Adakah anda berlaku adil ketika “riang ria” menyerang DAP?Oleh MOHAMED HANIPA MAIDINMay 28, 2020 1. Antara parti politik yang amat sering diserang, dikritik, dihentam, difitnah dengan begitu teruk dan secara tidak adil adalah parti DAP. Orang putih kata DAP ibarat “the punching bag” atau “the bogeyman”.2. Tulisan saya ini bukan bermaksud membela DAP. Kami – dari parti Amanah – insyaAllah tetap akan memperjuangkan keadilan walaupun kami sering dilabel dengan katalog pertuduhan/penlabelan – Anjing DAP, PANDAP, Barua DAP dll. Tiada masalah. No worries, be happy !!!Tulisan ini lebih kepada membangkitkan persoalan ini “adakah mereka yang men”yerang” DAP – dari semua sudut – benar-benar telah berlaku adil di saat mereka melancarkan “serangan” tersebut?3. Dalam menulis artikel ini, insyaAllah, saya dipandu oleh, antara lain, panduan ini . Sebagai orang Islam. Islam bukan sahaja menganjur untuk orang Islam untuk melakukan keadilan, malahan saya berani berkata antara keistimewaan unggul prinsip keadilan dalam ajaran Islam adalah ia menganjur kepada keadilan mutlak (“an absolute justice”) di mana, antara lain, keadilan tidak boleh diketepikan begitu sahaja hanya kerana wujudnya faktor/elemen kebencian.4. Ayat 8 dari surah Al-Maidah di dalam Al-Quran jelas menyatakan perkara tersebut. Jika kita lihat ayat tersebut Allah menggunakan lafaz ” شناءان قوم yang diterjemah dalam bahasa Inggeris sebagai “hatred of a people” dan dalam bahasa Melayu pula diterjemah “kebencian ke atas sesuatu kaum” .5. Izinkan saya berkongsi tafsiran lafaz ” سناءان قوم” yang dinyatakan oleh seorang ulama’ sufi bernama Ibnu ‘Ajeebah dalam kitab tafsirnya berjudul ” البحر المديد في تفسير القران المجي” . Dalam tafsirnya tersebut, beliau menafsirkan lafaz ” شناءان قوم” itu seperti berikut “شدة بغضهم لكم “- “kebencian yang amat sangat/melampau kepada kamu”.Maknanya, dalam keadaan seperti itu pun iaitu ketika keadaan di mana mereka yang amat benci kepada kamu atau sebaliknya, urusan penegakkan keadilan tidak boleh diketepikan!.6. Dalam politik, saya boleh terima jika ada mana-mana pihak, khususnya seteru politik parti DAP untuk tidak menyukai DAP lalu mengkritik DAP. Itu lazim.Bagaimanapun, setajam mana pun perasaan benci mereka kepada DAP, mereka -apatah lagi jika mereka itu adalah orang Islam- tidak boleh tidak berlaku tidak adil kepada DAP. Itu salah.7. Ya, saya masih boleh menerima khususnya orang Melayu/Islam tidak menyukai DAP atas dasar kerana mereka mungkin masih tidak tahu dan tidak kenal perjuangan sebenar DAP. Perpatah Arab ada mengatakan “manusia itu menjadi musuh kepada perkara yang mereka tidak tahu” .Tetapi, bagaimana pula dengan parti ehem?
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |