Pemeriksaan Air Tulang Belakang
Apa itu lumbar puncture?
Lumbar puncture adalah merupakan satu prosedur perubatan. Ia tidak melibatkan sebarang pembedahan
Air tulang belakang dikeluarkan dengan cara memasukkan jarum khas yang sangat kecil pada bahagian bawah tulang belakang untuk mengesahkan penyakit yang berkaitan dengan otak dan saraf tunjang yang merupakan sebahagian dari sistem saraf pusat. Air tulang belakang yang dikeluarkan tidak akan berkurangan kerana ia sentiasa dihasilkan di dalam otak
Lumbar puncture seringkali dikaitkan lumpuh atau tidak boleh berjalan sesudah ia dilakukan. Kepercayaan ini sangat mendalam terutamanya pada generasi-generasi lama.
Mitos berkaitan Lumbar Puncture. Adakah ia akan menyebabkan seseorang itu lumpuh?Apa yang berlaku sebenarnya, penyakit-penyakit yang melibatkan otak dan saraf tunjung itu sendiri yang berpotensi untuk menyebabkan lumpuh, terutamanya jika lambat dirawat atau rawatan yang kurang tepat diberikan. Penyakit-penyakit yang berkaitan otak dan saraf tunjang inilah yang memerlukan lumbar puncture dijalankan untuk tujuan diagnosia. Jika terdapat sebarang keraguan, sila berbincang dengan doktor anda untuk penerangan yang lebih lanjut. Mereka sedia membantu terutamanya dalam memberikan rawatan yang terbaik kepada anda dan juga mereka yang anda sayang. Ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa
Adakah prosedur lain yang sekan-akan Lumbar Puncture
Ada
Prosedur ‘Lumbar puncture’ adalah sama dengan pemberian bius separuh badan (Spinal Anaesthesia) dan seakan-akan ‘Epidural Anaesthesia” yang diberikan semasa melahirkan anak.
Jika ramai yang memilih untuk ‘Epidural Anaesthesia’ dan Spinal Anasthesia, tidak ada sebab anda perlu takut dengan ‘Lumbar puncture’Bilakah doktor akan menasihatkan untuk menjalani pemeriksaan “Lumbar Puncture”
Apabila doktor mengesyaki ada peyakit berkaitan dengan otak dan saraf tunjang. Contohnya:Jangkitan pada otak/selaput otak (meningitis, encephalitis) yang diakibatkan oleh bakteria, virus, parasit atau kulat)LymphomaLeukemiaKanser otakInflamasi pada salur darah otak (vasculitis)Penyakit ‘auto-immune’ seperti Multiple sclerosis, Neuromyelitis OpticaLumbar puncture juga boleh digunakan untuk tujuan perawatan untuk pemberian ubat kemoterapi dan antibiotic dalam kes-kes tertentu
Apakah yang dilakukan dengan air tulang belakang yang diambil
Ia akan dihantar ke makmal untuk dianalisa untuk mengesahkan penyakit-penyakit berkaitan otak dan saraf
Bagaimanakah prosedur ini dilakukan
Prosedur biasanya dilakukan di dalam ward atau sebagai rawatan harian ‘daycare’
Biasanya pesakit akan berbaring di atas katil dalam keadaan mengiring. Tetapi ia juga boleh dilakukan dalam keaadan duduk dan tunduk sedikit kehadapan untuk membuka ruang diantara tulang belakang
Pesakit biasanya dalam keaadan sedar. Doktor akan menerangkan bagaimana prosedur dilakukan dan kebenaran bertulis akan diambil
Bahagian bawah belakang akan dibersihkan menggunakan cecair antiseptik khas dan ubat bius setempat akan diberikan secara suntikan di kawasan bahagian bawah tulang belakang. Selepas kawasan tersebut menjadi kebas, doktor akan memasukkan jarum khas di kawasan tersebut. Kebanyakan pesakit tidak akan merasai sebarang kesakitan tetapi masih boleh merasai pergerakkan jarum semasa ia dimasukkan. Apabila sampel air tulang belakang sudah didapati, tekanan air di dalam otak akan diukur dan sampel akan diambil dan dihantar ke makmal untuk mengesahkan penyakit-penyakit yang disenaraikan seperti soalan 4
Pemeriksanan CT scan kepala juga biasanya akan dilakukan sebelum ‘lumbar puncture’ dilakukan untuk memastikan keselamtan prosedur ‘lumbar puncture’ tersebut.Setelah sampel didapati, jarum akan dikeluarkan semula dan plaster akan dilekatkan dikawasan tersebut. Pesakit dikehendaki berbaring dan tidak digalakkan berjalan dan duduk selama 4-6 jam selepas prosedur selesai dilakukan
Tidak. Ubat bius setempat akan diberikan sebelum presedur ini dilakukanAdakah ia menyakitkan
Berapa lama masa untuk prosedure ini dilakukan
Biasanya sekitar 30-45 minit
Apakah persedian yang perlu dilakukan oleh pesakit sebelum dan selepas prosedur
Pesakit diminta bertenang dan dinasihatkan untuk ke tandas untuk membuang air dahulu kerana selepas prosedur mereka tidak digalakkan untuk bergerak
Lebih mudah sekiranya terdapat ahli keluarga/ penjaga yang menemani selepas prosedur dilakukan
Sila beritahu doktor anda sekiranya anda mempunyai sebarang alahan terhadap ubat bius sebelum prosedur dilakukanApakah risiko-risiko “Lumbar puncture”
Secara umumnya ‘lumbar puncture’ adalah selamat dan risiko untuk komplikasi serius berlaku adalah sangat rendah. Sebelum presedur dilakukan doktor akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan risiko-risiko dari berlaku
Risiko-risiko yang boleh berlaku termasuklah:Sakit kepala (biasanya untuk sementara waktu sahaja)Kebas pada bahagian belakang atau kaki (biasanya untuk sementara waktu sahaja)Pendarahan atau jangkitan pada tempat prosedure dilakukan (sangat jarang)Kegagalan untuk mendapatkan sampelBilakah kepututusan untuk “lumbar puncture” boleh diperolehi
Keputusan Lumbar punture biasanya boleh diperolehi kurang dari 48 jam untuk ujian yang biasa. Untuk ujian-ujian yang khas, biasanya masa yang lebih lama diperlukan bergantung kepada jenis-jenis ujian tersebutRujukanJohns Hopkins Medicine Health Library.ADAM Atlas of Anatomy, Cambridge University PressNational Health Institute (NIH) official website Sumber MYHEALTHSemakan Akhir:13 November 2015Penulis:Dr. Ahmad Shahir b. MawardiAkreditor:Dato’ Dr. Md Hanip b. Rafia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2019/12/pemeriksaan-air-tulang-belakang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29