Pemerhati Tak Bernyawa Elak Simpan Patung Cukup Sifat Dalam Rumah
Biasanya anak-anak, kebanyakan suka anak patung. Itu dah memang minat mereka. Cuma kita sebagai ibu bapa, janganlah terlalu mengutamakannya dalam membeli kerana banyak lagi permainan sesuai dan bermanfaat.
Seperti yang dikongsikan di FB Zulaffendi Mohamad, kes yang pernah dikendalikan itu mungkin dalam kalangan kita tak pernah terfikir akan berlaku. Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
PEMERHATI YANG TAK BERNYAWA
2 hari lepas kena settle satu kes. Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja. Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan-bukan dalam rumah, dan rasa seram bila masuk bilik dia.
Jadi, kita pun mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut. Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang2 anaknya pulak. Diringkaskan cerita, anaknya yang bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis. Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut-takut ada benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah.
Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa macam diperhatikan pada satu sudut. Saya pun percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yang memerhatikan. Bila diperiksa sedetail mungkin, akhirnya saya menemui patung POOH yang sebesar saya.
Aduhhh, macam kembar dah rasanya. Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa macam patung tersebut asyik perati.
Bila ke ruang tamu, ada lagi patung kembar macam saya juga. Betul-betul mengejek ni. Dan yang terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab mereka tinggal rumah flat, susah untuk buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.
Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yang cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yang ada pesakit juga menunjukkan ada gangguan jin asyik. Kerap mimpi disetubuhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya. Rasa tersebut membuak-buak setiap hari pada masa yang sama takut bila masuk bilik ayah dia.
PESANAN
*Jangan simpan patung yang cukup sifat di dalam rumah
*Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yang geram bila tengok kita seksi ketika tidur
*Jangan pasang lagu-lagu yang melalaikan di dalam rumah
Kredit: Zulaffendi Mohamad
Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Pemerhati Tak Bernyawa! Elak Simpan Patung Cukup Sifat Dalam Rumah appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/pemerhati-tak-bernyawa-elak-simpan-patung-cukup-sifat-dalam-rumah/