Pemimpin Dunia Agensi Pbb Desak Bantuan Segera Selepas Kebuluran Diisytihar Di Gaza


Pemimpin Dunia, Agensi PBB Desak Bantuan Segera Selepas Kebuluran Diisytihar Di Gaza 
BRUSSELS/BERLIN/LONDON/GENEVA, (Bernama) — Kecaman keras dan gesaan segera disuarakan pemimpin dunia serta agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat selepas Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) yang disokong PBB mengesahkan berlakunya kebuluran di Wilayah Gaza, sambil memberi amaran ia akan merebak ke Deir al-Balah dan Khan Younis dalam beberapa minggu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pesuruhjaya Eropah bagi Kesamaan, Kesiapsiagaan dan Pengurusan Krisis Hadja Lahbib berkata kebuluran kini menjadi “realiti” di Gaza, dengan penduduk mati akibat kebuluran.
“Kebuluran adalah realiti di #Gaza, kini disahkan oleh laporan @theIPCinfo. Penduduk mati akibat kebuluran,” katanya di X, menyifatkannya sebagai “berlumba dengan masa.”
Beliau memetik analisis IPC yang mengunjurkan menjelang akhir September, hampir satu daripada tiga penduduk Gaza, iaitu kira-kira 641,000 orang berdepan kebuluran. Lahbib menggesa Israel membenarkan “akses kemanusiaan tanpa halangan dan berterusan kepada semua yang memerlukan.”
BACA: “Kelaparan Yang Tidak Pernah Dilihat Sebelum Ini” Cengkam Gaza, UNRWA Beri Amaran IPC menyatakan bahawa setakat 15 Ogos, kebuluran (IPC Fasa 5) dengan bukti munasabah disahkan di Wilayah Gaza, satu daripada lima kawasan di enklaf itu, di mana lebih 62,000 penduduk Palestin maut sejak Oktober 2023 akibat serangan Israel.
Di Berlin, jurucakap Kementerian Luar Jerman Josef Hinterseher berkata tiada keraguan lagi bahawa kebuluran wujud di Gaza.
Beliau menggesa Israel membenarkan bantuan mencukupi masuk ke enklaf itu, sambil mengingatkan bahawa Jerman telah berulang kali memberi amaran mengenai risiko berkenaan.
Menteri Pembangunan Jerman Reem Alabali Radovan berkata laporan IPC “jelas menunjukkan keadaan bencana di Gaza.”
“Semakin ramai penduduk, khususnya kanak-kanak, mati kelaparan di depan mata kita. Keadaan ini tidak boleh berterusan. Kebuluran ini sepenuhnya berpunca daripada tindakan manusia,” katanya.
Beliau menegaskan akses kepada bekalan bantuan yang sedikit meningkat masih “jauh daripada mencukupi” dan menggesa gencatan senjata segera.
Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat  (UNRWA) turut menegaskan kebuluran yang “dicipta secara sengaja oleh Kerajaan Israel” kini telah disahkan, dengan kempen ketenteraan Israel memusnahkan Gaza dan mengorbankan lebih 62,100 penduduk Palestin sejak Oktober 2023.
BACA: Gaza: Umat Islam Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Al-Kenz Yang Rosak Teruk Di London, Setiausaha Luar Britain David Lammy menyifatkan kebuluran itu sebagai “amat mengerikan” dan “sebenarnya boleh dielakkan.”
“Keengganan Kerajaan Israel membenarkan bantuan mencukupi masuk ke Gaza telah menyebabkan malapetaka buatan manusia ini. Ini satu kejutan moral,” katanya.
Lammy menggesa Israel membenarkan penghantaran makanan, bekalan perubatan, bahan api dan semua bentuk bantuan tanpa halangan. Beliau turut mengulangi gesaan supaya gencatan senjata segera dilaksanakan, sambil memberi amaran operasi ketenteraan Israel di Bandaraya Gaza – pusat kebuluran – hanya akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan serta membahayakan nyawa tawanan yang ditahan Hamas.
“Britain sekali lagi mengecam tindakan ketenteraan ini,” katanya, sambil mendesak Israel menghentikan rancangan menawan Bandaraya Gaza.
Sementara itu, agensi-agensi PBB memberi amaran kebuluran sudah pun meragut nyawa di Gaza dan menekankan kanak-kanak berada pada risiko kebuluran paling parah.
Kenyataan bersama Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Program Makanan Sedunia (WFP), Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata Gaza sudah kehabisan pilihan untuk terus bertahan.
Ketua Pengarah FAO Qu Dongyu berkata kelaparan dan kekurangan zat makanan kini meragut nyawa setiap hari, diburukkan lagi dengan kemusnahan tanah pertanian, ternakan dan perikanan.
“Keutamaan kita sekarang ialah akses selamat dan berterusan bagi penghantaran bantuan makanan berskala besar. Akses kepada makanan bukan keistimewaan … ia hak asasi manusia,” katanya. Pengarah Eksekutif WFP Cindy McCain berkata amaran kebuluran telah jelas selama berbulan-bulan.
“Apa yang diperlukan sekarang ialah lonjakan bantuan, keadaan lebih selamat di lapangan, serta rangkaian pengedaran berkesan bagi mencapai semua yang memerlukan. Akses kemanusiaan penuh dan gencatan senjata sekarang amat penting untuk menyelamatkan nyawa,” katanya.
Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell menggambarkan keadaan kanak-kanak “dengan tubuh kurus kering, terlalu lemah untuk menangis atau makan; bayi mati akibat kelaparan dan penyakit yang boleh dicegah; ibu bapa datang ke klinik tanpa apa-apa lagi untuk diberi makan kepada anak mereka.”
“Tiada masa untuk dilengah-lengahkan,” katanya, memberi amaran kebuluran akan merebak tanpa gencatan senjata segera serta akses kemanusiaan.
Beliau menegaskan keperluan rawatan pemulihan pemakanan segera untuk kanak-kanak yang berada di ambang kebuluran.
Sumber: BERNAMA
The post Pemimpin Dunia, Agensi PBB Desak Bantuan Segera Selepas Kebuluran Diisytihar Di Gaza  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/23/pemimpin-dunia-agensi-pbb-desak-bantuan-segera-selepas-kebuluran-diisytihar-di-gaza/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pbb Dapur Komuniti Gaza Hanya Hasilkan Satu Pertiga Hidangan Berbanding 4 Bulan Lalu

Pbb Dapur Komuniti Gaza Hanya Hasilkan Satu Pertiga Hidangan Berbanding 4 Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 371 hits
Keadaan kini melangkaui tahap malapetaka dengan lebih banyak kematian direkodkan setiap hari akibat serangan Israel dan kebuluran melampau Foto fail REUTERS ISTANBUL Dapur komuniti di Gaza kini hanya mampu menghasilkan kira kira satu pertig...
Puluhan Ribu Berhimpun Di Tel Aviv Desak Tamat Perang Gaza

Puluhan Ribu Berhimpun Di Tel Aviv Desak Tamat Perang Gaza

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 240 hits
Puluhan Ribu Berhimpun Di Tel Aviv Desak Tamat Perang Gaza Puluhan ribu penunjuk perasaan dilapor berhimpun di Tel Aviv bagi menuntut penamatan perang di Gaza serta pembebasan tebusan menjadikannya antara demonstrasi terbesar di Israel seja...
Lebih 1 850 Rakyat Palestin Maut Ketika Cari Makanan Di Gaza Pbb

Lebih 1 850 Rakyat Palestin Maut Ketika Cari Makanan Di Gaza Pbb

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 1516 hits
GENEVA Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu memaklumkan pada Selasa lebih 1 850 rakyat Palestin maut ketika cuba mendapatkan makanan di Gaza dalam tempoh kurang tiga bulan sambil memberi amaran bahawa keadaan kemanusia...
Hari Keusahawanan Sekolah Bertukar Duka Guru Besar Meninggal Dunia Selepas Pengsan Di Pejabat

Hari Keusahawanan Sekolah Bertukar Duka Guru Besar Meninggal Dunia Selepas Pengsan Di Pejabat

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 871 hits
Guru adalah insan yang tidak pernah kenal lelah Walau penat mereka tetap hadir menyemai ilmu dan mendidik tanpa mengira masa Namun dunia pendidikan dikejutkan apabila seorang Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Gedok Tampi...
Wanita Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk Ketika Berjogging Meninggal Dunia Selepas 7 Hari Kritikal Di Icu

Wanita Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk Ketika Berjogging Meninggal Dunia Selepas 7 Hari Kritikal Di Icu

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 1159 hits
Wanita dilanggar pemandu disyaki mabuk ketika berjogging meninggal dunia selepas 7 hari kritikal di ICU Arwah Darna meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Tawau pagi tadi selepas tujuh hari bertarung nyawa susulan insiden dirempuh pe...
Nurul Izzah Kecam Serangan Terhadap Anak Rafizi Desak Tindakan Segera

Nurul Izzah Kecam Serangan Terhadap Anak Rafizi Desak Tindakan Segera

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 477 hits
PETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengecam sekeras kerasnya serangan terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli yang disifatkannya sebagai satu tindakan keji dan melampau Beliau berkata tiada kanak...
Momen Sebak Remaja Di Gaza Teruja Terima Buka Kotak Bantuan

Momen Sebak Remaja Di Gaza Teruja Terima Buka Kotak Bantuan

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1386 hits
Momen Sebak Remaja Di Gaza Teruja Terima Buka Kotak Bantuan Baru baru ini tular momen seorang remaja di Gaza membuka sebuah kotak bantuan yang di bawa pulangnya ke rumah Lebih meruntun hati remaja yang dikenali Ahmed Mohamed itu mendakwa ia...
Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 2026 hits
Harian Metro Astro Awani Jabatan Penyiaran Malaysia Berita Harian Jabatan Penyiaran Malaysia
Selebriti Popular Hollywood Suarakan Kebuluran Di Gaza

Selebriti Popular Hollywood Suarakan Kebuluran Di Gaza

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 173 hits
KEADAAN pembunuhan beramai ramai di Gaza semakin buruk apabila sekatan bantuan berupa makanan dan ubat ubatan terus dilakukan tentera zionis Menurut penasihat kanan program serantau Agensi Makanan Pertubuhan Bangsa Bersatu Ross Smith hanya ...
Pitch Your Startup To Investors

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Surah Al Kahfi Al Mulk Atau Yassin Dalil Kelebihan Bacaan Hari Jumaat

Betul Ke Kat Bawah Sungai Amazon Ada Sungai Lagi

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Malaysia Day More Than A Holiday Less Than A Celebration


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


R Is For Rough Winston Yeh Redesigns The Aprilia Rsv4

Kuetiau Goreng Masak Cara Saya

Jalan Kehidupanmu Itu Berbeza

Anneth Senandung Asmara Chord

How Free Car Checks Help You Avoid Hidden Issues

315 Nama Akun Tiktok Aesthetic Untuk Cowok Cewek