Pemergian Kak Zun Ke Alam Baqa


 

Apabila meninggal dunia seorang kakak.
Maka hilanglah senyuman kasihnya.

Assalamualaikum. Tiada siapa yang inginkan kehilangan ahli keluarga yang disayanginya namun takdir Allah tiada siapa yang mampu menghalangnya biarpun sesaat. Pemergian kakak sulung pada 19 Jun jam 11.22 pm amat menyentap hati ini kerana terasa pemergiannya terasa begitu cepat. Allahyarham Maizun binti Zainuddin pergi mengadap Ilahi pada usia 63 tahun setelah menderita sakit selama 2 bulan. 
Usai Aidil Fitri 1444H dikhabarkan kak long mengalami demam berpanjangan dan hilang selera makan. Kami adik beradik menasihatinya agar segera pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Seminggu kemudian arwah ditahan di Hospital Dungun kerana doktor sedang berusaha mencari punca penyakitnya. Kak Long merasa lemah-lemah badan dan tidak bermaya. Seminggu di Hospital Dungun kemudiannya dia dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pula. Di sini pula doktor siap ambil sum-sum tulang atau 'bone marrow' pula untuk mengesan penyakitnya. Selepas itu dia dibenarkan balik ke rumah kerana sudah lama berada di hospital berkenaan. 
Semasa dia berehat di rumah inilah Abe Kie sekeluarga sempat melawatnya pada 9 Jun 2023, 10 hari sebelum kematiannya. Semasa kami melawatnya, Kak Zun masih boleh berjalan di dalam rumahnya. Perbualannya masih lancar. Mungkin dia gembira menerima kunjungan adiknya ini. Aku pun berdoa agar dia boleh sembuh. Abang iparku, Abe Zul bagitahu kandungan sel-sel darah Kak Zun ni amatlah sedikit. Itu pasal dia lemah dan tidak berdaya melawan penyakitnya ini. Pada 10 Jun, Sabtu kami pun pulang dengan seribu doa agar dia kembali pulih.


Allahyarham Kak Zun memakai baju maroon. Yang bertudung hijau tu Kak Yah, kakak kedua saya.

Namun takdir Allah mengatasi segalanya. Pada hari Sabtu, 17 Jun, anak saudaraku Zaim melaporkan Kak Zun dimasukkan ke wad Hospital Dungun kerana keadaan badannya semakin lemah. Keesokan harinya dia dihantar ke HSNZ pula dan terus ditidurkan kerana organ badannya tidak berfungsi. Petang Isnin, 19 Jun 2023 doktor bagitahu keadaan kak long semakin tenat. Kemungkinan Kak Zun untuk hidup berada pada paras 10% sahaja mengikut kata doktor. Semasa Kak Zun sedang nazak, kami adik beradik berbincang sama ada mesin bantuan pernafasan ini perlu dimatikan. Kami memberi kebenaran kepada doktor untuk mematikan mesin tersebut kerana Kak Zun tidak ada harapan lagi untuk diselamatkan. 
Sekitar jam 11.20 pm apabila doktor datang memeriksa kakak, dia dapati Kak Zun sudah meninggal dunia. Tak sempat pun dia OFF mesin bantuan pernafasan itu. Kematian itu pasti. Semoga Kak Zun ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Aamiin. 
Jenazah Kak Zun siap dimandikan jam 3.45 am, 20 Jun 2023 manakala solat jenazah diadakan selepas solat Subuh di Masjid Lama Sura, Dungun. Sekitar jam 10 pagi jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sura Tengah bersebelah pusara ibubapa mentua Kak Zun. Sukar untuk menerima dua kematian dalam masa kurang 2 tahun. Arwah bapa meninggal dunia semasa Deepavali 2021. Kini Kak Long pula pergi. 
Saya memohon agar kawan-kawan menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Kak Zun. Al-Fatihah (dibaca).

www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2023/07/pemergian-kak-zun-ke-alam-baqa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persenda Sultan Selangor Ambil Tindakan Tegas Terhadap Sanusi Keadilan Shah Alam

Persenda Sultan Selangor Ambil Tindakan Tegas Terhadap Sanusi Keadilan Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 304 hits
Kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor dalam ceramah yang mempersenda Sultan Selangor sewajarnya diambil tindakan tegas sebagai amaran terhadap mana mana ahli politik agar tidak lagi menggunakan isu kaum agama dan raja dalam...
Menteri Sumber Asli Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Mahu Teliti Eia Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman

Menteri Sumber Asli Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Mahu Teliti Eia Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 221 hits
PUTRAJAYA Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya perlu meneliti laporan penilaian kesan alam sekitar cadangan Lapangan Terbang Baru Antarabangsa Tioman sebelum mengulas tentang projek itu
Hani Homestay Homestay Ada Kolam Berdekatan Uitm Shah Alam

Hani Homestay Homestay Ada Kolam Berdekatan Uitm Shah Alam

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 283 hits
Hani Homestay Homestay Ada Kolam Berdekatan UiTM Shah AlamAssalamualaikum Hi korang Selamat pagi semua Pagini KakYa nak kongsi sebuah homestay best kat Shah Alam Nama homestay ni manis sangat bila sebut Hani Homestay namanya Kalau tanya Kak...
Lokasi Menginap Di Best Western I City Shah Alam

Lokasi Menginap Di Best Western I City Shah Alam

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 316 hits
Lokasi Menginap di Best Western i City Shah Alam Alhamdulillah selesai sudah MMC Games 2023 Ummi dan Babah adalah antara Team Manager yang dilantik untuk The post appeared first on
Transformasi Sisa Nanas Kepada Produk Kimia Mesra Alam

Transformasi Sisa Nanas Kepada Produk Kimia Mesra Alam

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 310 hits
Penulis Swaathika A P Suresh Ts Dr Abdullah Amru Indera Luthfi Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses Ketua Sub bidang Pusat Penyelidikan Teknologi Proses Mampan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM Industri makanan berasaskan pertanian se...
Shah Alam Logistic Hub Project Will Offer 5 000 Jobs By 2028 Amirudin

Shah Alam Logistic Hub Project Will Offer 5 000 Jobs By 2028 Amirudin

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 216 hits
The Shah Alam International Logistics Hub project with an estimated investment value of RM2 billion is expected to create 5 000 new job opportunities by 2028 according to caretaker Selangor menteri besar Amirudin Shari He said the developme...
Comment On Design Kotak Produk Kesihatan Berasaskan Sunnah By Kak Amy

Comment On Design Kotak Produk Kesihatan Berasaskan Sunnah By Kak Amy

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 221 hits
Assalammualaikum boleh saya tahu MOQ bagi tempahan kotak berapa beserta harganya
Hiburan Saya Perlu Tanggung Semua Kos Anak Hidap Jantung Berlubang Kak Km Kesal Terlambat Daftar Insurans

Hiburan Saya Perlu Tanggung Semua Kos Anak Hidap Jantung Berlubang Kak Km Kesal Terlambat Daftar Insurans

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 246 hits
Usahawan kosmetik yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri Liana Rosli semalam mengumumkan perkhabaran sedih apabila anak ketiganya disahkan menghidap penyakit jantung berlubang Liana yang lebih dikenali sebagai Kak KM itu pad...
Mahu Berpantang Secara Tradisional Neelofa Import Kak Dib Dari Terengganu

Mahu Berpantang Secara Tradisional Neelofa Import Kak Dib Dari Terengganu

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 229 hits
Selebriti terkenal Neelofa yang telah selamat melahirkan anak kedua minggu lalu memaklumkan yang dirinya telah melalu fasa berpantang dengan cara tradisional Menerusi Insta Story Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor 34 dia te...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao