Pemimpin Dap Gesa Senator Ppbm Tidak Racuni Ph Dengan Hujah Rasis


Predeep Nambiar
Pengerusi PPBM Terengganu Razali Idris (kiri) dan ketua DAP Bukit Tambun, Teoh Seang Hooi. GEORGE TOWN: Seorang pemimpin akar umbi DAP berkata beliau sedih mendengar seorang senator PPBM menggunakan hujah rasis ketika memberi komen terhadap keengganan DAP menerima bekas Ahli Parlimen Umno ke dalam Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PPBM Terengganu, senator Datuk Razali Idris bertanyakan DAP sama ada “ia bimbang dengan bertambahnya suara Melayu-Islam” di Parlimen berikutan bantahannya terhadap kemasukan bekas pemimpin Umno ke dalam PPBM.

Ketua DAP Bukit Tambun Teoh Seang Hooi berkata, kenyataan sedemikian tidak sesuai diucapkan oleh wakil PH kerana gabungan politik itu bergantung pada hubungan baik sesama parti komponen untuk memenangi pilihan raya umum 9 Mei lepas.

“Berhenti meracuni PH dengan rasisme. PPBM sepatutnya mencontohi pendirian DAP dan PKR untuk tidak menerima bekas Ahli Parlimen Umno, selari dengan penolakan pengundi terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Pengerusi PPBM Terengganu itu patut menghormati pilihan pengundi, bukannya membuat kenyataan rasis,” katanya ketika dihubungi.

Portal Malaysiakini melaporkan Razali berkata, anggota parti pembangkang perlu dibenarkan menyertai PPBM kerana ia merupakan peluang bagi parti itu menambah bilangan (wakilnya).

Ketika ditanya reaksi beliau terhadap komen Teoh, Razali berkata, pemimpin DAP itu berhak memberikan pandangannya.

Beliau bagaimanapun bertanya, kenapakah label rasis digunakan terhadap pihak yang mempertahankan kaum dan agama mereka sendiri.

Razali berkata, ironinya apabila kaum minoriti mempertahankan diri sendiri, label rasis tidak pula digunakan terhadap mereka.

“Kenyataan saya bertujuan mengkritik komen yang dibuat oleh Ronnie Liu dan beberapa pemimpin DAP lain.

“Paling jelas, PPBM adalah parti orang Melayu dan Islam. Ini bermakna ahli PPBM terdiri daripada orang Melayu, Islam dan Bumiputera. Ia tiada kena mengena dengan rasisme.”

Razali berkata, Liu sepatutnya tidak memanggil PPBM dan Dr Mahathir sebagai “pengutip sampah” kerana bersedia menerima kemasukan bekas pemimpin Umno.

Dalam kenyataan lebih awal, Razali berkata, ahli MCA dan Gerakan menyertai DAP tanpa banyak bantahan, tetapi parti itu membesar-besarkan isu ahli Umno menyertai PPBM.

Beliau juga berkata, apabila bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menyertai DAP, tidak ada pihak yang membuat bising tentangnya.

Razali berkata, adalah lebih baik sekiranya bekas ahli Umno menyertai PPBM daripada menjadi ahli PAS.

Liu, yang merupakan ahli jawatankuasa DAP Selangor, sebelum ini mengingatkan anggota PH supaya tidak menerima bekas ahli Umno kerana Dr Mahathir pernah menyifatkan mereka sebagai “tidak berguna dan sampah”.

Beliau juga mengingatkan Dr Mahathir tentang kenyataannya itu dan berharap perdana menteri itu tidak menjadi “pengutip sampah”.

PPBM kini mempunyai 16 Ahli Parlimen dan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Satu lagi parti komponen PH, iaitu Amanah, dilaporkan turut menyuarakan kesediaannya menerima bekas wakil rakyat dan pemimpin Umno selepas melalui proses penapisan yang ketat.

Umno memenangi 54 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum lepas. Beberapa Ahli Parlimennya meninggalkan parti berikutan keputusan pilihan raya itu, termasuk bekas menteri perdagangan Datuk Seri Mustapa Mohamed; bekas ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermeyati Samsuddin, yang memohon menyertai PPBM minggu ini dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Semalam 6 lagi Ahli Parlimen Umno meninggalkan parti itu, iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahya (Tasek Gelugor), Datuk Mohamad Faisah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz (Tanah Merah).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/pemimpin-dap-gesa-senator-ppbm-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dituduh Buat Kenyataan Rasis Senator Ppbm Enggan Panjangkan Isu Dengan Dap

Dituduh Buat Kenyataan Rasis Senator Ppbm Enggan Panjangkan Isu Dengan Dap

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 277 hits
Pengerusi PPBM Terengganu Razali Idris berkata pendirian beliau berhubung isu itu selaras dengan pendirian presiden parti PETALING JAYA Pemimpin PPBM Terengganu yang dituduh membuat kenyataan rasis apabila mempertahankan keputusan parti itu...
Is Dap Afraid Ppbm Will Become Stronger Asks Ppbm

Is Dap Afraid Ppbm Will Become Stronger Asks Ppbm

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 299 hits
Terengganu Bersatu has hit out at DAP for criticising the party and its chairperson Dr Mahathir Mohamad for taking in Umno MPs who quit the party State Bersatu chief Razali Idris who is also a senator questioned why DAP was so worried about...
Dap Menggila Saarani Dedah Modus Operandi Dap Jatuhkan Mb Perak Dari Ppbm

Dap Menggila Saarani Dedah Modus Operandi Dap Jatuhkan Mb Perak Dari Ppbm

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 290 hits
IPOH 7 Dis Ketua Pembangkang Datuk Saarani Mohamad mendakwa gerakan menjatuhkan Menteri Besar yang didalangi oleh Exco Kerajaan Negeri Dr Abdul Aziz Bari tidak menjanjikan habuan wang sebaliknya dua daripada lima wakil rakyat UMNO ditawarka...
Tambahan Kerusi Ppbm Ancaman Buat Pkr Dap

Tambahan Kerusi Ppbm Ancaman Buat Pkr Dap

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 440 hits
Sebelum PRU14 bagi mencandukan para pengundi Pakatan mencanang jika menang PRU tol akan dihapus minyak aka turun hutang Felda hapus hutang PTPTN mansuh harga barang turun dan macam macam lagi janji Lepas sahaja menang tiada satu janji yang ...
Bekas Mp Pemimpin Umno Boleh Sertai Ph Termasuk Dap

Bekas Mp Pemimpin Umno Boleh Sertai Ph Termasuk Dap

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 486 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ahli Parlimen dan pemimpin UMNO boleh menyertai mana mana parti dalam Pakatan Harapan termasuk DAP Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata penerimaan itu bagaimanapun tidak bermakna mereka bebas daripada tindakan undang undan...
Rahim To Sue Dap Man Over Attempts To Stop Him From Joining Ppbm

Rahim To Sue Dap Man Over Attempts To Stop Him From Joining Ppbm

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 381 hits
Former Melaka chief minister Abdul Rahim Thamby Chik and Kota Melaka MP Khoo Poay Tiong PETALING JAYA Former Melaka chief minister Abdul Rahim Thamby Chik is considering legal action against a DAP politician in the state for accusing him of...
Terserlah Tun M Diselar Pemimpin Dap Kerana Bawa Masuk Mp Melayu Islam Dalam Ph

Terserlah Tun M Diselar Pemimpin Dap Kerana Bawa Masuk Mp Melayu Islam Dalam Ph

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 391 hits
Petikan daripada Roketkini comPengerusi Biro Undang undang DAP Ramkarpal Singh menyatakan tindakan Tun Mahathir menerima bekas pemimpin UMNO menyertai komponen Pakatan Harapan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap komitmen gabungan par...
Umpan Mengena Pemimpin Ph Mula Panas Dengan Situasi Mp Umno Masuk Ppbm

Umpan Mengena Pemimpin Ph Mula Panas Dengan Situasi Mp Umno Masuk Ppbm

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 377 hits
Isunya kerana Nazri memberi idea supaya kerjasama diantara PKR dan DAP akan mewujudkan kerajaan segera mengantikan kerajaan baru pimpinan Mahathir Namun sejak akhir akhir ini agak janggal dengan cerita lompat parti dan menyokong kepimpinan ...
Dap Dr M Pernah Gelar Pemimpin Umno Tidak Berguna Sampah

Dap Dr M Pernah Gelar Pemimpin Umno Tidak Berguna Sampah

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 336 hits
December 13 2018Ronnie Liu berharap Dr Mahathir Mohamad tidak menerima pemimpin Umno Sabah menyertai PPBM PETALING JAYA DAP mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sudah 2 kali melanggar janji apabila menerima bekas pemimpin Umno Datuk Seri Mustap...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt