Pemimpin Pn Tak Sepakat Isu Tutup Kantin


malaysiakini.com
Shamz Johan & Zarrah Morden & Isabelle Leong
Diterbitkan: Mar 14, 2024 1:52 PM
Isu kantin sekolah yang dibenar beroperasi sepanjang bulan Ramadan mendapat reaksi berbeza dalam kalangan pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Presiden Gerakan, Dominic Lau berkata parti itu tidak berkongsi pandangan sama dengan PAS yang menganggap tindakan tersebut sebagai tidak menghormati bulan Ramadan dan sengaja mencetuskan polemik.

"Saya rasa kita mempunyai interpretasi berbeza dalam perkara ini. Tiada siapa yang salah dan bukan semua pandangan perlu dikritik.

"Bagi kantin sekolah, biarlah ia beroperasi. Apa yang penting adalah nilai hormat menghormati kepercayaan dan amalan keagamaan dalam kalangan pelajar," katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Yahaya mendakwa arahan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek supaya kantin sekolah mesti beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan sebagai keterlaluan.

Katanya, arahan itu seolah-olah sengaja mencetuskan polemik sedangkan pelajar bukan Islam boleh membawa bekal makanan dan makan di ruangan yang dibenarkan.

“Perkara sebegini hanyalah mencetuskan polemik tidak perlu dan membuang masa,” katanya pada Selasa.

Namun, Fadhlina menegaskan bahawa langkah itu bagi membolehkan pelajar bukan Islam dapat makan dengan selesa.

“Saya tidak mahu anak-anak (pelajar) bukan Islam makan di dalam stor dan tempat yang tidak sepatutnya, padahal semua sekolah ada kantin.

“Kita (kementerian) sarankan kantin dibuka sepanjang Ramadan khususnya bagi sekolah yang mempunyai anak-anak bukan Islam,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat, semalam.

Tambah Dominic lagi, parti Gerakan berpegang kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan yang memberi ruang kepada semua rakyat Malaysia kebebasan dalam beragama.

Sementara itu, seorang pemimpin Bersatu menyokong pendirian PAS dalam isu tersebut.

Bercakap atas kapasiti peribadi, Razali Idris berkata dia tidak bersetuju dengan saranan untuk membenarkan kantin dibuka semasa bulan Ramadan.

Menurutnya, pelajar bukan Islam sepatutnya boleh menguruskan diri sendiri kerana amalan berpuasa di bulan Ramadan merupakan kewajiban yang menjadi rutin umat Islam setiap tahun.
"Murid bukan Islam boleh menguruskan diri sendiri ketika bulan Ramadan dan mereka kena faham rutin tahunan murid Islam akan berpuasa pada masa ini.

"Tapi tak perlulah sampai minta mereka makan di stor, boleh makan di kantin tapi kantin tak dibuka dan berjualan macam biasa," katanya yang juga Ketua Penerangan Bersatu.

Tambahnya lagi, pendirian ini tidak ditujukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) ataupun Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) tapi kepada sekolah harian.

Razali berkata jika terdapat kes murid bukan Islam diarah makan di stor atau tempat-tempat yang tidak sepatutnya, pihak kementerian perlu mengambil tindakan.

"Kita mahukan supaya ada kelainan sempena bulan Ramadan dan mengajar murid dari peringkat awal tentang amalan menghormati bulan Ramadan.

"Yang Menteri kata semalam, pada saya, kalau ada pelajar yang diarah makan di stor, itu perlu ambil tindakan pada pengetuanya. Kenapa kena makan di stor? Sekolah mana? nyatakan. boleh makan di kantin. cuma kantin tidak buka. itu sahaja," tambahnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/pemimpin-pn-tak-sepakat-isu-tutup-kantin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Mahkota Pahang Ingatkan Pemimpin Jangan Main Isu Politik Yang Memecahbelahkan Rakyat

Tengku Mahkota Pahang Ingatkan Pemimpin Jangan Main Isu Politik Yang Memecahbelahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 147 hits
KUALA LIPIS Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengingatkan pemimpin di negeri itu supaya mengelak daripada memainkan isu politik yang boleh memecahbelahkan perpadu...
Isu Kantin Pun Nak Jadi Isu

Isu Kantin Pun Nak Jadi Isu

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 225 hits
Arahan agar kantin sekolah sepanjang bulan Ramadhan pun nak dijadikan isu dan Tak faham aku Macam dah ketandusan isu sangat Apa masalah kalau kantin sekolah dibuka pun Murid sekolah terutamanya memang ke semuanya sampai nak tutup terus kant...
Pm Bincang Hal Lebih Penting Bukan Isu Macam Bak Kut Teh Kantin Sekolah

Pm Bincang Hal Lebih Penting Bukan Isu Macam Bak Kut Teh Kantin Sekolah

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 159 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 18 2024 12 40 PMPerdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak untuk mengutamakan isu yang lebih penting seperti ekonomi dan pelaburan berbanding polemik politik Berucap kepada kakitangan Jabatan Perdana ...
Rentasan 1564 Panas Kini Hadi Awang Meroyan Isu Pencen Penjawat Awam

Rentasan 1564 Panas Kini Hadi Awang Meroyan Isu Pencen Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 199 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1564 1 BURUNG TIONG KINI BERBUNYI TENTANG PENCEN 2 HUKUM SEPARUH MASAK PRESIDEN PAS 3 MALAYSIA KINI STABIL DAN KUKUH 4 BERSATU SEDANG MENERIMA KIFARAH PENGKHIANATAN
Saifuddin Sedia Bertemu Hrw Isu Dera Kematian Di Depot Tahanan

Saifuddin Sedia Bertemu Hrw Isu Dera Kematian Di Depot Tahanan

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 262 hits
PUTRAJAYA Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan kesediannya untuk bertemu wakil Human Rights Watch susulan dakwaan pertubuhan bukan kerajaan itu bahawa berlakunya penderaaan dan kematian di depoh tahanan Jabat...
One Step At A Time Masih Tiada Penjelasan Lanjut Ruhainies Perlu Masa Untuk Selesaikan Isu Tangkap Basah

One Step At A Time Masih Tiada Penjelasan Lanjut Ruhainies Perlu Masa Untuk Selesaikan Isu Tangkap Basah

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 146 hits
Ekoran isu kontroversi dirinya yang ditangkap khalwat dengan pelakon Aliff Aziz baru baru ini aktres Ruhainies kini menjadi perhatian orang ramai yang masih menunggu penjelasan dari pelakon tersebut Langkah demi langkah Terkini selepas memu...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas