Puluhan Ribu Berhimpun Di Tel Aviv Desak Tamat Perang Gaza


Puluhan Ribu Berhimpun Di Tel Aviv, Desak Tamat Perang Gaza
Puluhan ribu penunjuk perasaan dilapor berhimpun di Tel Aviv bagi menuntut penamatan perang di Gaza serta pembebasan tebusan, menjadikannya antara demonstrasi terbesar di Israel sejak tercetusnya peperangan pada Oktober 2023.
Menurut AFP, perhimpunan itu merupakan kemuncak kepada bantahan di seluruh negara dan mogok umum yang bertujuan menekan kerajaan Israel supaya menghentikan kempen ketenteraan.
“Bawa mereka semua pulang! Hentikan Perang!” merupakan slogan laungan daripada orang ramai yang membanjiri ‘Dataran Tebusan’ di plaza Tel Aviv.
Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang yang merupakan penganjur bantahan itu mengganggarkan kira-kira 500,000 orang menyertai perhimpunan. Bagaimanapun angka sebenar belum disahkan oleh pihak polis.
AFP melaporkan ibu kepada salah seorang tebusan, Matan Zangauker, yang juga tokoh utama bagi gerakan berkenaan, Einav Zangauker turut menuntut perjanjian menyeluruh yang boleh dicapai bagi menamatkan perang.
“Kerajaan Israel telah menjadikan perang yang adil kepada perang yang sia-sia,” katanya kepada orang ramai.
60 rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel  Media tempatan turut menyiarkan rakaman video Matan pada Ahad dan menunjukkan tebusan terbabit dalam keadaan lemah dan susut berat badan.
Menurut keluarga itu, tentera Israel di Gaza telah menemui video yang dirakam oleh Hamas memaparkan beliau menyampaikan mesej rindu kepada ahli keluarganya.
Protes itu berlangsung lebih seminggu selepas kementerian keselamatan Israel meluluskan rancangan untuk menawan Bandar Gaza. Ia berlaku selepas 22 bulan perang yang mencetuskan krisis kemanusiaan teruk di wilayah Palestin itu.
Menurut AFP, kumpulan kempen Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang turut berikrar akan melumpuhkan negara mereka, sekaligus memastikan semua tebusan dibawa pulang dan perang dapat ditamatkan pada Ahad.
Pihak penguatkuasa memberitahu kira-kira 30 penunjuk perasaan telah ditahan selepas mereka didakwa menyekat laluan utama, membakar tayar kenderaan dan melakukan kekerasan terhadap anggota polis.
Lain daripada itu, agensi pertahanan awam Gaza memaklumkan tembakan yang dilepaskan tentera Israel pada Ahad telah mengorbankan lebih 60 penduduk Palestin.
Manakala sekurang-kurangnya 37 orang yang sedang menunggu bantuan makanan di dua lokasi turut terkorban.
BACA: Mesir Tolak Penempatan Semula Rakyat Palestin
Sumber: AFP
The post Puluhan Ribu Berhimpun Di Tel Aviv, Desak Tamat Perang Gaza appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/18/puluhan-ribu-berhimpun-di-tel-aviv-desak-tamat-perang-gaza/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Dunia Agensi Pbb Desak Bantuan Segera Selepas Kebuluran Diisytihar Di Gaza

Pemimpin Dunia Agensi Pbb Desak Bantuan Segera Selepas Kebuluran Diisytihar Di Gaza

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 723 hits
Pemimpin Dunia Agensi PBB Desak Bantuan Segera Selepas Kebuluran Diisytihar Di Gaza BRUSSELS BERLIN LONDON GENEVA Kecaman keras dan gesaan segera disuarakan pemimpin dunia serta agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada Jumaat selepas Kl...
Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 410 hits
Suhu yang melonjak tinggi ditambah dengan kekurangan bekalan air minuman telah meningkatkan risiko kesihatan kepada penduduk di seluruh Semenanjung Gaza Gambar hiasan ISTANBUL Gaza kini mencatatkan peningkatan mendadak kes penyakit kulit be...
15 Teknokrat Palestin Akan Tadbir Gaza Jika Gencatan Senjata Tercapai Utusan Malaysia

15 Teknokrat Palestin Akan Tadbir Gaza Jika Gencatan Senjata Tercapai Utusan Malaysia

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 514 hits
Utusan Malaysia Astro Awani Jabatan Penyiaran Malaysia beritaharian sg The Merdeka Times
Israel Gempur Bandar Gaza 123 Termasuk Pencari Bantuan Terbunuh Dalam 24 Jam

Israel Gempur Bandar Gaza 123 Termasuk Pencari Bantuan Terbunuh Dalam 24 Jam

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 388 hits
Sekurang kurangnya 123 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam akibat serangan udara dan darat Israel di kawasan padat penduduk di Gaza Gambar fail GAZA Sekurang kurangnya 123 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam terakhir susul...
Rakyat Malaysia Diajak Sertai Malam Himpunan Selawat Bersama Gaza 23 Ogos Ini

Rakyat Malaysia Diajak Sertai Malam Himpunan Selawat Bersama Gaza 23 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 639 hits
Rakyat Malaysia Diajak Sertai Malam Himpunan Selawat Bersama Gaza 23 Ogos Ini KUALA LUMPUR 12 Ogos Rakyat Malaysia dipelawa untuk bersama sama menyemarakkan Malam Himpunan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sebagai lambang solidariti terhadap ...
Belanda Minta Israel Beri Penjelasan Kematian Wartawan Al Jazeera Di Gaza

Belanda Minta Israel Beri Penjelasan Kematian Wartawan Al Jazeera Di Gaza

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 558 hits
MOSCOW Belanda berhasrat meminta Israel memberi penjelasan mengenai keadaan kematian wartawan Al Jazeera di Semenanjung Gaza menurut seorang jurucakap Kementerian Luar Belanda pada Selasa lapor Sputnik RIA Novosti Pada Ahad Al Jazeera melap...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid