Pemikiran Kita 1 Atau 0 Hitam Atau Putih


 
Kebanyakan orang kita ini pemikirannya binari. 1 atau 0. Black or white.

Kalau kita tak setuju dengan dia, terus dicop kita geng lawannya walhal, ada benda lawannya kita sanggah jua.

TBH, saya tak pernah percaya dengan kesaksamaan mutlak. Dalam konteks negara yang luas jurang ekonomi antara kaum, saya percaya dasar afirmatif itu masih perlu.

Tetapi kena improve banyak. Tak boleh hanya untungkan golongan kayangan. Penekanan perlu dibuat pada golongan marhein. Makanya, kalau ada geng extra liberal nak buang dasar afirmatif, akan saya bangkang.

Ini posting saya dulu mengenai kesaksamaan. Geng PH jangan kata pulak saya tali barut UMNO.

Kita beri pandangan berdasarkan isu. Mana baik sokong, mana salah kita bantah. Simple.






 

Liyana Marzuki

stSedronop c1to240631r6tc76gu82ahih554ai8e0b07h4m9a441 iO21m  · 

PANDORA DAN BUMIPUTERA

*Posting panjang di hadapan.*

1. Minggu ni kita dikejutkan dengan cerita Pandora Papers. Terkezut kita dengan pendedahan, RM1.8 trillion harta “orang kita” disimpan di luar negara. Akaun segala macam, dari bank di Singapura sampailah ke Cayman Island. Just to give a perspective, hutang Malaysia dah RM1 trillion. Harta orang kita di bank luar, lebih banyak dari hutang negara.

2. Ramai yang dah start being defensive. Terutamanya yang dinamakan dalam tu. PM6 pun dah start berbunyi. Katanya dia ditipu Penasihat. Dia langsung tak tahu menahu. Standard line dia tu. Kita pun dah naik muak. Perdana Menteri tapi dikelilingnya Punahsihat. Mana tak negara meranap.

3. Ada juga dinamakan dalam tu, pemimpin Kerajaan dan Pembangkang. Masing-masing bersilat nak bersihkan nama, taknak dikaitkan. Dari Zahid Hamidi, Tengku Zhafrul, Tun Daim. Politician PKR pun ada, namanya William Leong. It is an open secret, politician guna akaun luar negara nak simpan dana politik. That’s a tale for another day.

4. Ramai yang kurang paham, pendedahan tu bukan menyatakan mereka buat salah. Legally, ia dibenarkan. Simpan dana di luar negara tu tak salah. Unless, kita dapat buktikan ada pengubahan wang haram. But at the rate we are going, spy kita yang simpan berjuta2 cash dalam kondo pun lepas. Inikan pula dana di negara orang. Sampai sudah la akan “suci’, walaupun ada antaranya yang “dicuci”.

5. Bendanya tunjukkan kita satu. Orang kita yang kebanyakannya Melayu tak kalah dalam berharta. Tenggokkan saja di media sosial. Banyaknya golongan Melayu yang tayang harta benda. Yang ada link politik punya bangga beli Ducatti paling mahal di dunia. Yang geng selebriti campak2 saja duit, hasil jual produk timbang kati. Yang lain menganga, tanya bila la kita nak jadi macam mereka? Jadi kita lihat, Melayu dan cinta kebendaan, berpisah tiada.

6. Dengan segala kemewahan yang ditunjukkan, orang yang sama akan luangkan “Ketuanan Melayu”. Hak Bumiputera diratib sekeliling negara. Melayu ini “tuan” kata mereka. Yang lain jangan banyak bunyi. Sampaikan baru ni, syarikat logistik pun disuruh bagi 51% syer pada Bumiputera, kalau tidak tak boleh beroperasi.

7. Yang heran, tak disuruh pula benda yang sama dibuat pada syarikat antarabangsa. Mereka bebas ada 100% milikan asing. Yang bukan bumi pula, diminta serahkan kerja kuat mereka membina syarikat kepada orang lain. Bukan nya sikit, sampai buat jadi majoriti.

8. Bayangkan lah tuan2 usahakan kebun punya lama, dah masak ranum semua buah dalamnya, disuruh orang lain ambil alih pula. Syer majoriti 51% diberi pada mereka. Adakah itu adil pada kita?

9. Kalau kita pikirkan, 51% syer siapa saja yang boleh beli? Di Malaysia ni, kalau nak jadi shareholder dan Pengarah syarikat, adakah Mohd, Abu dan Ali yang makan tepi jalan? Atau Rosmah, Fatimah dan Joyah yang tolong keluarga jual ikan? Nanti ada lah yang palatao cakap mereka bukan layak pun. Ye, itu masalahnya. Polisi dibuat bukan untungkan majoriti peribumi. Yang jadi kaya dan mendapat, kebanyakan yang ada link politik. Jadikan mereka jatuh dalam golongan elit.

10. Belum lagi cerita yang jadi Alibaba, duduk dalam syarikat macam Raja. Satu sen tak dikeluarkan. Keringat dan peluh membina syarikat dia tak contribute. Yang tahu nak mintak eluan hujung bulan. Nak pergi oversea jalan2.

11. Jangan salah paham pula, saya tak kata semua. Ada orang kita yang genuine dan berkaliber. Yang kerja kuat bina syarikat untuk bina negara. Yang bersaing atas merit dan kredibiliti.

12. Tapi dalam ekonomi kita ni punya toksik, orang politik dan kroni bermaharajalela. Pengerusi GLC pun mereka, Presiden Persatuan sukan pun mereka, kroni mereka pula merata-rata. Yang 51% ni pun mereka saja yang punya.

13. Di Malaysia, it is an open secret the who’s who yang menggerakkan ekonomi Bumiputera adalah kroni politician. Kebanyakannya bukan nya ada merit pun, cakap pun ke laut. Yang mereka pandai ialah makan atas angin. Janji dapat kemewahan yang mereka ingini.

14. Sepatutnya, dasar afirmatif kita bukan saja kena adil tapi kena saksama. Kata omputih “just and equitable”. Susah nak tulis, makanya orang lain dah lukis. Saya sertakan gambar di bawah. Di Malaysia susah nak pakai prinsip di gambar satu, sebab dinamik kaum dan upaya kita yang berbeza. Itu sebab saya tak setuju dengan ekualiti mutlak.

15. Gambar dua pula, yang dipakai sekarang, dok diberi kotak untuk berdiri. Tapi yang duduk atas kotak tu orang yang sama entah berapa generasi. Sampai ke sudah tak tinggi2. Syok duduk atas kotak, semua diberi.

16. Gambar ketiga patut jadi pedoman. Yang perlu kita buat ialah hilangkan “sekatan”, bagi semua dapat peluang sama rata. Sekatan ni macam akses kepada pendidikan dan latihan, akses kepada modal dan kapital atau daya ketahanan dalam perniagaan. Ini perlu diperkuatkan.

17. Namun, kalau masih lagi yang mendapat: takde merit dan akauntabiliti, tambah pula jenis rakus penuh korupsi, memang buat la lagu mana pun. Kouta Bumi ka, bagi cash ka, kita akan masih di takuk sama. Sampai kiamat la kita dok ulang konon kita ni “tuan”, tanpa ada pengisian.

18. Ibnu Khaldun kata, negara akan mula punah bila masyarakatnya suka kemewahan atau luxury. Melayu ni bukan tak pandai, Melayu ni bukan tak rajin. Masalah orang kita ialah “bertuankan harta, beraja di hati”. Yang kurang upaya dilindungi. Sebabnya mereka berduit dan ada “link”.

19. Saya harap masyarakat kita jangan lagi buta. Pandora box sudah dibuka. Laungan “Ketuanan Melayu” hanya untuk golongan tuan dan bangsawan. Bukan untuk kita, yang sama-sama cari makan.

20. Sesungguhnya, kita tak patut tentang usaha nak martabatkan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Lebih afdal bersekali dengan mana-mana kaum minoriti yang kurang upaya.

21. Dari perspektif ekonomi, kurangkan jurang pendapatan antara kaum itu sangat penting. Ia usaha yang noble. Tanya la pakar ekonomi mana. Melayu, Cina atau India. Semua akan beri jawapan sama.

22. Yang kita tentang ialah polisi yang memenangkan golongan elit semata-mata. Atau mana2 polisi yang tak adil pada rakan senegara. Paling teruk ialah yang galakkan korupsi dan salah guna kuasa.

Wallahu a’alam.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/pemikiran-kita-1-atau-0-hitam-atau-putih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macamana Nak Perintah Bangsa Asing Atau Suku Kaum Dalam Negara Pun Tak Tau Tu Pun Jangan Nak Perintah Lagi

Macamana Nak Perintah Bangsa Asing Atau Suku Kaum Dalam Negara Pun Tak Tau Tu Pun Jangan Nak Perintah Lagi

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 151 hits
Siapa bangsa asing tu Macam warga Jerman Amerika Syarikat dan Mongolia ke Adakah bagsa asing tu macamana yang telah dilakukan oleh PKR selama ini yang tidak menggunakan bangsa asing tetapi warganegara kita dari kaum tionhua dan india serta ...
Ini Senarai Pautan Amp 039 Scam Amp 039 Dan Cara Ketahui Sms Daripada Amp 039 Scammer Amp 039 Atau Tng Ewallet

Ini Senarai Pautan Amp 039 Scam Amp 039 Dan Cara Ketahui Sms Daripada Amp 039 Scammer Amp 039 Atau Tng Ewallet

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 244 hits
Bulan lalu kami ada berkongsi tentang usaha scammer yang menghantar SMS menyamar sebagai pihak Touch n Go Klik SINI untuk baca berita penuh Dalam SMS itu ia menyertakan pautan Apabila pengguna klik pautan itu ia akan membawa pada halaman ya...
Deadpool 3 Morena Baccarin Tidak Pasti Sama Ada Akan Kembali Atau Tidak

Deadpool 3 Morena Baccarin Tidak Pasti Sama Ada Akan Kembali Atau Tidak

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 138 hits
Salah satu detik paling mengejutkan dalam Deadpool 2 kematian Vanessa Carlysle yang dilakonkan oleh Morena Baccarin Kehilangan itu memberi kesan yang teruk kepada Wade Wilson namun dia akhirnya menggunakan peranti penggembaraan masa milik C...
Beri Kebebasan Pada Mp Sokong Atau Tolak Bajet 2021

Beri Kebebasan Pada Mp Sokong Atau Tolak Bajet 2021

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 208 hits
Semua ahli parlimen wajar diberi kebebasan dan ruang untuk membuat pendirian sama ada menyokong menolak atau berkecuali semasa Belanjawan 2021 diundi minggu depan kata seorang pemimpin kanan Umno Menyatakan pandangannya hari ini Naib Presid...
Bilik Air Rumah Pakai Air Dari Tangki Atau Air Terus Dari Paip Utama Di Luar

Bilik Air Rumah Pakai Air Dari Tangki Atau Air Terus Dari Paip Utama Di Luar

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 273 hits
Kenapa setiap rumah di taman perumahan perlu ada tangki simpan air Benda ni nampak remeh jarang difikirkan Sebab sebaik saja celik mata beli rumah moden berupa taman perumahan yang ada sekarang semua benda tu dahpun tersedia begitu Tangki a...
Pemakaian Pelitup Muka Atas Pilihan Atau Optional Ketetapan Baharu Pelitup Muka

Pemakaian Pelitup Muka Atas Pilihan Atau Optional Ketetapan Baharu Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 187 hits
Sejak dari 1 Mei 2022 yang lepas pemakaian pelitup muka atau mask hanya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan kawasan tertutup dan ketika berada dalam pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e hailing Pada 7 September 2022 Menteri Kes...
Tak Perlulah Kata Seolah Olah Kami Hodoh Bodoh Atau Kotor Pemimpin Umno Cabar Mahathir Masuk Ke Gelanggang Pru15

Tak Perlulah Kata Seolah Olah Kami Hodoh Bodoh Atau Kotor Pemimpin Umno Cabar Mahathir Masuk Ke Gelanggang Pru15

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 259 hits
Tak perlulah kata seolah olah kami hodoh bodoh atau kotor Pemimpin UMNO cabar Mahathir masuk ke gelanggang PRU15Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi masuk ke gelanggang Pili...
Selawat Kamilah Atau Selawat Tafrijiyah Dan Fadhilatnya

Selawat Kamilah Atau Selawat Tafrijiyah Dan Fadhilatnya

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 357 hits
Baca Kami nak share kelebihan Selawat Tafrijiyah Juga dikenali sebagai Selawat Kamilah atau Selawat Nariyah yang bermaksud sempurna atau terbuka Maksud sempurna dan terbuka adalah jika diizinkan Allah segala kesempitan akan hilang atau terb...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba