Pemimpin Kami Adalah Allah Rasul Dan Mukmin
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR, HARAKAH
BARU kita diuji dengan isu Sarawak Report (SR) dah goyang.
Malam tadi ana di Semenyih bertemu beberapa pimpinan anak muda jentera di sana kita bincang dalam konteks ini bagaimana Saidina Abu Bakar A.S Siddiq R.A yang tak punya maklumat tetapi bila berhadapan Abu Jahal yang menjoloknya berkata percayakah kamu Muhammad dakwa beliau sekelip mata berangkat ke Baitul Maqdis.
Kata Abu Bakar kepada Abu Jahal kalau Muhammad yang berkata jangankan Baitul Maqdis sampai ke langit pun aku percaya.
Pengajarannya peristiwa ini mengajar kita bagaimana berhadapan dengan situasi ketiadaan maklumat.
Abu Bakar adalah Sahabat yang paling rapat pada batang tubuh Rasulullah S.A.W.
Isunya bila berhadapan musuh yang pasti punya agenda jahat Abu Bakar tak goyang malah mengesahkan wala’nya.
SR ini jauh dari Peristiwa Israk Mikraj tetapi pengajarannya hampir serupa.
Dalam kes SR semua kita sedar dan tahu bahawa RM90 juta yang didakwa PAS terima dari Umno itu bohong dan fitnah.
Ini bukan kes baru tetapi fitnah lama yang berlegar.
SR mahu serang kredibiliti PAS ketika itu di ambang PRU dan ketika PAS bermusuhan dengan PH.
Lalu benda yang jelas tak sebagaimana Abu Bakar namun kita goyang.
Kita gelisah dan merungut tak cukup maklumat dan tak tahu berhadapan untuk menjawab.
Abu Bakar lebih layak untuk nempertikai sedang beliau paling rapat dengan Rasul S.A.W tetapi dengan zero maklumat beliau cekal dan berupaya menangkis musuh Islam nombor satu ketika itu.
Jangan underestimate keperluan wala’ dan menganggap ia dalam kes-kes tertentu remeh, sia-sia dan buta sebagaimana mantan PAS yang duduk dalam PAN satu ketika dahulu
Dalam kes SR banyak sudah yang kita tahu. Sedikit tindakan teknikal yang langsung tak mencacatkan innocence kita dalam kes ini di mahkamah terus kita goyang dan menyerang sesama kita.
Bersangka baiklah pada parti dan pimpinan.
Allah sedang menguji kita…. Jangan kecundang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysia-today.net/2019/02/03/pemimpin-kami-adalah-allah-rasul-dan-mukmin/