Pemilihan Umno Generasi Muda Pasca Merdeka Lawan Generasi Tua Pra Merdeka






Beberapa sumber dan maklumat yang diperolehi setakat ini hampir mengesahkan Hishammuddin Hussein adalah calon yang akan mencabar Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang dijangka pada Mac depan.


Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, calon yang bakal mencabar Mohamad Hasan ialah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ.


Sebelum ini Tok Mat dan KJ adalah gandingan Ketua dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, tetapi berikutan kerusi Parlimen Rembau diambil alih oleh Tok Mat pada PRU15 lalu dan KJ kemudian tercampak ke Sungai Buloh, menantu Tun Abdullah Badawi itu akhirnya memindahkan terus keahlian UMNOnya ke Sungai Buloh.


Dengan Hishammuddin akan bergandingan dengan KJ untuk melawan Zahid Hamidi serta Tok Mat, ini bermakna pertandingan yang berlaku nanti ialah pertembungan antara dua generasi yang berbeza iaitu pemimpin pasca merdeka dan pra merdeka.


Hishammuddin dan KJ adalah pemimpin yang lahir selepas merdeka, manakala Zahid Hamidi dan Tok Mat ialah generasi kelahiran pra atau sebelum negara menikmati kemerdekaan pada 1957.


Dengan demikian, sudah tentu pertandingan nanti jadi menarik kerana inilah pertama kali pertembungan dua generasi sedemikian berlaku dalam UMNO.


Tambahan lagi, dunia dewasa ini adalah dunia orang muda dan desakan perlunya UMNO melakukan proses peremajaan sudah lama kedengaran, disertai pula dengan remaja berusia 18 tahun pun sudah boleh mengundi, kemunculan gandingan Hishammuddin dan KJ seolah-olah ingin membawa nafas serta harapan baru untuk parti mendepani PRU16 pada tahun 2027 akan datang.


Sediakah perwakilan UMNO yang berjumlah hampir 160,000 yang juga lebih ramai di antaranya adalah kelahiran pasca merdeka memilih pemimpin generasi mereka sendiri mengetuai UMNO atau mereka masih berharap orang tua pra merdeka memimpin parti itu?


Selain pertandingan itu nanti jadi menarik kerana pertembungan dua generasi tersebut, pemilihan akan datang ini juga adalah umpama “titian siratulmustakim” bagi masa depan UMNO.


Dengan pretasi kerusi dimenangi UMNO menunjukkan prestasi kian menurun – 88 kerusi pada PRU13, 54 kerusi pada PRU14 dan 26 kerusi pada PRU15 – siapa yang akan menerajui parti selepas ini adalah sangat penting demi kelangsungan masa depannya.


Ini kerana merekalah nanti yang akan mengetuai UMNO dan BN untuk menghadapi PRU16 yang akan diadakan lima tahun daripada sekarang.


Apakah jika pemimpin daripada generasi pra merdeka terus memimpin UMNO, sokongan rakyat masih boleh diperolehi?


Atau UMNO yang diterajui pemimpin generasi pasca merdeka lebih sesuai dan mampu menarik sokongan rakyat dengan lebih baik lagi?


Pokoknya, bagi pemimpin UMNO yang pro perubahan, keprihatinan mereka sekarang ialah apakah jumlah kerusi yang mampu dimenangi UMNO pada PRU16 nanti melebihi 26 atau terus menjunam lagi?


Berkenaan gandingan Hishammudin dan KJ yang bakal melakukan cabaran, difahamkan beberapa perjumpaan kecil untuk mengumpul sokongan telah mula diadakan dan didapati respon terhadapnya begitu positif sekali.


Walau masih tidak dapat menjangka dengan pasti, sebahagian yang sempat dihubungi melihat harapan ke arah perubahan itu amat cerah.


Yang penting, kesedaran tentang masa depan parti hendaklah terus dipertingkatkan kerana kepimpinan sedia ada terbukti telah gagal menarik sokongan rakyat bila mana kerusi kemenangan UMNO pada PRU15 hanya tidak sampai separuh daripada yang dimenangi pada PRU14 sebelumnya, kata seorang pemimpin bahagian yang belum sedia untuk ditulis namanya. – ShahbudinHusin 07/01/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/pemilihan-umno-generasi-muda-pasca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Jawatan Dalam Pemilihan Umno Perlu Dipertandingkan Demi Maruah Parti Muqharabbin

Semua Jawatan Dalam Pemilihan Umno Perlu Dipertandingkan Demi Maruah Parti Muqharabbin

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 140 hits
mykmu net25 12 2022Semua Jawatan Dalam Pemilihan UMNO Perlu Dipertandingkan Demi Maruah Parti MuqharabbinJawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertandingkan dalam pemilihan parti tersebut yang dijadualkan berlangsung pada...
Mcdonald S Keluarkan Siri Drama Mini Kau Sundaeku Untuk Menarik Minat Generasi Muda Menerokai Peluang Kerjaya Di Mekdi

Mcdonald S Keluarkan Siri Drama Mini Kau Sundaeku Untuk Menarik Minat Generasi Muda Menerokai Peluang Kerjaya Di Mekdi

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 246 hits
Assalamualaikum Zaman sekarang nie kalau tak berkerja memang susah nak hidup kerana hidup memerlukan duit Bukan sebab nak kaya tetapi cukuplah untuk menyara hidup dan kalau anak anak muda yang baru lepas SPM tu eloklah cuba untuk hidup berd...
Pemilihan Umno Siapa Nak Tanding Umum Awal Isham Jalil

Pemilihan Umno Siapa Nak Tanding Umum Awal Isham Jalil

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 167 hits
UMNO tidak pernah menghalang mana mana ahli partinya untuk bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil berkata justeru dakwaan bahawa demokrasi dalam UMNO sudah terkubur adalah sama sekali tidak ...
Umno Dihinggapi Penyakit Tua Kini Sedang Dihanyutkan Hadi Awang

Umno Dihinggapi Penyakit Tua Kini Sedang Dihanyutkan Hadi Awang

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 128 hits
agendaily com31 12 2022Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan UMNO kini sudah dihinggapi penyakit tua selain mengibaratkan parti itu sedang lemas dan hanyut serta berusaha untuk bangkit semul...
Media Perlu Baiki Penyampaian Maklumat Bagi Generasi Muda Kata Pm

Media Perlu Baiki Penyampaian Maklumat Bagi Generasi Muda Kata Pm

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 107 hits
Media perlu baiki penyampaian maklumat bagi generasi muda kata PM Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 6 Jan 2023 1
Pemilihan Umno Semua Jawatan Dalam Parti Perlu Dipertandingkan

Pemilihan Umno Semua Jawatan Dalam Parti Perlu Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 169 hits
Semua jawatan dalam UMNO seharusnya dipertandingkan bagi terus menyuburkan amalan demokrasi dalam parti berkenaan kata Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian Menurutnya hal ini lebih penting sekarang bagi...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm