Pemimpin Jangan Takbur Rakyat Hukum Lima Tahun Sekali Kata Tpm


Foto oleh Bernama
SHAH ALAM — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan barisan kepimpinan Tertinggi PKR yang telah dipilih mentadbir negara agar tidak mendabik dada dan takbur dengan kuasa yang diberikan.

Sebaliknya, kata beliau, kepimpinan parti itu hendaklah mendengar masalah dan rintihan rakyat yang dilihat mahukan perubahan dalam pentadbiran negara ini.

Loading...
“Ya, memang betul kita sudahpun menjadi kerajaan dan mempunyai kuasa di beberapa buah negeri namun janganlah kita mendabik dada dan takbur dengan kuasa yang diberikan.

“Dengarlah nasihat dan rintihan rakyat di luar sana yang mahukan perubahan janganlah kita ulangi sikap pemerintah dahulu yang akhirnya membawa kepada kejatuhan rejim,” katanya ketika berucap di majlis makan malam dan meraikan Presiden PKR yang baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, malam tadi.

Selain Anwar, turut hadir Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Dr Wan Azizah yang juga bekas presiden parti itu berkata barisan kepimpinan yang memegang jawatan kanan kerajaan perlu sentiasa ingat bahawa kuasa diberikan kepada mereka merupakan satu tanggungjawab.

Ini kerana, kata beliau, kepimpinan parti itu mempunyai sekurang-kurangnya empat tahun untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka boleh serta mampu mentadbir negara dengan lebih baik.

“Kitalah yang mendidik rakyat celik politik, menyedarkan hak mereka untuk bersuara dan mempertahan hak mereka.

“Jadi kalau kita tidak “perform”, kuasa rakyat akan menentukan di mana kita lima tahun akan datang,” tambahnya.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah turut menyeru semua anggota PKR menghayati kembali dasar dan perjuangan parti.

Sehubungan itu, tegas beliau, tidak perlu wujud sebarang permusuhan mahu pun persengketaan dalam kalangan anggota parti.

“Kita yang melaungkan reformasi dan demokrasi. Maka jom kita raikan dan amalkan “agree to disagree”, tetapi di akhirnya kita akur kepada suatu ketetapan atau keputusan majoriti dan musyawarah, “ katanya.

Anwar dalam ucapannya menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pelanggaran hukum dan disiplin dalam kalangan anggota parti.

Ketika memberikan amanat itu selaku presiden baharu PKR, Anwar berkata anggota dan pimpinan parti harus akur dengan asas perjuangan parti yang telah mengharungi segala gelombang dan getir kepayahan selama puluhan tahun.

“Saya beri peringatan mesti ada disiplin dalam parti. Kalau setakat sindir-menyindir dalam mesyuarat ok, tapi kalau terus main wayang, kalau ada, minta dihentikan,” katanya. 

Sementara itu, Anwar, yang juga anggota Parlimen Port Dickson, berkata beliau menyokong gesaan Bersih 2.0 bagi pindaan kepada undang-undang pilihan raya untuk melarang ahli politik daripada  menggunakan jentera kerajaan bagi berkempen selepas sesuatu kerusi diisytiharkan kosong. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/pemimpin-jangan-takbur-rakyat-hukum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahun 2019 Apa Rakyat Dapat Dari K Jaan Baru

Tahun 2019 Apa Rakyat Dapat Dari K Jaan Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 362 hits
Diterbitkan Hari ini 7 09 malamBeberapa jam lagi kita akan memasuki Tahun Baru 2019 yang akan menyaksikan kerajaan baru dipilih pada Mei lalu akan menghentikan beberapa polisi kerajaan terdahulu manakala sebahagian yang lain akan diteruskan...
Perintah Berkurung Untuk Remaja Bawah 18 Tahun Tpm

Perintah Berkurung Untuk Remaja Bawah 18 Tahun Tpm

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 308 hits
Perintah Berkurung untuk remaja bawah 18 tahun TPMKerajaan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan perintah berkurung bagi remaja berusia di bawah umur 18 tahun tidak berada di luar rumah selepas jam 12 malam bagi menangani masalah sosia...
Kerajaan Timbang Sekatan Remaja Keluar Malam Kata Tpm

Kerajaan Timbang Sekatan Remaja Keluar Malam Kata Tpm

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 276 hits
Kerajaan timbang sekatan remaja keluar malam kata TPM Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 17 Jan 2019 6 56P
Rakyat Dinasihati Jangan Dekati Pantai Untuk Tempoh 48 Jam

Rakyat Dinasihati Jangan Dekati Pantai Untuk Tempoh 48 Jam

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 271 hits
JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia memberi amaran dan peringatan supaya orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti di tepi pantai dalam tempoh 48 jam bermula petang Rabu Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood berkata sebarang kemungkin...
Anak 3 Tahun Suka Mengamuk Ibu Bapa Dah Boleh Hukum Sebelum Hukum Lakukan Ini

Anak 3 Tahun Suka Mengamuk Ibu Bapa Dah Boleh Hukum Sebelum Hukum Lakukan Ini

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 473 hits
Macam mana nak atasi anak yang berumur 3 tahun ni Dia suka memberontak mengamuk baling barang jika tak dapat apa yang dia mahu Sebagai ibu bapa tentu sekali kita akan jadi stress dengan perangai dia yang makin hari makin teruk takde perubah...
Azmin Minta Pemimpin Berhenti Bergaduh Rakyat Sudah Muak

Azmin Minta Pemimpin Berhenti Bergaduh Rakyat Sudah Muak

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR Berhenti bercakaran sesama sendiri kerana politik sebaliknya fokus kepada usaha membangunkan ekonomi negara dan rakyat Itu kenyataan tegas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berpendapat kerajaan sekaran...
Jangan Takut Akta Lindungi Raja Jika Tak Salah Kata Menteri

Jangan Takut Akta Lindungi Raja Jika Tak Salah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 295 hits
January 10 2019 9 14 PMUndang undang lebih ketat untuk melindungi raja bukan bertujuan untuk memberi atau menambah kekebalan institusi diraja KUALA LUMPUR Orang ramai tidak perlu bimbang atau takut dengan perlaksanaan undang undang yang ada...
Lencun2019 Selain Rakyat Bagi 30sen Kpd Kerajaan 1 Lagi Hadiah Misteri Tahun Baru

Lencun2019 Selain Rakyat Bagi 30sen Kpd Kerajaan 1 Lagi Hadiah Misteri Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 375 hits
Selain dari memberi peluang kepada rakyat untuk terus memberi subsidi petrol 30 sen liter kepada kerajaan satu lagi hadiah misteri tahun baharu untuk rakyat juga diberi oleh PH hari ini Petang tadi juga kerajaan PH mengumumkan bahawa 4 lagi...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

How Is Home Made Mango Juice Prepared

Affordable Background Checks Verisafe S Promise

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Pemilihan Pkr Bila Penamat Kian Hampir

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kawasan Terbaik Di Malaysia Dengan Internet Boleh Dipercayai Untuk Pedagang

Cuktech Perluas Barisan Produk Di Malaysia Dengan Pelancaran Tiga Produk Kuasa Inovatif

Empowering Digital Teams With Sap Business Training In Malaysia

Nasi Lemak Abang Strawberry

Jual Besi Dan Plastik Di Tempat Kitar Semula

Retak Menanti Belah 5 Tahun Lagi Pkr Hilang Dari Peta Politik Nurul Izzah