Darurat Merobek Keyakinan Pelabur Terhadap Kerajaan Anwar




 Pengumuman oleh syarikat gergasi International Business Machines Corporation (IBM) bahawa ia akan menutup pusat operasinya di Cyberjaya pada 31 Mei baru-baru ini cukup membimbangkan, dan ini menambah kerisauan kita semua apakah perkembangan seperti ini akan terus bertambah dan semakin parah.
Pengumuman oleh IBM itu adalah selepas banyak pengumuman yang hampir sama oleh pelbagai syarikat gergasi yang sudah mula meninggalkan Malaysia, termasuk Hyundai dan Panasonic.
Namun terdapat juga laporan yang mengatakan terdapat negara lain di rantau ini yang berjaya mendapat kadar pelaburan yang cukup memberangsangkan dari syarikat-syarikat berasaskan teknologi yang tersenarai dalam Fortune 500.
Kerajaan PN nampaknya berkelakuan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Menteri kanan yang bertanggungjawab soal pelaburan asing juga telah menyatakan bahawa Malaysia mampu untuk bersikap selektif, dan sedang berusaha untuk mendapatkan pelabur-pelabur besar sambil tidak mengendahkan para pelabur berskala kecil dan sederhana.
Situasi ini sangat memprihatinkan tatkala Malaysia terus kehilangan ribuan pekerjaan di sektor teknologi dan pembuatan kepada negara-negara tetangga di rantau Asean.
Kita juga turut bimbang tentang nasib rakyat yang terkesan dengan langkah ini, dan apakah kerajaan PN punya keupayaan dan kemampuan untuk mendepani permasalahan ini.
Kita juga mendapati bahawa reaksi santai menteri bertanggungjawab itu hanya menonjolkan sikap pemerintah yang tidak faham realiti semasa yang dihadapi negara ini, dan ini dapat diringkaskan oleh laporan ini:
Laporan oleh United Nations Conference on Trade and Development (Unctad) pada bulan Januari 2021 yang lalu menyatakan bahawa kadar pelaburan asing (FDI) Malaysia merudum lebih dua pertiga kepada hanya $2.5 bilion pada tahun 2020, langsung menjadikan ia penurunan yang paling dahsyat di rantau Asia Tenggara.
Bulan Januari 2021 juga kita dikejutkan dengan komen oleh Ketua Pengarah Eksekutif EU-Malaysia Chamber of Commerce and Industry (EUROCHAM) yang menyuarakan “kebimbangan terkait Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang ampuh”.
Kita juga digemparkan dengan semakan semula oleh agensi Fitch Ratings terkait Penarafan Kemungkinan Penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada ‘BBB+’ dari ‘A-‘ pada bulan Disember tahun lalu sambil menambah “ketidaktentuan politik susulan daripada perubahan dalam kerajaan pada bulan Mac lalu memberi tekanan kepada jangkaan dasar serta prospek penambahbaikan dalam piawaian tadbir urus”.
Setelah satu tahun berada di puncak kuasa, kerajaan PN masih gagal mendepani secara jujur persoalan terkait keberkesanan mereka sebagai kerajaan yang lemah tanpa mandat legislatif yang jelas.
Pengisytiharan darurat dan tindakan menggantung Parlimen diandaikan oleh sektor swasta sebagai langkah terdesak untuk terus berpaut pada kuasa.
Langkah darurat telah merobek keyakinan kepada kerajaan PN, kerangka kebijakannya serta komitmen pada tatakelola yang baik dan negara hukum.
Keputusan-keputusan yang dibuat kerajaan PN menampakkan kecenderungannya pada kesepakatan tertutup dan rencana dalam gelap, di mana ia bertentangan dengan usaha dan upaya kita untuk menarik pelaburan dan membina keyakinan pada ekonomi.
Perencanaan pemerintah untuk meluncurkan pengedaran spektrum teknologi generasi kelima (5G) menerusi Syarikat Bertujuan Khas (SPV) adalah contoh yang tepat.
Projek ini boleh dikatakan sebagai strategi digital utama kerajaan PN dengan jumlah RM15 bilion, tetapi tanpa penelitian, tanpa perundingan dengan industri, dan menjadi satu-satunya tatanan di dunia ini yang menggunapakai kaedah tersebut.
Syarat perjanjian terkait projek 5G ini juga tidak jelas. Justeru, kita bimbang berapa banyak lagi pelabur yang akan meninggalkan Malaysia dan mencari destinasi pelaburan lain yang lebih selamat dan boleh dipercayai.
ANWAR IBRAHIM
Presiden PKR/Ketua Pembangkang.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/darurat-merobek-keyakinan-pelabur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Gesa Sprm Siasat Menteri Kanan Kerajaan Pn Yang Didakwa Menyogok Mp Pkr

Anwar Gesa Sprm Siasat Menteri Kanan Kerajaan Pn Yang Didakwa Menyogok Mp Pkr

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 317 hits
March 22 2021 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu bersikap lebih telus dalam menyiasat dakwaan wujudnya sogokan dan ugutan membabitkan seorang menteri kanan seperti dilaporkan sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
Sediakah Umno Sokong Anwar Sebagai Pm Bentuk Kerajaan Bersama Ph Sekarang Soal Khalid Samad

Sediakah Umno Sokong Anwar Sebagai Pm Bentuk Kerajaan Bersama Ph Sekarang Soal Khalid Samad

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 260 hits
March 16 2021 5 19 PMKhalid Samad turut mempersoalkan sama ada Umno bersedia menjadi pengikut PH dalam kerjasama itu kerana gagasan itu yang harus memimpin PETALING JAYA Sekiranya Umno mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan ia patut menyok...
Anwar Dakwa Cukup Sokongan Bentuk Kerajaan

Anwar Dakwa Cukup Sokongan Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 394 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yakin mempunyai sokongan mencukupi di Parlimen untuk membentuk kerajaan Anwar yang juga presiden PKR juga yakin kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti mudah di Dewan Ra...
Kerajaan Pn Lemah Punca Laksana Darurat Tun M

Kerajaan Pn Lemah Punca Laksana Darurat Tun M

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 246 hits
Kedudukan kerajaan Perikatan Nasional yang lemah di mana hanya memiliki majoriti tipis di Dewan Rakyat menjadi punca kepada pelaksanaan Proklamasi Darurat hingga Ogos depan Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahat...
Pindaan Ordinan Darurat Tidak Beretika Kata Anwar

Pindaan Ordinan Darurat Tidak Beretika Kata Anwar

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 232 hits
Pindaan Ordinan Darurat tidak beretika kata Anwar Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 Mar 2021 7 04PM
Tak Habis Lagi Cerita Pasal Anwar Jadi Pm Move On La Nik Nazmi

Tak Habis Lagi Cerita Pasal Anwar Jadi Pm Move On La Nik Nazmi

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 258 hits
March 21 2021 Ini Tahap IQ pemuda PKR paling Educate la Dok Sembang pasal PM lagi Bagus lagi Sharil Hamdan dari UMNO Pemuda depa banyak sentuh isu Rakyat Hat UMNO PAS masa langkah Sheraton tarik Sokongan pada Tun Sebab depa tak Boleh terima...
Lebih Baik Ismail Sabri Bincang Bersama Presiden Umno Daripada Menyerang Anwar

Lebih Baik Ismail Sabri Bincang Bersama Presiden Umno Daripada Menyerang Anwar

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 266 hits
Serangan tanpa asas yang dibuat oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke atas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh merugikan Umno dalam percaturan politik jangka panjang parti itu Ketua Penerangan KEADILAN Datuk...
Jika Saya Ahli Umno Saya Tolak Dasar No Anwar No Dap

Jika Saya Ahli Umno Saya Tolak Dasar No Anwar No Dap

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 259 hits
Oleh Prof Agus 1 Majoriti ahli UMNO boleh menerima penyelesaian politik yang diambil oleh pucuk pimpinan dengan syarat No Anwar No DAP Saya rumuskan sebab penolakan mereka sebagai berikut i Perjuangan Anwar adalah untuk memenuhi kepentingan...
Propaganda Kerjasama Umno Anwar Dap

Propaganda Kerjasama Umno Anwar Dap

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 366 hits
Umum mengetahui Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah memutuskan tidak akan ada sebarang bentuk kerjasama dengan PKR dan DAP dalam PRU15 nanti Keputusan tersebut tidak pernah diubah dan kekal sah Penafian akan terbentuk kerjasama dengan PKR dan...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party