Pemerdagangan Manusia 3 Mangsa Di Peru Selamat Pulang Ke Malaysia


 
Modus operandi sindiket adalah menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk perhotelan dan kasino melalui platform media sosial, kata Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin. (Gambar Bernama)SEPANG: Tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia sindiket Macau Scam di Peru dan diselamatkan pihak berkuasa negara berkenaan, selamat kembali ke tanah air hari ini.
Mangsa, dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 23 dan 25 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira 1.30 tengah hari.
Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin berkata mereka adalah antara 43 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam yang diselamatkan oleh polis Peru pada 7 Oktober lepas.
“Baki mangsa masih berada di Peru dan ditempatkan di suatu lokasi yang selamat di bawah pemantauan pihak berkuasa negara itu,” katanya dalam sidang media bersama tiga mangsa tersebut di KLIA di sini.
Mohamad berkata Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru akan menyelaras urusan penghantaran pulang 37 mangsa lagi, yang dijadualkan tiba di tanah air secara berkumpulan pada 28 Oktober hingga 1 November ini.
Beliau berkata tiga lagi warganegara Malaysia masih ditahan pihak berkuasa Peru untuk proses siasatan lanjut berdasarkan undang-undang tempatan.
Menurutnya modus operandi sindiket adalah menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang perhotelan, tukang masak dan kasino dengan gaji lumayan, tiket penerbangan, penginapan dan makanan percuma melalui platform media sosial.
“Wisma Putra akan melipatgandakan usaha (kempen kesedaran) supaya masyarakat lebih peka dan berwaspada. Periksa betul-betul ketulenan tawaran pekerjaan yang diterima dan jangan mudah terpedaya,” katanya.
Mohamad dalam pada itu menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa Peru, Kedutaan Malaysia di Peru, Kedutaan Peru di Malaysia dan Polis Diraja Malaysia atas kerjasama yang diberikan sepanjang proses membawa pulang mangsa terbabit.
Pada 9 Oktober lepas, Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan 43 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam diselamatkan dan akan dihantar pulang ke tanah air dalam masa terdekat.
Dalam kenyataan berasingan pada 10 Oktober, Ketua Polis Negara Razarudin Husain dilaporkan berkata kesemua mangsa terdiri daripada 26 wanita dan 17 lelaki, akan diambil keterangan sebaik tiba di tanah air bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSPOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/10/pemerdagangan-manusia-3-mangsa-di-peru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imigresen Selamatkan 10 Mangsa Pemerdagangan Manusia

Imigresen Selamatkan 10 Mangsa Pemerdagangan Manusia

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 276 hits
Menurut Jabatan Imigresen seorang lelaki tempatan berperanan menyelia premis turut ditahan bagi siasatan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 KUALA LUMPUR Seramai 10 wanita warga asing berjaya diselamatkan ...
Selamat Hari Sukan Negara 2023 Malaysia

Selamat Hari Sukan Negara 2023 Malaysia

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 381 hits
Selamat Hari Sukan Negara 2023 Malaysia Hari Sukan Negara 2023 tahun ini jatuh pada hari Sabtu 14 Oktober 2023 yang disambut pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun Sempena sambutan Hari Sukan Negara sudah tentulah dipenuhi dengan akti...
Pmx Dan Recep Tayyib Erdogan Semalam Sebelum Pulang Ke Malaysia

Pmx Dan Recep Tayyib Erdogan Semalam Sebelum Pulang Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 179 hits
Ketemu Presiden Recep Tayyib Erdogan semalam di Istana sebagai acara terakhir lawatan kerja selama satu hari ke Turkiye Perbincangan kami selama hampir dua jam tersebut memberi tumpuan besar kepada permasalahan kemanusiaan yang merenggut wa...
Gara Gara Tiada Sejarah Perjalanan Baru Jejak Kaki Di Incheon Terus Wanita Ni Diarah Pulang Semula Ke Malaysia

Gara Gara Tiada Sejarah Perjalanan Baru Jejak Kaki Di Incheon Terus Wanita Ni Diarah Pulang Semula Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 354 hits
Gara Gara Tiada Sejarah Perjalanan Baru Jejak Kaki Di Incheon Terus Wanita Ni Diarah Pulang Semula Ke Malaysia Bila sebut tentang melancong ke luar negara tentunya ramai yang teruja dan kalau boleh mahu melawat ke tempat tempat menarik bers...
Pegawai Kanan Kastam Disiasat Kes Pemerdagangan Manusia

Pegawai Kanan Kastam Disiasat Kes Pemerdagangan Manusia

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 321 hits
Mohamed Basyiram hmetro com myKuala Lumpur Seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia disiasat atas dakwaan terbabit kes pemerdagangan manusia Ia susulan laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang yang mendakwa pembantu ruma...
Anwar Saksikan Sessi Pertukaran Dokumen Antara Ahli Perniagaan Malaysia Dan Arab Saudi

Anwar Saksikan Sessi Pertukaran Dokumen Antara Ahli Perniagaan Malaysia Dan Arab Saudi

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 198 hits
Dalam lawatan kali ini ke Arab Saudi saya turut menyaksikan sesi pertukaran dokumen antara 1 Westar Aviation dan Mukamalah Aviation Company bekerjasama dalam sektor penerbangan dan perpindahan teknologi serta teknikal dan lain lain 2 Dagang...
Lynas Australia Umum Tutup Operasinya Di Malaysia Suku Disember Tahun 2023

Lynas Australia Umum Tutup Operasinya Di Malaysia Suku Disember Tahun 2023

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 239 hits
nbsp SHAH ALAM Lynas Rare Earths Ltd Australia merancang untuk menutup semua operasi di Malaysia kecuali kilang pemprosesan karbonat campuran nadir bumi pada suku Disember tahun ini susulan kejatuhan saham syarikat tersebut Memetik laporan ...
Pas Must Accept Malaysia As A Secular State Says Dap Mp

Pas Must Accept Malaysia As A Secular State Says Dap Mp

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 288 hits
Kepong MP Lim Lip Eng gives three suggestions for PAS to win over non Malay and non Muslim support for the next general election PAS and its president Abdul Hadi Awang must accept Malaysia as a secular state if they want to woo non Malay an...
Israelis In Malaysia Claim Surprises Former Foreign Minister

Israelis In Malaysia Claim Surprises Former Foreign Minister

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 157 hits
Former foreign minister Saifuddin Abdullah called for a system to detect undesirable people making use of dual citizenship PETALING JAYA A claim that Israelis in Malaysia have been told by their government to leave the country has surprised...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Duit Raya Guna Beli Emas Gadis Minat Emas Sejak Sekolah Menengah

Anak Mengamuk Dekat Mall Tanda Autism Ke

Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

Asal Usul Nama Simpang Pelangai

Perkembangan Pesat Kereta Api China

Homestay Bonda Banda Hilir Melaka Kini Ada Netflix