Pemenang Hadiah Utama Percutian Ke Jepun Untuk Kempen Sushi King 1 Million Happy Members


Pemenang Hadiah Utama Percutian Ke Jepun Untuk Kempen Sushi King 1 Million Happy Members | Assalamualaikum semua.. Percaya tak dengan makan makanan kegemaran boleh memberi kita kejutan istimewa? Ha, itulah momen yang dilalui oleh seorang suri rumah yang merupakan penggemar sushi menerima kejutan apabila memenangi hadiah utama iaitu Percutian ke Jepun melalui Kempen Sushi King 1 Million Happy Members


Untuk pengetahuan korang, Kempen 1 Million Happy Members telah berlangsung sepanjang bulan Mei dan berjaya menerima lebih dari 50,000 penyertaan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM1,000,000. Ahli program kesetiaan Sushi King yang menyertai kempen ini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif termasuk gajet terkini, Smile Points dan juga pakej percutian yang menyeronokkan!

Sambutan hangat telah diterima dan tidak dinafikan bahawa kempen 1 Million Happy Members telah memberi keseronokan dan kegembiraan kepada semua ahli Sushi King yang telah memenangi hadiah-hadiah hebat seperti Peranti Oppo, jam tangan Apple, kad hadiah Uniqlo, tawaran makan dan 600,000 Smile Points. Bukan itu sahaja, ahli kesejuta iaitu Mohd Shahrin Samian, telah menerima ganjaran makan percuma di Sushi King selama setahun! Fuhhh, berbaloi-baloi tu..

Sushi King, rangkaian restoran sushi Jepun Halal terbesar di Malaysia baru-baru ini telah menganugerahkan pemenang utama kempen 1 Million Happy Members mereka dengan lawatan ke Jepun. Majlis penyampaian hadiah yang diadakan dengan gilang-gemilang di cawangan Sunway Pyramid itu adalah untuk meraikan pemenang utama iaitu Vyvian Elvy Jefry, seorang suri rumah warga Sabah yang telah memenangi hadiah utama percutian ke Jepun ketika menjamu selera di Sushi King ITCC Penampang. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara tersebut tau. Bertuahnya kannn..
"Kami amat bersyukur atas sokongan dan kesetiaan pelanggan kami yang tidak berbelah bahagi. Mereka telah mendorong kami untuk mencapai kejayaan luar biasa 1 juta Happy Members. Kami terharu dengan penghargaan mereka terhadap Sushi King dan budaya makanan Jepun. Melalui kempen ini, kami dapat mencipta pengalaman yang bermakna buat ahli-ahli kami dimana mereka akan mendapat ganjaran sambil menikmati hidangan Sushi King kegemaran mereka.”
"Kami bertekad untuk menjadikan Sushi King sebagai Your Happy Sushi Place di mana pelanggan kami dapat merasai kenikmatan dan keistimewaan budaya makanan Jepun melalui hidangan yang menyelerakan"~ Encik Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King Sdn. Bhd. ~

Selain dari majlis penyampaian hadiah, Sushi King juga mengumumkan bakal memperkenalkan pelbagai inisiatif yang inovatif untuk menarik lebih ramai pelanggan seperti promosi dan penawaran menu baru termasuk Japonica Unagi gred premium dan Ramen Jepun yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Penambahan baru ini adalah bukti komitmen Sushi King untuk memastikan pengalaman menjamu selera yang baik kepada semua pelanggan mereka




Sushi King mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyertai program kesetiaan mereka yang semakin berkembang dan mengambil bahagian dalam pelbagai kempen-kempen mereka yang menarik di masa akan datang. So korang, yang mana suka makan sushi ataupun selalu ke Sushi King sila lah muat turun aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menjadi ahli Sushi King hari ini


Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi Sushi King dan banyak lagi, sila layari laman web rasmi mereka di www.sushi-king.com. Ikuti Sushi King di Facebook (@sushikingasia) dan Instagram (@sushikingmalaysia) untuk sentiasa menerima maklumat terkini tentang kempen dan promosi mereka





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2023/06/pemenang-hadiah-ke-jepun-sushi-king.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemenang Kempen Sushi King 1 Million Happy Members

Pemenang Kempen Sushi King 1 Million Happy Members

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 189 hits
hai assalamualaikumPemenang Kempen Sushi King 1 Milliom Happy Members Tahniah kepada pemenang hadiah utama Kempen Sushi King 1 Million Happy Members Vyvian Elvy Jefry from Sabah seorang surirumah yang memenangi hadiah percutian untuk 2 oran...
Pemenang Cabaran Reka Bentuk Arca Mutiara Hills Diraikan Di Majlis Penyampaian Hadiah

Pemenang Cabaran Reka Bentuk Arca Mutiara Hills Diraikan Di Majlis Penyampaian Hadiah

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 245 hits
Juara dan dua pemenang utama Cabaran Reka Bentuk Arca Mutiara Hills 2023 telah diberi penghormatan hari ini di majlis penyampaian hadiah untuk meraikan usaha mereka yang berteraskan inovatif dan kelestarian dalam mencipta arca mercu tanda b...
Terajui King The Land Bersama Yoona Junho Kongsi Reaksi Ahli 2pm Girls Generation

Terajui King The Land Bersama Yoona Junho Kongsi Reaksi Ahli 2pm Girls Generation

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 238 hits
Menjadi idaman ramai sejak menjadi hos festival muzik satu ketika dahulu akhirnya Yoo na Girls Generation dan Jun ho 2PM akan bergandingan dalam drama King The Land ARTIKEL BERKAITAN Untuk pengetahuan siri JTBC yang turut ditayangkan di Net...
Ahli Parlimen Raub Berharap Pekebun Durian Musang King Di Beri Geran Tanah

Ahli Parlimen Raub Berharap Pekebun Durian Musang King Di Beri Geran Tanah

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui berharap pengusaha kebun durian dikawasannya perlu dipertimbangkan pemberian geran tanah serta kebenaran bercucuk tanam BBeliau berkata pekebun durian Musang King adalah mangsa kepada sistem negar...
King Megah Di Malaysia Tapi Tak Laku Di Indonesia Ini Punca Sebenarnya

King Megah Di Malaysia Tapi Tak Laku Di Indonesia Ini Punca Sebenarnya

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 125 hits
8216 King 8217 megah di Malaysia tapi tak laku di Indonesia ini punca sebenarnya Saya masih ingat apabila pihak Daihatsu Jepun sangat terkejut dengan sambutan Perodua Myvi ketika mula diperkenalkan pada 2005 Ia adalah kereta bersaiz penuh p...
Durian Musang King Kahang Johor

Durian Musang King Kahang Johor

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 215 hits
Rezeki anak anak time cuti sekolah baru ini DURIAN MUSANG KING KAHANG JOHOR berbuah dengan meriah dan harganya pun murah Yes Johor dah musim durian ye Bulan Jun ni memang buah durian negeri Johor dah mula berbuah Biasalah durian ni ada musi...
23 Finalis My King Tomboy Taiwan 2023

23 Finalis My King Tomboy Taiwan 2023

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 239 hits
Let s Meet Our 23 Official THAT S MY KING TOMBOY 2023 CandidatesPhotoliking for Social Media Award COME and WITNESS A CHARITY EVENT ON JUNE 11 2023 AMAZING HALL HSINCHU CITY TAIWAN THEME WHO DARES WINS WHO SWEATS WINS WHO PLANS WINS MECHANI...
Beli Durian Musang King Saiz Comel

Beli Durian Musang King Saiz Comel

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 252 hits
Beli Durian Musang King Saiz Comel Sejak sebulan musim durian ni kami sekeluarga belum ada peluang beli Musang King Yang biasa ada banyak stok adalah IOI udang merah durian kampung dan lain lain Hari ini on the way balik kerja lalu depan ge...
Selamat Berlapar Jangan Bunuh Diri Dan Mati Tanpa Menyusahkan Orang

Hanya Sebanyak 16 Peratus Sahaja Rakyat Pahang Berpandangan Kewangan Perlu Di Rancang

Pertama Kali Dalam Sejarah Merek Hp Ini Resmi Dipakai Dalam Esports World Cup 2024

Keisya Levronka Tersemogakan Chord

Mca Youth Gets 173 Appeals From Rejected 10as Students

Raja Farah Kongsi Nama Anak Keempat Doakan Jadi Anak Solehah

Mahb Deal Merging Control Through Public Private Partnerships

Pinggan Sihat Malaysia Cara Merancang Diet Contoh Hidangan



8 Fakta Biodata Scha Elinnea Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Jazmy Juma Khan

Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia

Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia

Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda


Kari Daging Petai

Lincoln Leadership Academy Need Several Position

Some Facts About Amazon Leadership Team

Lelaki Diliwat Kenalan Gimnasium

Temuduga Spp

Kalah Prk Sg Bakap Rakyat Kurang Percaya Kerajaan Kata Puad