Pemimpin Politik Kaya Tiada Integriti


Saya tertarik dengan lontaran penganalisis politik Dr Muhammad Asri Mohd Ali bahawa UMNO hilang integriti kerana kebanyakan pemimpin UMNO dan exco Pemuda UMNO adalah jutawan sekaligus mencemarkan integriti parti

Felo MPN yang juga pengkaji politik, Muhammad Asri Mohd Ali, menimbulkan persoalan tersebut ketika bertanya kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajidi bagaimana cara untuk melahirkan pemimpin yang dapat mempamerkan contoh etika dan akhlak baik seperti Canselor Jerman Angela Merkel, bagi melahirkan masyarakat yang tidak korup.

Dr Asri juga mendakwa, exco berkenaan tidak mungkin akan menang jika mereka bukan jutawan, malah mencabar Asyraf menamakan seorang individu bukan jutawan dalam barisan exco Umno.

Sebahagian kenyataan Dr Asri itu benar. UMNO telah berubah dari parti yang diurus oleh guru-guru kepada kumpulan mereka yang berjaya dalam perniagaan dan bidang profesional.

Suatu masa dahulu guru adalah antara kumpulan teratas dalam stratafikasi masyarakat Melayu kerana faktor pendidikan dan kewangan yang stabil. Ini kerana stratafikasi sosial orang Melayu pada masa tersebut meletakkan guru dan pagawai daerah antara tokoh masyarakat.

Zaman dahulu kalau hendak kahwinkan anak pun antara keutamaannya ialah guru, pegawai kerajaan, polis dan askar. Maka tidak hairanlah guru menguasai kepimpinan UMNO.

Namun zaman telah berubah. Orang Melayu telah maju dan berjaya dalam bidang perniagaan dan usahawan.
Kumpulan ini telah berada di bahagian atas stratafikasi sosial masyarakat. Malahan ada guru yang mula berniaga dan berjaya telah meninggalkan profesion mereka sekaligus menunjukkan kedudukan usahawan dalam masyarakat lebih tinggi.

Kejayaan kumpulan usahawan ini mengubah kehidupan diri, keluarga dan masyarakat setempat telah mengangkat status mereka.

Justeru seiring dengan perubahan zaman ramailah orang kaya mula menguasai kepimpinan UMNO. Ini adalah satu kejayaan UMNO.

UMNO berubah dari dipimpin oleh mereka yang hanya mempunyai kemahiran mengajar kepada mereka yang mempunyai kemahiran membuat perubahan dan berorientasikan kejayaan dalam hidup.

Bagaimanapun pandangan Dr Muhammad Asri tidak salah sepenuhnya. Ada dalam kalangan pemimpin UMNO yang berperangai tidak senonoh, menjadi tamak haloba dan merosakan imej UMNO.

Namun ramai juga yang kaya sebelum memegang apa-apa jawatan dan menggunakan kekayaan mereka membantu parti di peringkat bahagian dan cawangan untuk terus bergerak.

Mereka juga membantu rakyat bawahan yang ditimpa musibah dan kesempitan hidup. Inilah tradisi budaya kerja-kerja politik UMNO yang bukan sekadar membuat dasar untuk negara tetapi menjadikan agenda kebajikan rakyat sebagai satu keutamaan.

Berbalik kepada ramai jutawan menjadi pemimpin UMNO. Realitinya adalah tidak masuk akal dalam dunia hari ini untuk UMNO memilih seorang Ketua bahagian yang makan gaji.

Jika seorang pemimpin mengharapkan sumber pendapatan dari orang lain, bagaimana beliau hendak memimpin dan membuat perubahan?

Malah saya berpandangan mempunyai Ketua Bahagian atau Exco pemuda yang kaya juga adalah satu kaedah memilihara intergriti. Apabila kaya mereka tidak mudah dijual beli atau digertak.

Jadi mengaitkan kekayaan pemimpin UMNO dengan ketiadaan integriti adalah tidak munasabah. Integriti ialah soal bagaimana individu menjaga akhlak dan perbuatan mereka. Tidak boleh digaul sekali seolah-olah kalau pemimpin UMNO kaya sahaja mereka mesti korup.

Dalam cabaran dunia hari ini, negara memerlukan pemimpin yang tahu menguruskan organisasi, ekonomi dan politik. Ini semua hanya boleh diperolehi dari mereka yang berjaya sebagai ahli perniagaan. Ahli perniagaan bukan sekadar kontraktor. Ia boleh jadi peguam yang berjaya menguruskan firmanya. Seorang doktor yang berjaya menguruskan perniagaan kliniknya juga adalah seorang usahawan.

Barangkali kerana keterbukaan itulah UMNO sentiasa menjadi kilang kepimpinan negara. Di sinilah muncul ramai individu yAang berjaya dan berpengalaman akhirnya memberi satu kepimpinan yang baik untuk negara.
Oleh : Ab Jalil Backer

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/01/pemimpin-politik-kaya-tiada-integriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apabila Pemimpin Hanya Pentingkan Politik

Apabila Pemimpin Hanya Pentingkan Politik

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 308 hits
Kalaulah semua wakil rakyat macam Ebit Lew Kalau semua atau sebahagian wakil rakyat seperti Ebit Lew selesai masalah Itu seloroh penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Rusdi Omar Namun katanya perkara itu tidak be...
Pemimpin Umno Kaya Raya Bermula Zaman Mahathir

Pemimpin Umno Kaya Raya Bermula Zaman Mahathir

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 200 hits
Dakwaan seorang Felo Majlis Profesor Negara kononnya 99 peratus daripada Ketua UMNO Bahagian adalah jutawan merupakan tuduhan dangkal yang sengaja hendak menjatuhkan maruah parti terbesar orang Melayu Ketua Penerangan Barisan Nasional Selan...
Tokoh Politik Yang Dihormati

Tokoh Politik Yang Dihormati

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 123 hits
MOHD SHAH RIMTerus terang aku tak percaya pada org politik kecuali seorang Michael Jeyakumar Devaraj mantan MP Sg Siput dia ni sampai gaji pun habis untuk bantu penduduk di Parlimen Sg Siput 5 sen pun tidak digunakan untuk diri sendiri
Ahli Politik Ditahan Jual Proses Sendiri Dadah

Ahli Politik Ditahan Jual Proses Sendiri Dadah

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 397 hits
461 total views 461 views today Seorang ahli perniagaan yang juga bekas calon Pilihan Raya Umum ke 14 lalu ditahan polis selepas disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah Suspek yang pernah bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda s...
Benda Macam Ni Buat Rakyat Marah Kalau Ahli Politik Kerajaan Didenda Sedikit Atau Dilepaskan

Benda Macam Ni Buat Rakyat Marah Kalau Ahli Politik Kerajaan Didenda Sedikit Atau Dilepaskan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 323 hits
0 00 2 20Ada seperkara yg kami nak tanya pada Ketua Polis Johor sdra Ayub Khan Mydin Pitchay berkenaan seorang perempuan yang didenda RM1 000 kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengeluarkan anaknya dari kereta Sdra menyatakan siasatan...
Ppp Kawal 10 Janji Politik Idris Imam Di Depok

Ppp Kawal 10 Janji Politik Idris Imam Di Depok

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 189 hits
Pernyataan resmi itu dutarakan Ketua DPC PPP Kota Depok Hj Qonita Lutfiyah usai jagoannya ditetapkan sebagai pemenang Pilkada oleh Komisi Pemilihan Umum setempat di Hotel Bumi Wiyata Kecamatan Beji pada Kamis
16 Ahli Politik Dijangkiti Covid 19

16 Ahli Politik Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 273 hits
Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN KUALA LUMPUR Kes jangkitan positif Covid 19 yang merekodkan sebanyak 165 371 kes secara keseluruhan dengan 39 464 kes aktif sejak pertama kali pandemik itu melanda negara awal tahun lalu nyata ia bukan suatu p...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe