Pemilik Pemandu Kenderaan Singapura Tidak Dibenar Keluar Jika Tidak Bayar Saman Vep Jpj


Pemilik, Pemandu Kenderaan Singapura Tidak Dibenar Keluar Jika Tidak Bayar Saman VEP – JPJ
JOHOR BAHRU, 1 November (Bernama) — Bermula 15 November ini, pemilik atau pemandu kenderaan asing khususnya dari Singapura yang gagal memiliki atau mengaktifkan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) tidak dibenar keluar Malaysia selagi tidak membayar saman.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan penguatkuasaan sepenuhnya itu melibatkan kenderaan persendirian individu serta kenderaan persendirian milik syarikat yang tiada VEP, tamat tempoh, atau masih berstatus pradaftar.
“Tindakan saman akan dibuat dan wajib membayar saman serta perlu mendaftar VEP sebelum keluar dari Malaysia. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di pintu keluar sempadan Malaysia-Singapura,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau Operasi Khas Penguatkuasaan VEP di susur keluar Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini malam tadi.
Bayaran saman boleh dibuat di kaunter pejabat JPJ, Kaunter Mobile JPJ, kaunter pendaftaran VEP di Danga Bay dan secara dalam talian (myEG). Aedy Fadly berkata sebelum ini, penguatkuasaan yang dilaksanakan menyaksikan pemandu atau pemilik kenderaan asing hanya dikenakan notis saman dan notis peringatan, namun kini sudah tiba masanya untuk penguatkuasaan penuh dijalankan.
“Sebelum ini, kita hanya adakan operasi di sekitar Johor, tetapi kini kita meluaskan ke seluruh negara.
“Mana-mana kenderaan Singapura yang tidak mempunyai VEP dan ditahan di mana-mana lokasi di Malaysia, akan dikenakan tindakan,” katanya.
Beliau berkata sejak penguatkuasaan VEP 1 Julai lepas,  sebanyak 303,183 tag RFID telah dipasang bagi kenderaan persendirian individu, manakala 31,643 tag lagi melibatkan kenderaan milik syarikat.
Dalam tempoh sama, pihaknya telah memeriksa 55,486 kenderaan dan mengeluarkan 4,028 kompaun terhadap pemilik kenderaan yang tidak mempunyai VEP, dengan jumlah kompaun mencecah RM1.2 juta.
Sumber: Bernama
BACA: “Ramai Peminat Minta,” PM Anwar Kongsi Video Persembahan G-Dragon
BACA: Anak Ketagih Tengok TikTok, Ibu Bapa Perlu Waspada Risiko Ini
BACA: RHB Ambil Tindakan Tegas, Pekerja Terlibat Isu Tular Diberhentikan
The post Pemilik, Pemandu Kenderaan Singapura Tidak Dibenar Keluar Jika Tidak Bayar Saman VEP – JPJ appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/01/pemilik-pemandu-kenderaan-singapura-tidak-dibenar-keluar-jika-tidak-bayar-saman-vep-jpj/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terengganu Pemilik Lori Nekad Bakar Kenderaan Elak Disita Jpj

Terengganu Pemilik Lori Nekad Bakar Kenderaan Elak Disita Jpj

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 190 hits
Nazdy Harunam hmetro com myLORI yang dibakar pemiliknya kerana mahu mengelak disita JPJ FOTO Ihsan JPJKuala Terengganu Seorang pemilik lori bertindak nekad membakar kenderaan miliknya sendiri semata mata bagi mengelak disita Jabatan Pengang...
Penyelarasan Kadar Kompaun Saman Jpj Pdrm Bermula 1 Januari 2026

Penyelarasan Kadar Kompaun Saman Jpj Pdrm Bermula 1 Januari 2026

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 220 hits
Penyelarasan Kadar Kompaun Saman JPJ PDRM Bermula 1 Januari 2026 Kerajaan akan melaksanakan penyelarasan kadar kompaun saman bagi Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia mulai 1 Januari 2026 bagi memastikan penguatkuasaan undan...
Jpj To Bar Singapore Vehicles Drivers From Leaving If Vep Fines Unpaid

Jpj To Bar Singapore Vehicles Drivers From Leaving If Vep Fines Unpaid

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 205 hits
JPJ director general Aedy Fadly Ramli says the full scale enforcement will stop foreign registered vehicles which still have outstanding summonses The new enforcement measure is intended to prevent any complications at the Malaysia Singapor...
Apple Dilapor Akan Guna Model Ai Google Untuk Siri Bayar 1 Bilion Setahun

Apple Dilapor Akan Guna Model Ai Google Untuk Siri Bayar 1 Bilion Setahun

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 187 hits
Apple merancang untuk membayar kira kira 1 bilion setahun bagi menggunakan model kecerdasan buatan dengan 1 2 trilion parameter yang dibangunkan oleh Google Menurut laporan Bloomberg syarikat itu kini dalam peringkat memukt
Kerajaan Polis Diperintah Bayar Keluarga Pastor Koh Rm37 Juta

Kerajaan Polis Diperintah Bayar Keluarga Pastor Koh Rm37 Juta

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 227 hits
Ho Kit YenKUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi memerintahkan kerajaan dan polis membayar pampasan berjumlah lebih RM37 juta kepada keluarga Pastor Raymond Koh atas penglibatan kerajaan dalam penculikannya Hakim Su Tiang Joo memutuskan satu atau leb...
Tnb Diperintahkan Bayar Rm30 000 Kepada Pekerja Kilang

Tnb Diperintahkan Bayar Rm30 000 Kepada Pekerja Kilang

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 239 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mahkamah Sesyen Klang semalam menolak saman kedua Tenaga Nasional Bhd terhadap seorang pekerja kilang atas dakwaan mengubah suai meter elektrik dan memerintahkan syarikat utiliti itu membayar jumlah keseluruhan RM...
Masyarakat Makin Hancur Jabatan Agama Sakau Zakat Lebih Baik Sendiri Bayar Zakat

Masyarakat Makin Hancur Jabatan Agama Sakau Zakat Lebih Baik Sendiri Bayar Zakat

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 181 hits
Datuk Dr Mohd Na im mengingatkan semua agensi di bawah portfolio Hal Ehwal Agama supaya tidak mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan ingatkan semua agensi kementerian Hal Ehwal Agama jangan khianat amanah gagal jaga integriti cemar ...
Mahfud Md Laut Natuna Utara Berisiko Tergadai Jika Indonesia Gagal Bayar Hutang Projek Kereta Api Laju Whoosh

Mahfud Md Laut Natuna Utara Berisiko Tergadai Jika Indonesia Gagal Bayar Hutang Projek Kereta Api Laju Whoosh

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 242 hits
JAKARTA Bekas Menteri Penyelaras Bidang Politik dan Keselamatan Indonesia bagi tempoh 2019 2024 Mahfud MD memberi amaran kepada kerajaan Indonesia mengenai risiko kehilangan wilayah Laut Natuna Utara sekiranya gagal membayar hutang projek K...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia