Perang Mulut Solidariti Najib Tak Jejas Hubungan Bn Ph Dakwa Pemimpin Umno


 
Lim Guan Eng dan Dr Akmal Saleh antara pemimpin PH serta BN terbabit dalam pertikaman lidah membabitkan himpunan solidariti Najib Razak.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda Umno menolak perang mulut membabitkan beberapa ahli parti itu dengan DAP berhubung himpunan solidariti Najib Razak, Isnin lalu menyebabkan perpecahan hubungan sayap komponen kerajaan perpaduan.
Ketua Pemuda Umno Selangor, Mohd Imran Tamrin, berkata percanggahan pendapat antaranya membabitkan Ketuanya Dr Akmal Saleh dan Pengerusi DAP Lim Guan Eng lebih kepada teguran peribadi, bukan mewakili suara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
“Itu tak jejaskan kerjasama antara parti dalam kerajaan perpaduan di Putrajaya, kritikan lebih kepada teguran dan tidak bawa perpecahan,” katanya kepada FMT.
Bekas Adun Sungai Panjang itu berkata, di Selangor hubungan Pemuda BN yang diketuainya serta sekutu daripada PH berjalan seperti biasa di sebalik kontroversi terbabit.
“Kita tak bertelagah antara satu sama lain.
“Malah ada antara pemimpin BN-PH Selangor juga telah memulakan kerjasama menghadapi PRU akan datang, BN diwakili Johan Aziz manakala PH pula oleh Borhan Aman Shah,” katanya.
Akmal dan Guan Eng antara dua pemimpin Umno serta DAP sering berbalas kritikan. Terbaru berhubung himpunan solidariti untuk bekas perdana menteri Najib, Isnin lalu.
Sebelum perhimpunan itu berlangsung, Guan Eng membidas Umno kerana mahu mengadakan perhimpunan solidariti yang turut disertai PAS.
Akmal membidas Ahli Parlimen Bagan itu yang didakwa sebagai tiada hak untuk menghalang penyokong Umno berbuat demikian.
Walaupun Umno membatalkan himpunan itu bagi menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam mengurangkan hukuman dan mengampunkan seseorang banduan, ada ahli serta pemimpinnya berhimpun di Istana Kehakiman.
Mereka mengikuti prosiding rayuan Najib untuk memperjuangkan titah diraja yang didakwa membenarkannya menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah.
Najib kini menjalani hukuman enam tahun penjara dalam kes SRC International di Penjara Kajang.
Bekas presiden Umno itu memenangi rayuannya dan kes semakan kehakimannya akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang baharu, selepas Hakim Amarjeet Singh sebelum ini memutuskan bahawa Najib gagal menunjukkan beliau mempunyai kes yang munasabah untuk didengar.
Najib juga dibenarkan mengemukakan bukti baharu apabila merit kes itu didengar di Mahkamah Tinggi kelak. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/perang-mulut-solidariti-najib-tak-jejas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Bersatu Kritik Pn Solidariti Najib Keluar Parti

Pemimpin Bersatu Kritik Pn Solidariti Najib Keluar Parti

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 231 hits
Malaysiakini nbsp Seorang pemimpin Bersatu yang mengkritik penglibatan Perikatan Nasional dalam perhimpunan menyokong bekas perdana menteri Najib Razak mengumumkan keluar parti dan gabungan itu Mahathir Mohd Rais meletak jawatan setiausaha ...
Solidariti Najib Razak Penyatuan Kembali Umno X Pas Ker

Solidariti Najib Razak Penyatuan Kembali Umno X Pas Ker

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 420 hits
katanya semboyan dah dibunyikan UMNO x PAS kan kali ni Bersatu macam berat hati nak join
Terkini Umno Umum Tidak Akan Teruskan Himpunan Solidariti Najib Razak

Terkini Umno Umum Tidak Akan Teruskan Himpunan Solidariti Najib Razak

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 308 hits
SITI NUR ZAWANIJanuary 2025UMNO memutuskan untuk tidak meneruskan perhimpunan solidariti untuk Datuk Seri Najib Razak pada 6 Januari depan demi menghormati titah Yang di Pertuan Agong Setiausaha Agungnya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata...
Umno Mungkin Keluar Kerajaan Jika Najib Jalani Tahanan Rumah Kata Ahli Pkr

Umno Mungkin Keluar Kerajaan Jika Najib Jalani Tahanan Rumah Kata Ahli Pkr

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 327 hits
Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Faiz Na aman berkata ketidaktentuan politik ini akan mengganggu proses pemulihan ekonomi negara PETALING JAYA Penyokong Najib Razak akan memberi tekanan kepada Presiden Umno Zahid Hamidi untuk ke...
Whattt Bekas Banduan Dakwa Sel Penjara Najib Istimewa Dilengkapi Komputer

Whattt Bekas Banduan Dakwa Sel Penjara Najib Istimewa Dilengkapi Komputer

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 297 hits
HarapandailySeorang lelaki mendakwa Datuk Seri Najib Razak mendapat layanan istimewa di dalam Penjara Kajang berbanding banduan lain yang berada di sana Lelaki yang tidak didedahkan nama dan tempat tinggal itu berkata selain tidak berkongsi...
Zahid Warns Umno Members Against Attending Pro Najib Rally

Zahid Warns Umno Members Against Attending Pro Najib Rally

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 362 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi said party members must comply with the guidance given and avoid any official involvement PETALING JAYA Umno president Ahmad Zahid Hamidi has warned party members against attending the planned rally in soli...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Selamat Menyambut Malam Raghaib

As Gold Prices Climb Many Malaysian Families Find A Hidden Financial Cushion

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Folder Korporat Elemen Penting Untuk Imej Profesional Syarikat

From Dopamine Spikes To Stable Focus The Biological Benefits Of Switching To Nootropic Pouches

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

Stablecoin Dan Singapura Membangun Ekosistem Kewangan Digital Yang Kukuh

Ya Saya Kini Sah Bercerai Dan Dalam Tempoh Idah Dayana Roza

Perbicaraan 1mdb Mahkamah Tinggi Putuskan Surat Derma Dari Raja Arab Adalah Palsu