Pinjaman Rumah Tanpa Slip Gaji 2022 Skim Jaminan Kredit Perumahan


PINJAMAN RUMAH TANPA SLIP GAJI 2022: Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Kepada individu yang berpendapatan tidak tetap dan tiada slip gaji tetapi ingin memiliki rumah kediaman sendiri, anda boleh membuat permohonan pinjaman melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
 
APA ITU SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah satu skim perumahan yang merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.
SJKP ini dibuat adalah untuk membantu individu berkelayakan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan gadai janji.
 
SYARAT KELAYAKAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi membuat permohonan pinjaman perumahan tanpa slip gaji:
Warganegara Malaysia. Berumur 18 tahun dan ke atas. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami. Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja). Pemohon mestilah bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar. Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini. Tidak mempunyai rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.  
SENARAI BANK YANG TERLIBAT SKJP
Berikut adalah merupakan bank yang terlibat skim ini:
Affin Bank, Affin Islamic. Maybank, Maybank Islamic. Alliance Bank, Alliance Islamic Bank. Bank Muamalat. Bank Rakyat. Agro Bank. AmBank Group, AmIslamic Bank. Bank Islam BSN. Hong Leong Bank. Hong Leong Islamic Bank.  
CARA PERMOHONAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN
Kepada individu yang berkelayakan dan ingin membuat pinjaman rumah, berikut adalah merupakan caranya:
Kenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini. Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.  
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pinjaman rumah tanpa slip gaji,  sila layari laman rasmi SJKP di pautan https://www.sjkp.com.my
 
ARTIKEL LAIN
BSN MyHOME:PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT(Borang)
 
The post PINJAMAN RUMAH TANPA SLIP GAJI 2022: Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/pinjaman-tanpa-slip-gaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran Ipt Maij 2022

Permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran Ipt Maij 2022

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 349 hits
PERMOHONAN SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT MAIJ 2022 Kepada warga pelajar khususnya warga Johor yang akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi dalam negara kini Majlis Agama Islam Johor telah membuka permohonan Skim Bantuan Zakat Pendafta...
Rumah Terbuka Hari Raya Pulai Springs Resort 2022

Rumah Terbuka Hari Raya Pulai Springs Resort 2022

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum wbtSEMAKIN Penghujung Syawal ni nampaknya makin meriah Jemputan Rumah Terbuka Hari yang sama Sk sempat hadir ke Pulai Springs Resort bagi memenuhi jemputan rakan korporat media Charlotte Masih ingat lagi kemeriahan pada tahu...
Ini Cara Mudah Mohon Bina Rumah Mesra Rakyat Tahun 2022

Ini Cara Mudah Mohon Bina Rumah Mesra Rakyat Tahun 2022

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 318 hits
Syarikat Perumahan Negara Berhada merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Ker...
I Biaya Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk Golongan B40 2022

I Biaya Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk Golongan B40 2022

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Inisiatif pembiayaan perumahan Malaysia dikenali sebagai i Biaya yang akan dilancarkan Khamis ini menggariskan matlamat meningkatkan pemilikan kediaman terutama dalam kalangan golongan B40 M40 dan pekerja sektor tidak formal Ia...
Jawatan Kosong Terkini Tm Jun 2022 Gaji Rm1 800 Rm2 500

Jawatan Kosong Terkini Tm Jun 2022 Gaji Rm1 800 Rm2 500

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 289 hits
Jawatan Kosong Terkini TM Jun 2022 Gaji RM1 800 RM2 500 Kekosongan Seluruh Negara Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman penga...
Mufti Tangguh Import Dari Rumah Sembelihan Diragui Di Australia Malaysiakini 13 05 2022

Mufti Tangguh Import Dari Rumah Sembelihan Diragui Di Australia Malaysiakini 13 05 2022

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 211 hits
Pengimportan daging dari rumah sembelihan haiwan di Australia yang didakwa melanggar prosedur operasi standard penyembelihan halal wajar ditangguhkan sementara bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut Mufti Neger...
Permohonan Sph Jakim Skim Pembiayaan Hafiz 2022

Permohonan Sph Jakim Skim Pembiayaan Hafiz 2022

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 314 hits
PERMOHONAN SPH JAKIM SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ 2022 Kepada pelajar pelajar hafiz yang telah memiliki Diploma atau Sijil yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi sama ada dalam atau luar negara kini mendapatkan biasiswa mela...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Cikbunga Menunaikan Umrah

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Pasu Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc

Ahmad Al Sharaa Masuk 100 Orang Paling Berpengaruh Versi Time 2025

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders