Corner Baring Ph Terkulai Di Pintu Istana Perikatan Nasional Terus Mara Sekarang



Gelombang PN menghala ke Perak, Kedah


TERNYATA Perikatan Nasional (PN) sudah mara sekarang. Bukan lagi sekadar berkampung di Putrajaya. Gelombangnya membadai ke Perak, Melaka dan Kedah.

Ketika singgah di selatan tanah air, badai itu meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Kerajaan PH Johor roboh lebih awal berbanding Putrajaya.

Jumaat lepas segalanya sudah selesai. Tiga hari kemudian menyusul di Putrajaya tempat tsunami PN bermula.

Gelombang PN dimulakan PH sendiri. Angkara merebut jawatan perdana menteri. Strategi Tun Dr Mahathir Mohamad seperti jatuh ditimpa tangga.Pelan awal sekadar mahu mematikan langkah pesaing tradisi, sebaliknya tersilap langkah apabila kapal sendiri ditembuk. Akhirnya bahtera PH karam.Detik-detik akhir Dr Mahathir cukup berliku. Tindak tanduknya minggu lepas banyak mencacat gelarannya sebagai negarawan. U-turn berkali-kali. Begitu juga Anwar Ibrahim dan PH buat pusingan 360 darjah.‘Corner baring’ membuatkan PH terkulai di pintu Istana Negara. Ramai yakin episod politik tidak mati di situ. Gelombang PN seperti sukar dihentikan.

Di Perak diberitakan anggota-anggota Exco sudah mengemaskan barang. Serupa suasana ketika Utusan Melayu ditutup akhir 2019.Hiba menyaksikan detik-detik akhir kerajaan PH Perak. Seorang Exco yang mewakili PAN dikatakan menangis.

Laman berita melaporkan Adun Titi Serong dilihat menangis teresak-esak. Sedunya ketika menurunkan gambar sendiri di pejabat Exco.Perak hanya dijarakkan 2 kerusi antara PH dan PN. Apabila Bersatu meninggalkan PH bermakna gabungan itu hilang dua kerusi kepada 26.

Manakala PN pula bertambah dua kerusi kepada 28. Dun Perak mempunyai 59 kerusi. PH didominasi DAP dengan 18 kerusi, diikuti PAN (6), PKR (4) dan Bersatu (2).

Manakala pembangkang iaitu BN 25 kerusi dan PAS 3 serta Bebas (1). Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu sudah membayangkan kerajaan baharu.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu membayangkan Perak dijangka akan beralih gabungan mengikut acuan di Putrajaya.Kemelut serupa juga melanda Melaka. PH menguasai 15 kerusi manakala BN – 13. Kerusi PH dibantu Bersatu dengan dua kerusi.

Hari ini apabila Bersatu mufarakah dengan PH bermakna bilangan Adun berkurang kepada 13. Dan PN pula akan bertambah kepada 15. Kemungkinan besar sehari dua lagi Melaka juga akan mendapat ketua menteri baru menjejaki Johor.

Situasi lebih getir berlaku di Kedah. Kekuatan PH sebelum ini disumbang Bersatu yang menang di 6 kerusi Dun. Adun terbabit termasuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz mewakili Dun Jitra, Dr Ku Ab Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak), Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam), Mohd Firdaus Ahmad (Kuah) dan Juhari Bulat (Ayer Hangat).

Antara lima Adun terbabit Amirudin yang didapati masih setia terhadap Mukhriz. Manakala empat lagi belum jelas.

Lagipun Dr Ku Ab Rahman bekas Adun Umno yang menyokong PH sebelum ini.

Sekiranya empat Adun terbabit termasuk Ku Ab Rahman berkiblat kepada Muhyiddin Yassin maka hayat kerajaan PH Kedah juga berakhir.Hasilnya PN akan memiliki 21 Adun. Sekiranya teori itu menjadi kenyataan sekali peluang PAS kembali semula meneruskan legasi ditinggalkan Ustaz Azizan Abdul Razak pada 2013.M FAQIH HARAKAHDAILY 02/3/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/corner-baring-ph-terkulai-di-pintu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perikatan Nasional Kuasai 8 Negeri

Perikatan Nasional Kuasai 8 Negeri

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 254 hits
embedded content TIGA negeri kerajaan Pakatan Harapan dijang
New Perikatan Nasional Gov T A Return Of Bn Policies

New Perikatan Nasional Gov T A Return Of Bn Policies

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 224 hits
The Pakatan Harapan coalition will go down in history as the shortest lived government in the country Since its stunning electoral victory in May 2018 in which the single party dominant regime of BN was defeated for the first time at the fe...
Norhizam Diterima Perikatan Nasional Melaka Mengaku Jadi Barua

Norhizam Diterima Perikatan Nasional Melaka Mengaku Jadi Barua

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 594 hits
Sangat lantang bersuara tidak kira rakyat mahupun sesiapa yang menghalang tugasnya pasti dia akan bersuara dengan tegas Siapa tidak kenal dengan seorang ADUN Pengkaan Batu Melaka iaitu Datuk Norhizam Hassan Baktee ini Selepas kejatuhan kera...
Perikatan Nasional Sedia Bentuk Kerajaan Baru Di Perak Kata Umno

Perikatan Nasional Sedia Bentuk Kerajaan Baru Di Perak Kata Umno

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 428 hits
Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad berkata beliau mengadakanperbincangan dengan pengerusi PPBM Perak dan juga menteri besar Ahmad Faizal Azumu bagi membentuk kerajaan baru di negeri itu IPOH Umno PAS dan PPBM Perak bersetuju untuk bekerja...
Perikatan Nasional Tubuh Sekretariat Gabungan

Perikatan Nasional Tubuh Sekretariat Gabungan

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 323 hits
Oleh Mohd Iskandar IbrahimSetiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menerima kunjungan rombongan MCA yang diketuai Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon di Ibu Pejabat UMNO Menara Datuk Onn NSTP AMIRUDIN SAHIBKUALA LUMPUR Perikatan Nasional a...
Perikatan Nasional Still Working On Framework For Components Says Umno Sec Gen

Perikatan Nasional Still Working On Framework For Components Says Umno Sec Gen

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 293 hits
The informal Perikatan Nasional coalition is still finalising a formal structure for its components and to guide its administration said Umno secretary general Tan Sri Annuar Musa Annuar Musa said the coalition is working to form a working ...
Kerajaan Perikatan Nasional Kerajaan Interim

Kerajaan Perikatan Nasional Kerajaan Interim

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 420 hits
By March 2020Azizi SafarANTARA sebab Kerajaan Pakatan Harapan tumbang adalah kerana Perdana Menteri tidak ada kuasa menentukan anggota Kabinet mesti ikut pilihan parti parti yang membentuk Pakatan Harapan Jika pendekatan yang sama juga menj...
Saya Yb Ke Awak Yb Sertai Perikatan Nasional

Saya Yb Ke Awak Yb Sertai Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 826 hits
Diharap Norhizam tidak lupa peristiwa saya YB ke awak YB penulis harap beliau dapat menziarahi masyarakat yang terlibat dalam peristiwa itu bagi tujuan memohon maaf Adun Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee hari ini telah menyertai P...
Perikatan Nasional Ambil Alih Melaka

Perikatan Nasional Ambil Alih Melaka

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 476 hits
K jaan negeri Melaka bakal tumbang Perikatan Nasional dijangka mengambil alih kerajaan negeri Melaka dengan sokongan dua wakil rakyat Pakatan Harapan iaitu dari DAP dan PKR Mereka adalah Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee dari DAP y...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation