Pemimpin Ahli Pas Perlul Patuh Kepada Keputusan Berjemaah



KUANTAN - Kepemimpinan dan ahli Pas dinasihatkan supaya patuh kepada keputusan yang dibuat secara berjemaah menjelang pemilihan parti itu sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di sini hujung bulan ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, berada dalam parti bermakna kepemimpinan dan ahlinya perlu mengamalkan konsep berjemaah yang lebih besar dan mencabar.

“Kalau solat berjemaah kita mesti ikut imam. Kalau imam silap kita boleh tegur selagi tak batal solat. Jangan tolak imam dan ambil alih imam kerana dia silap, itu satu benda yang salah dari segi solat jemaah.

“Berjemaah dalam parti ini lebih besar dan mencabar sebab itu kita kena sedar khususnya dalam politik Islam ini, ada perkara dasar yang kita tidak boleh pertikaikan seperti asas perjuangan kita dan akidah. Ini tidak boleh kita berbeza dan bergaduh sama sekali, mesti berpegang teguh kepada Majlis Syura Ulama yang mengendalikan parti kita dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah,” katanya dalam kenyataan yang diulang siar menerusi laman sesawang http://muktamar.pas.org.my semalam.

Pemilihan jawatan kuasa tertinggi Pas akan diadakan pada 21 Jun ini dan keputusan diumumkan pada 23 Jun yang mana Abdul Hadi dan dan Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang tanpa bertanding selepas tiada yang menawarkan diri bertanding untuk dua jawatan berkenaan.

Bagi jawatan Naib Presiden, empat nama melepasi syarat untuk bertanding iaitu tiga penyandang sebelum ini, Idris Ahmad, Datuk Nik Mohd. Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad manakala seorang lagi calon ialah Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Bagi Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat pula bakal menampilkan muka baharu yang menang tanpa bertanding selepas penyandang sebelum ini, Muhammad Khalil Abdul Hadi tidak bertanding untuk jawatan berkenaan dan jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas kekal disandang Nuridah Mohd. Salleh yang juga menang tanpa bertanding.

Seramai 29 calon menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas, 16 calon AJK Dewan Pemuda Pas dan 17 calon Dewan Muslimat Pas.

Muktamar Tahunan Pas Ke-65 akan diadakan pada 21 Jun hingga 23 Jun ini di Dewan Sukpa, Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat pada 19 Jun hingga 20 Jun di Pusat Konvensyen Bukit Gambang Resort City (BGRC) dan Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat (15 Jun) di BGRC.

Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat pula akan diadakan pada 20 Jun di Wisma Belia Indera Mahkota di sini.

Dalam soal berkenaan, Abdul Hadi turut menyentuh tentang perkara berkaitan dengan ‘mutaghayyirat’ yang boleh berubah mengikut keadaan, situasi dan realiti.

Kata beliau, ia perkara besar kerana berkait dengan strategi politik dan bagaimana hendak menangani isu-isu semasa yang perlu dibuat dengan cara bijaksana.

“Memang kita tidak ada tokoh seperti Nabi Muhammad SAW dan Khulafa’ Rasyidin, tetapi kita boleh membentuk ketokohan secara berjemaah dan kolektif. Jadi bila sudah membuat satu keputusan jemaah, kita mesti patuh pada keputusan itu.

“Saya menyaksikan bagaimana mereka yang istiqamah dengan keputusan parti walaupun mereka tidak setuju dalam pandangan-pandangan dia, tetapi bila parti buat keputusan dia tetap patuh, tetap hadir dan bersama dengan parti seperti Almarhum Ustaz Hassan Syukri dan lain-lain,” katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/06/pemimpin-ahli-pas-perlul-patuh-kepada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peringatan Pada Ahli Pas Jangan Sebar Video Hanyir

Peringatan Pada Ahli Pas Jangan Sebar Video Hanyir

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 220 hits
Oleh Tuan Ibrahim bin Tuan Man PAS menggesa ahli dan kepimpinanya agar tidak terlibat dalam penyebaran video hanyir yang sedang diperkatakan umum Sebagai seorang Muslim sikap kita tetap konsisten dengan apa yang syarak pandu agar tidak memb...
Quot Harta Ibadah Quot Sewajarnya Diagih Oleh Pemimpin Ahli Ibadah Juga

Quot Harta Ibadah Quot Sewajarnya Diagih Oleh Pemimpin Ahli Ibadah Juga

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 384 hits
1 Para Ulamak berbeza pendapat tentang hukum individu muslim mewakilkan bukan Islam untuk mengagihkan zakat Mazhab Syafie Hanafi dan Maliki membolehkan Manakala Mazhab Hambali pula mensyaratkan wakil hendaklah seorang muslim Jika diwakilkan...
Tahaluf Siayasi Ta Awun Ahli Pas Kena Faham Perkara Tersirat

Tahaluf Siayasi Ta Awun Ahli Pas Kena Faham Perkara Tersirat

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 259 hits
KUANTAN Setiap ahli Pas diminta supaya memahami perkara tersirat dalam politik terutama membabitkan tahaluf siyasi dan ta awun yang diwujudkan parti itu dengan UMNO dan parti politik bukan Islam yang tidak ekstrem seperti MIC serta MCA Pres...
Pemimpin Pas Pelakon Politik Macam Orang Lain Husam

Pemimpin Pas Pelakon Politik Macam Orang Lain Husam

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 295 hits
Tidak ada apa apa kelebihan pada pemimpin PAS berbanding ahli politik lain kata Naib Presiden Amanah Husam Musa Menurut Husam pemimpin PAS aktor politik yang menggunakan agama dalam percaturan mereka manakala Umno pula menggunakan isu Melay...
Tok Mat Gesa Pemimpin Ahli Pendukung Umno Tidak Terlibat Dengan Video Skandal Akhir Zaman

Tok Mat Gesa Pemimpin Ahli Pendukung Umno Tidak Terlibat Dengan Video Skandal Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 563 hits
UMNO adalah gerakan amal bakti yang dipimpin oleh kematangan dan profesionalisme Adalah menjadi amalan UMNO untuk memilih jalan yang baik dan berhikmah dalam setiap tindakan yang kita lakukan Oleh itu rentetan tersebarnya video skandal seks...
Ahli Harus Faham Konsep Tahaluf Siyasi Pas Umno Hadi

Ahli Harus Faham Konsep Tahaluf Siyasi Pas Umno Hadi

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 346 hits
Abdul Hadi AwangKUALA LUMPUR Kira kira 90 peratus pengundi bukan Islam mengambil keputusan mengundi calon Pakatan harapan pada PRU 14 kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Menurutnya sikap kira kira 30 peratus pengundi muda membuat ...
Sokong Umno Pas Jadi Pemalas

Sokong Umno Pas Jadi Pemalas

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 326 hits
SOKONG UMNO PAS JADI PEMALASPosted By on Jun 1 2019Sesiapa suka duit percuma ni cume geng penyokong UMNO BN dan PAS kemaruk bantuan ciput tahu nak untung je bab kerugian diorang tak peduli memang setan betul dah diajar sejak merdeka dengan ...
Pas Cadang Jawatankuasa Khas Lantik Jawatan Awam Digantung Sehingga Ph Hormati Janji

Pas Cadang Jawatankuasa Khas Lantik Jawatan Awam Digantung Sehingga Ph Hormati Janji

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 224 hits
Pas hari ini mencadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melantik Jawatan Utama Perkhidmatan Awam digantung sehingga Pakatan Harapan menghormati janjinya sendiriTimbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun tidak ...
Bukan Dalam Umno Dan Pas Saja Mahathir Ternak Trojan Horse Dalam Pkr Pun Bersepah

Bukan Dalam Umno Dan Pas Saja Mahathir Ternak Trojan Horse Dalam Pkr Pun Bersepah

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 604 hits
Kisah Latheefa Koya antara pemimpin kanan PKR dan juga aktivis Lawyers for Liberty sebuah badan aktivis yang sangat terkenal dengan gelagat serta kenyataan kenyataan polemik Eric Paulsen diangkat menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru men...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran