Soal Jawab Hukum Pakai Gincu Ketika Puasa


Apa hukum pakai gincu ketika puasa? Memasuki bulan puasa, ramai yang ingin mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan amalan puasa. Bagi kaum wanita mungkin mereka akan tertanya-tanya adakah apa yang mereka pakai semasa waktu puasa adalah sah untuk puasa atau dibenarkan semasa menjalani amalan ramadan.
Terdapat persoalan berkenaan pakai gincu ketika puasa yang mana menimbulkan perasaan ingin tahu dan kerisauan adakah dibenarkan pakai gincu ketika puasa?
Perihal Soal Jawab Mengenai Pakai Gincu Ketika Puasa di Bulan Ramadhan Apakah itu Gincu? Gincu adalah merupakan produk kosmetik yang memberikan warna, tekstur dan perlindungan kepada bibir seseorang. Alat solekan ini didatangkan dalam pelbagai warna dan jenis; dan ia secara umumnya dipakai oleh kaum wanita, namun pemakaiannya tidak terhad dalam kalangan lelaki.
Gincu juga bertindak sebagai pelembap bibir yang bertindak memberikan warna dan kelembapan kepada bibir pemakai yang cenderung mengering akibat persekitaran.
Apa Hukum Pakai Gincu? Hukum wanita pakai gincu lipstik serta alat-alat solek yang lain hukumnya adalah harus. Walau bagaimanapun, wanita perlu harus berhias untuk para suami mereka serta mereka yang dibenarkan oleh syarak sahaja. Tidak harus untuk wanita mempamerkan kecantikannya selain daripada suami mereka dan sebahagian manusia yang telah disebut di dalam ayat 31 surah al-Nur.
Maksudnya : “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Hukum Pakai Gincu Ketika Puasa Soal Jawab Hukum Pakai Gincu Ketika Puasa 4 Hukum pakai gincu ketika puasa pada siang hari Ramadhan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana gincu tidak tertelan masuk ke dalam rongga. Sekadar terdapat ‘rasa’ di bibir maka ianya tidak sehingga membatalkan puasa seseorang.
Perkara ini adalah berdasarkan fatwa Ibn ‘Abbas R.Anhuma berkenaan merasa makanan yang mana menyebutkan:
لَا بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الْخَلَّ أَوِ الشَّيْءَ، مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya: “Tidak mengapa untuk merasa cuka atau yang lainnya, selagi tidak memasuki  tekaknya dan dia sedang berpuasa”. (Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (9277))
Adakah Tertelan Gincu Batal Puasa Ramadhan? Apabila seseorang merasa makanan, sudah pasti ianya akan akan mendapat kesan rasa kepada yang merasanya iaitu lidah dan selagi mana dia tidak menelannya maka tidak batal puasanya. Begitu juga keadaannya bagi gincu. Sekadar terdapat rasa sahaja, ianya belum membatalkan puasa melainkan dia menelannya, maka batallah puasanya.
Penggunaan gincu di siang hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa namun sekiranya ditelan (memasuki rongga) rasa yang terdapat pada gincu tersebut maka ianya membatalkan puasa. Jadi, disini kita dapat simpulkan bahawa puasa batal apabila melepasi rongga seseorang.
Adapun semata-mata terdapat ‘rasa’ daripada bibir yang digincu itu maka ianya tidaklah membatalkan puasa kecuali dia menelannya selepas itu.
Seandainya seseorang merasa makanan  ketika berpuasa, kemudian dia meludahkannya namun masih berbaki rasanya pada lidah sekalipun sampai kepada tekak dan lalu ditelannya, maka ianya tidak membatalkan puasa seseorang itu kerana ‘sifat’ makanan tersebut telah diludahkan dan yang tinggal hanya kesan sahaja yang berbaki.
Sebagai pesanan, ingin ditegaskan di sini bahawa memakai gincu bagi memperlihatkan pada yang lain dalam keadaan berlebih-lebihan atau tabarruj adalah amat tidak digalakkan di dalam Islam. Sekiranya untuk suami, ianya dibenarkan sebagai berhias diri.
Soalan FAQs Berkenaan Soal Jawab Hukum Pakai Gincu Ketika Puasa Adakah batal puasa guna gincu? Tidak batal puasa selagu mana belum tertelan dan melepasi rongga.
Apa hukum guna gincu ketika puasa? Hukumnya harus untuk dikenakan dan boleh jadi haram sekiranya berlebih-lebihan atau tabarruj.
Bagaimana cara tanggal gincu ketika puasa? Bagi wanita, gincu boleh ditanggalkan mengikut kesesuaian, guna tisu dan sedikit air boleh digunakan namun perlu menjaga kualiti puasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/03/pakai-gincu-ketika-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Puasa Sunat Selepas 15 Syaaban

Hukum Puasa Sunat Selepas 15 Syaaban

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 179 hits
Perihal dan hukum berpuasa sunat selepas 15 Syaaban1 Secara umumnya berpuasa sunat adalah dibolehkan 2 Berpuasa pada 16 30 Sya ban adalah diharamkan berpuasa sunat padanya Syeikh Dr Muhammad al Zuhaili nyatakan diharamkan bertunggalan dalam...
5 Cara Mencegah Dehidrasi Ketika Puasa

5 Cara Mencegah Dehidrasi Ketika Puasa

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 144 hits
5 Cara Mencegah Dehidrasi Ketika Puasa 9 Pengenalan Dehidrasi Tubuh manusia mengandungi sekitar 60 peratus air dan ia memainkan fungsi penting sebagai pembawa zat menyerap haba metabolisme tubuh serta menjaga aliran darah serta membuang sis...
Video Jokowi Buru Buru Jawab Langsung Pergi Ditanya Soal Beras Jangan Tanya Terus

Video Jokowi Buru Buru Jawab Langsung Pergi Ditanya Soal Beras Jangan Tanya Terus

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 106 hits
Jokowi sempat membahas berbagai isu sepeerti hak angket dugaan kecurangan Pemilu hingga harga beras
Hukum Berbuka Puasa Bagi Musafir Jika Perjalanannya Bermula Selepas Zohor Dan Berakhir Sebelum Maghrib

Hukum Berbuka Puasa Bagi Musafir Jika Perjalanannya Bermula Selepas Zohor Dan Berakhir Sebelum Maghrib

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 177 hits
SoalanApakah hukum musafir berbuka puasa jika perjalanannya bermula pada waktu petang dan berakhir sebelum matahari terbenam Seorang lelaki memutuskan untuk bermusafir pada salah satu hari di bulan Ramadhan dan perjalanannya bermula pada wa...
Video Tegas Sekjen Pdip Hasto Jawab Ganjar Dilaporkan Ke Kpk Hukum Buat Alat Politik

Video Tegas Sekjen Pdip Hasto Jawab Ganjar Dilaporkan Ke Kpk Hukum Buat Alat Politik

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 124 hits
Hasto dengan santai mengatakan sudah biasa hukum dipergunakan bukan bertujuan sebagai keadilan
Mantap Sesi Soal Jawab Bersama Pmx Dengan Rakyat Malaysia Di German

Mantap Sesi Soal Jawab Bersama Pmx Dengan Rakyat Malaysia Di German

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 198 hits
Saya berpeluang beramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat Malaysia di Jerman Dalam ucapan saya maklumkan bahawa Malaysia menerima pengiktirafan daripada para pemimpin industri dan perniagaan di Jerman dengan pelaburan berpotensi bernil...
Hukum Dan Dalil Puasa Ramadhan

Hukum Dan Dalil Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 134 hits
Hukum dan Dalil Puasa Ramadhan merupakan Ceramah Ramadhan 2024 hari pertama Cocok menjadi bahan kultum Tarawih pada malam 1 Ramadhan 1445 hijriyah Sungguh merupakan karunia Allah yang besar ketika Dia memanjangkan usia kita dan mempertemuka...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel