Hani Homestay Homestay Ada Kolam Berdekatan Uitm Shah Alam
Hani Homestay : Homestay Ada Kolam Berdekatan UiTM Shah Alam
Assalamualaikum, Hi korang. Selamat pagi semua. Pagini KakYa nak kongsi sebuah homestay best kat Shah Alam. Nama homestay ni manis sangat bila sebut. Hani Homestay namanya. Kalau tanya KakYa kenapa Hani Homestay best? Satunya sebab Hani Homestay di Shah Alam ni sebuah homestay cantik yang selesa dengan susun atur yang kemas dan cukup luas untuk seisi keluarga. Cantik, luas, kemas dan selesa opkos la best dan KakYa suka. Boleh jatuh cinta giteww.
Duanya sebab ada kolam. KakYa kalau jalan jalan bersama family untuk sehari dua selalu cari homestay yang ada kolam. Al maklumlah anak anak suka main air. Sama ngan Umi abah diaorang jugak lambat jumpa air. Tiganya sebab dekat dengan pusat bandar, empatnya limanya dan seterusnya korang baca sampai habis dululah ...
KakYa dapat tahu mengenai Hani Homestay melalui kawan kawan yang dah menginap kat sini. Kata diaorang, best menginap kat sini sebab lokasinya yang starategik, di kelilingi tempat tempat menarik dan paling utama mudah nak cari tempat makan.
Hani Homestay Pilihan Homestay Best Di Shah Alam
Korang yang ada plan nak bercuti dan jalan jalan kat Shah Alam dah ada tempat penginapan ke nanti? Kalau belum ada, jom singgah Hani Homestay kat Shah Alam
Hani Homestay sebuah homestay yang luas dan selesa terletak di tengah tengah bandar Shah Alam. Sebuah homestay yang cantik dan cukup luas untuk seisi keluarga. Hani Homestay berupa rumah dua tingkat yang dilengkapi:
- 4 bilik tidur dan juga aircond
- Ruang tamu yang cukup luas dan selesa dilengkapi set sofa 7 seater
- Ruang mesyuarat dan set meja makan 8 kerusi
- Dapur yang serba lengkap dan luas berserta set meja makan 6 kerusi
- Microwave, periuk nasi elektrik, dapur gas, pemanas air, televisyen dan peti ais
- Mesin basuh dan sabun
- Seterika dan juga iron board
- Wifi turut tersedia.
Oleh kerana dapur dia serba lengkap, kalau korang nak masak masak dari pagi hingga ke tengah malam pon takde hal sebab semua peralatan dah tersedia. Nak buat kenduri makan makan seisi keluarga pon boleh sebab kat sini semua ada. Korang hanya beli bahan bahan untuk masak jer. Pastu boleh masak ikut suka hati korang. Nka masak apa tuuuu!!
Hani Homestay Berdekatan UiTM Shah Alam
Korang yang ada anak nak sambung belajar kat UiTM Shah Alam mesti tercari cari homestay berdekatan UiTM Shah Alam kan?.. Sekarang ni korang tak perlu susah hati dan susah payah mencari sebab KakYa tak nak korang berkeluh kesah jadi KakYa citer terus kat korang.
Kalau korang sedang mencari homestay paling best kat Shah Alam dan dekat sangat sangat dengan UiTM Shah Alam (2 minit jer), tak lain tak bukan Hani Homestay lah mana lagi. Kalau rasa nak menginap bersama keluarga dalam keadaan yang selesa pilihlah Hani Homestay Shah Alam.
Hani Homestay - Homestay Ada Kolam Di Shah Alam
Kalau korang suka mandi kolam dan tercari cari homestay yang ada kolam kat Shah Alam, Hani Homestay patut jadi pilihan hati paling atas korang. Hani Homestay ada kolam renang la korang! Sesuai untuk dewasa dan juga kanak kanak
Korang dan anak anak pasti teruja dan seronok dapat mandi kolam. Ya la dah penat drive jejauh tetiba pulak nampak kolam dengan air biru laut kat depan mata, cer cakap dengan KakYa siapa tak teruja. KakYa pon teruja la. Terus rasa nak terjun time tu jugak
Selalu kalau mandi kolam kat hotel bercampur dengan orang ramai. Kalini mandi kolam kat homestay la pulok de dengan kita kita jer.. Apa lagi buat kolam tu macam ana yang punya. Hahaha seronok dan teruja dapat mandi kolam bersama family terchenta giteww.
Tarik napas lepas tarik napas lepas, teruja sungguh lahai. Jom booking Hani Homestay cuti sekolah nanti boleh terus lancar jer ..
Kenapa Korang Perlu Pilih Hani Homestay Shah Alam
Bab pertanyaan kenapa perlu pilih dan letak Hani Homestay dalam list teratas korang. Ok KakYa senarai sesiap;
Lokasi Yang Strategik Untuk Jalan Jalan - Lokasi Hani Homestay berdekatan dengan kawasan menarik untuk korang yang suka jalan jalan.
Hanya mengambil masa 5 minit untuk ke tempat tempat di bawah;
- Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - Muzium Sultan Alam Shah- Kompleks Taman Seni Islam-Dataran Shah Alam- Perpustakaan Raja Tun Uda - Taman Tasik Shah Alam- Skytrex Shah Alam - Taman Botani Shah Alam- Laman Seni 7- Laman Budaya- Galeri Shah Alam- Uptown Shah Alam- Taman Tema Air Wet World- Plaza Alam Sentral- SACC- Kompleks PKNS- Plaza Perangsang- MBSA- Aggerik Mall- Decathlon Shah Alam Mall- AEON Mall Seksyen 13- Stadium Shah Alam- IDCC
4 minit pemanduan ke Masjid Kristal Seksyen 7, AEON MALL, ICITY, Jakel, Ariani, Hospital Shah Alam, I-City Theme Park, Central i-City Mall dan JPJ Selangor
7 minit pemanduan ke Bandar Klangdan 10 minit pemanduan ke Aeon Mall Seksyen 13, Stadium Shah Alam danPusat pusat perniagaan Seksyen 13
15 minit pemanduan ke Subang Jaya dan Setia Alam dan 30 minit pemanduan ke Kuala Lumpur
Fasiliti Yang Lengkap- Dilengkapi dengan aircond di setiap bilik, televisyen, dapur gas, microwave, rice cooker,water filter, peti ais, mesin basuh, seterika dan juga iron board. Semua peralatan cukup lengkap dan tersusun helok.
Rumah Yang Cantik, Bersih Dan Selesa- Hani Homestay sebuah rumah penginapan yang cukup cantik, bersih dan sangat selesa untuk seisi keluarga. Ruang tamu yang luas dengan ruang makan yang cantik berseri seri buat hati jatuh cinta kat situ.
Hani Homestay Tempat Penginapan Paling Best Untuk Family Day
Dah citer panjang berjela jela ni, takkan tak jatuh cinta lagi kot. Dah jatuh cinta dan ada hajat nak datang sini? Berhajat nak buat family day, nak meeting meeting atau nak berehat sambil santai santai bersama keluarga takyah susah susah lagi dah, mai Hani Homestay jer. Tempat penginapan di Shah Alam yang paling best untuk family.
Camne nak contact, korang klik jer link wasap kat bawah ni;
www.wasap.my/60126892280/hanihomestayshahalam
Nak tahu lokasi Hani Homestay kat mana? Ni dia peta lokasi. Terjah jer sini;
https://goo.gl/maps/uyxHzYqtqfBTXhpG8
Nak alamat Hani Homestay. Okey ni alamat dia;
No 16 Jalan Akuamarin satu 7/21a, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.
Nak maklumat lebih detail lagi kot nak godek lelebih pasal Hani Homestay, korang terjah sini jer;
https://hanihomestay.com/
Ok KakYa dah payung dah ni. Apa tunggu lagi cepat cepatlah booking sebelum homestay ni penuh. Booking awal awal tau
#HaniHomestayShahAlam #HomestayShahAlam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2023/07/hani-homestay-homestay-ada-kolam-berdekatan-uitm-shah-alam.html