rakyat Malaysia Akhirnya Google Jawab Punca Kesilapan Nilai Tukaran Matawang

Jadi Punca Perbalahan Rakyat Malaysia Akhirnya Google Jawab Punca Kesilapan Nilai Tukaran Matawang

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 275 hits
Google Malaysia telah memohon maaf atas kesilapan pertukaran nilai mata wang dolar Amerika Syarikat dan Ringgit Malaysia yang telah menggemparkan rakyat Malaysia minggu lepas Pihak Google menyampaikan permintaan maaf tersebut melalui balasa...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord