Pemimpin Pas Pkr Dibenar Celah Saman Ngo Terhadap Perintah Darurat




KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan pemimpin PAS dan PKR menjadi pencelah dalam saman yang difailkan oleh NGO dan aktivis hak asasi manusia terhadap perisytiharan darurat.
Hakim Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan memihak kepada Ahmad Fadhli Shaari, Khiril Nizam Khirudin, dan Mohd Apandi Mohamad daripada PAS, serta Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff daripada PKR selepas peguam Edmund Bon beritahu mahkamah mereka tidak membantah permohonan lima individu itu untuk mencelah.
Peguam Ahmad Amzar Ahmad Afzan mewakili pemimpin PAS, sementara Surendra Anath mewakili Shamsul dan Yusmadi.
Terdahulu, pemimpin PAS terbabit berkata, mereka mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menjadi pencelah kerana ia melibatkan isu berkepentingan awam, sementara pemimpin PKR berkata, perisytiharan darurat menghalang mereka daripada menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen.
Hakim juga memerintahkan mereka supaya memfailkan afidavit balas terhadap saman NGO tersebut dalam tempoh 14 hari selepas ia diterima.
Dalam pada itu, mahkamah juga diberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan NGO berkenaan untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan berhubung perintah darurat kepada Mahkamah Persekutuan.
Peguam kanan persekutuan Mohd Sabri Othman berkata, kerajaan memerlukan masa untuk menjawab permohonan itu.
Sehubungan itu, hakim menetapkan 3 Mei depan untuk pengurusan kes.
NGO terbabit mahu merujuk enam soalan undang-undang berkaitan perintah darurat kepada mahkamah tertinggi.
Persoalan itu memfokus kepada kuasa mahkamah untuk mendengar cabaran undang-undang terhadap Ordinan Darurat, selain peranan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Kumpulan terbabit, iaitu Bersih 2.0, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Center for Independent Journalism, Aliran, Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia, dan Save Rivers memohon perisytiharan bahawa Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) bercanggah dengan perlembagaan.
Ordinan berkenaan mula berkuat kuasa pada 11 Jan lepas sehingga 1 Ogos atau lebih awal jika keadaan kesihatan membenarkan ia ditarik balik.
Mereka juga berkata, kerajaan mempunyai cukup kuasa untuk mengurus wabak Covid-19 dan tidak perlu menggantung Parlimen.
Selain NGO berkenaan, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas pemimpin Umno Khairuddin Abu Hassan turut memfailkan cabaran sama terhadap keputusan kerajaan untuk menguatkuasakan perisytiharan darurat.
Mereka mendakwa Muhyiddin Yassin hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat dan mempersoalkan sama ada perdana menteri boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan darurat.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/pemimpin-pas-pkr-dibenar-celah-saman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Pemimpin Keadilan Bantu Bersih Failkan Saman Terhadap Pm

Dua Pemimpin Keadilan Bantu Bersih Failkan Saman Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 171 hits
POSTED BY AMIR WRLRSenator Dewan Negara Mohd Yusmadi Yusoff dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memfailkan permohonan sebagai pencelah dalam saman Bersih dan sejumlah NGO terhadap Perdana Menteri Tan Sri M...
Adakah Pas Sudah Ada Pilihan Bagaimana Kenyataan Pemimpin Umno Terhadap Pas

Adakah Pas Sudah Ada Pilihan Bagaimana Kenyataan Pemimpin Umno Terhadap Pas

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad berkata ramai yang tanya komen beliau berkenaan dengan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir semalam Di samping itu katanya ada juga yang minta pandangannya berhubung kenyataan...
Gelaran Kluster Mahkamah Terhadap Pemimpin Umno Adalah Propaganda Kata Pkr

Gelaran Kluster Mahkamah Terhadap Pemimpin Umno Adalah Propaganda Kata Pkr

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 215 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menolak istilah kluster mahkamah terhadap pemimpin Umno yang berdepan pelbagai pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa dalam langkah orang kuat Presiden PKR Anwar Ibrahim itu mengadakan kerjasama poli...
Darurat Merobek Keyakinan Pelabur Terhadap Kerajaan Anwar

Darurat Merobek Keyakinan Pelabur Terhadap Kerajaan Anwar

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 163 hits
Pengumuman oleh syarikat gergasi International Business Machines Corporation bahawa ia akan menutup pusat operasinya di Cyberjaya pada 31 Mei baru baru ini cukup membimbangkan dan ini menambah kerisauan kita semua apakah perkembangan sepert...
Umno Sibuk Nak Letak Jawatan Pemimpin Pas Sibuk Buat Kerja Bantu Rakyat

Umno Sibuk Nak Letak Jawatan Pemimpin Pas Sibuk Buat Kerja Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 277 hits
Di Akhir Ucapan MB setelah dia sebut Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua semasa majlis Open Road Asia pagi ni saya perasan MB sebak dan hampir menangis saya mengerti perasaan tersebut macam mana tak sebak berduyun duyun pelabur masuk ke Keda...
Pas Tolak Agenda Selamatkan Pemimpin Abdul Hadi

Pas Tolak Agenda Selamatkan Pemimpin Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 245 hits
SHAH ALAM Pas menolak sebarang agenda peribadi yang hanya untuk menyelamatkan pemimpin serta anggotanya namun tidak menyelesaikan masalah negara serta rakyat Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti tersebut juga menolak muafak...
Pas Tumbang Jika Pkr Umno Bekerjasama

Pas Tumbang Jika Pkr Umno Bekerjasama

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 283 hits
Pas tidak akan mampu mempertahankan kerajaan negeri yang dipimpinnya sejak 30 tahun lalu dalam Pilihan Raya Umum ke 15 sekiranya berlaku penjajaran baharu politik di Kelantan Menurut Ketua Cabang Kota Bharu Zinda Khalil Sastro Hassan sekira...
Ahli Pemimpin Umno Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap Boleh Di Ambil Tindakan Displin

Ahli Pemimpin Umno Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap Boleh Di Ambil Tindakan Displin

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 248 hits
KUALA NERUS Mana mana ahli UMNO termasuk pemimpin yang didapati menjalinkan kerjasama bersama PKR dan DAP boleh dikenakan tindakan disiplin Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat Majlis Tertinggi sudah membuat kep...
Annuar Musa Mohon Maaf Kenyataan Di Buat Pemimpin Umno Yang Mengguris Hati Pas

Annuar Musa Mohon Maaf Kenyataan Di Buat Pemimpin Umno Yang Mengguris Hati Pas

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa memohon maaf kepada PAS atas kenyataan mengguris hati yang dikeluarkan beberapa pemimpin UMNO pada perhimpunan agung parti itu Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata ...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega