Pemenang Cabaran Reka Bentuk Arca Mutiara Hills Diraikan Di Majlis Penyampaian Hadiah


Juara dan dua pemenang utama Cabaran Reka Bentuk Arca Mutiara Hills 2023, telah diberi penghormatan hari ini di majlis penyampaian hadiah untuk meraikan usaha mereka yang berteraskan inovatif dan kelestarian dalam mencipta arca mercu tanda bandar Mutiara Hills.  Dianjurkan oleh Mutiara Spaces, sebuah jenama Boustead Properties Berhad, majlis ini diadakan dalam suasana riang dan mesra bersempena rumah terbuka Hari Raya Mutiara Hills, di Galeri Jualan bandar tersebut di Semenyih



Hadiah utama wang tunai RM8,000 dimenangi oleh Syamirul Alif Bin Shaharudin dan Mohd Ali Kouli, pelajar seni bina tahun kedua Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Reka bentuk mereka yang dinamakan Unison Sculpture (Arca Perpaduan) telah menarik perhatian para juri kerana ciri-ciri ringkas dan mewah yang menggabungkan pelbagai aspek alam dan ukiran moden. Arca ini dianggarkan mencapai ketinggian 10 meter, bersamaan dengan ketinggian bangunan tiga tingkat apabila siap dibina. Arca ini akan dilengkapi  dengan ciri panel solar aktif dan  pengumpulan air hujan yang menyumbang kepada usaha menghijaukan persekitaran di bandar ini.  Apabila ditanya bagaimana wang hadiah akan digunakan, mereka menjawab, “Kami berbangga dan bersyukur kerana dipilih sebagai juara pertandingan ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada penyelia kami, Ar. Zalena, dan Dr. Noriati Taib, atas bimbingan dan sokongan tidak berbelah bagi mereka.  Berbekalkan hadiah wang tunai RM8,000, kami bercadang untuk menyertai pertandingan seni reka dan seni bina moden di dalam negara dan peringkat antarabangsa. Peluang menarik ini akan membolehkan kami mengasah kemahiran dan kreativiti kami dan kami yakin ini akan membuka laluan untuk mencapai mercu kejayaan lebih tinggi pada masa depan.”  Sementara itu, para pemenang hadiah kedua dan ketiga, Mohd Pirdaus Beddu dan Siti Sarah Binti Mohammed Saidi daripada USM Pulau Pinang dan Nur Izzah Kamilia Binti Mohd Khalil Akmal daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing menerima hadiah wang tunai RM 3,000 dan RM 2,000



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties, Khairul Azizi Ismail, “Majlis pada hari ini diadakan untuk memberikan penghargaan dan mengiktiraf kreativiti dan dedikasi para pemenang. Kami juga meraikan masa depan yang cerah bagi bakat-bakat muda di Malaysia dan bagaimana mereka memainkan peranan dalam membentuk persekitaran yang membolehkan masyarakat berkembang maju.” 
“Mencungkil bakat muda dan menyemai ketetapan minda yang lestari adalah kunci kepada agenda untuk menjadi pemaju mesra alam yang berhemat dengan tekad mencipta ruang yang boleh memupuk dan meningkatkan kualiti kehidupan. Kami berharap untuk menjalin lebih banyak inisiatif berasaskan kelestarian seperti ini bersama universiti-universiti.” 
Sebagai sebahagian daripada hadiah kemenangan, pasukan juara diberi peluang unik untuk menyertai program bakat industri Mutiara Spaces, yang menawarkan pengalaman sebenar bekerja kepada pelajar.  Mereka akan dibimbing oleh pasukan pembangunan projek dalam penciptaan arca, yang melibatkan tugasan seperti penghasilan lukisan terperinci, proses dan dokumentasi tender, kejuruteraan nilai, pembinaan dan proses pemasangan. Program pendedahan industri ini dijangka bermula pada bulan Jun tahun ini selama 20 minggu, termasuk selepas selesai pembinaan

Tambahan lagi, program ini akan menjadi wadah untuk menjalin hubungan dan melibatkan ahli profesional di Boustead Properties, yang membolehkan mereka meneroka laluan kerjaya yang potensi tinggi dan memperoleh ilmu yang bermanfaat. 


Cabaran Reka Bentuk Arca Mutiara Hills 2023 menerima hampir 72 penyertaan daripada 12 universiti di seluruh Malaysia. Cabaran tersebut, yang bertumpukan kelestarian dan inovasi, menjemput pelajar universiti tempatan untuk mengemukakan idea reka bentuk masing-masing sejajar dengan tema "Sinergi antara Alam dan Bangunan Demi Masyarakat Masa Depan.” 
Arca yang menang bakal menjadi mercu tanda yang tersergam di tengah-tengah Mutiara Hills, sebuah projek bandar bersepadu pintar terbaharu oleh pemaju ini yang terletak di Semenyih









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2023/06/pemenang-cabaran-reka-bentuk-arca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemenang Hadiah Utama Percutian Ke Jepun Untuk Kempen Sushi King 1 Million Happy Members

Pemenang Hadiah Utama Percutian Ke Jepun Untuk Kempen Sushi King 1 Million Happy Members

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 254 hits
Pemenang Hadiah Utama Percutian Ke Jepun Untuk Kempen Sushi King 1 Million Happy Members Assalamualaikum semua Percaya tak dengan makan makanan kegemaran boleh memberi kita kejutan istimewa Ha itulah momen yang dilalui oleh seorang suri rum...
Langsung Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Ke

Langsung Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Ke

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 206 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan di Kompleks Balai Islam Kota Bharu Kelantan
Hiburan Kami Berkawan Sejak Dulu Sepatutnya Dia Datang Tuju Langsung Tak Datang Dua Majlis Mk K Clique

Hiburan Kami Berkawan Sejak Dulu Sepatutnya Dia Datang Tuju Langsung Tak Datang Dua Majlis Mk K Clique

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 206 hits
Majlis persandingan penyanyi rap MK daripada kumpuan K Clique dan isterinya Siti Hajaar meriah dihadiri oleh keluarga dan rakan rakan Sudah tentu geng K Clique hadir sedondon untuk meraikan hari bahagia sahabat mereka namun kelibat salah se...
Majlis Resepsi Nurul Nastasea Ariff

Majlis Resepsi Nurul Nastasea Ariff

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 120 hits
Assalamualaikum WBTSEJAK awal bulan Mei dah dapat jemputan dari dan save the date bagi meraikan Majlis Resepsi puteri sulung beliau Nurul Nastasea Sabar yang bertemu jodoh dengan Muhammad Ariffuddin Kahar Dua tahun lepas Sk menghadiri Walim...
Gambar Gambar Majlis Ilmu Di Sri Perdana Semalam

Gambar Gambar Majlis Ilmu Di Sri Perdana Semalam

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 132 hits
Alhamdulillah Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana Putrajaya pada malam ini menerima kehadiran Sheikh Ahmed Mohamed Saad Al Maliki Al Azhari Al Hasani Pengasas Institut Ihsan United Kingdom dan Sheikh Muhammad Heydara Al Jilani ulama dan pend...
Gara Gara Bakal Suami Ada Kes Dadah Wanita Ini Nekad Langsungkan Majlis Pernikahan Tangguh Honeymoon

Gara Gara Bakal Suami Ada Kes Dadah Wanita Ini Nekad Langsungkan Majlis Pernikahan Tangguh Honeymoon

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 182 hits
Gara gara bakal suami ada kes dadah wanita ini nekad langsungkan majlis pernikahan tangguh honeymoon SEORANG banduan yang ditahan atas kesalahan narkotik menarik nafas lega apabila dapat disatukan dengan kekasih hatinya Malah majlis pernika...
Pulau Mutiara Nak Try Kalih

Pulau Mutiara Nak Try Kalih

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 99 hits
PULAU MUTIARA NAK TRY KALIH 1 Nampaknya ada ops khas oleh PN untuk take over Penang Sanusi bawa naratif pada mulanya katanya Penang itu Kedah yang punya Semalam geng Kluster Mahkamah terbaru TSMY pula umum PN boleh menang 20 kerusi negeri 2...
Hiburan Terima Kasih Kerana Nabila Razali Hadir Majlis Kahwin Mk K Clique Jadi Tumpuan Tutup Ruangan Komen Di Ig

Hiburan Terima Kasih Kerana Nabila Razali Hadir Majlis Kahwin Mk K Clique Jadi Tumpuan Tutup Ruangan Komen Di Ig

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 158 hits
Perkahwinan penyanyi MK K Clique bersama isteri Siti Hajaar disambut meriah pada majlis resepsi di Hotel Wydham Acmar Klang malam Sabtu lalu Ramai rakan artis dan selebriti turut dilihat hadir memeriahkan majlis antaranya rakan duet MK Nabi...
Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Hadir Majlis Resepsi Janna Nick

Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Hadir Majlis Resepsi Janna Nick

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 154 hits
KOSMO Ustaz Wadi Annuar ketika membaca doa dalam majlis resepsi pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann PETALING JAYA Pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar menjawab persoalan orang ramai apabila tular video dirinya menghadiri majlis res...
Feilina Feisol Mother Friend And Great Advocate Of Autism Rights

Muhyiddin Terlebih Perasan Di Sungai Bakap

Moxy Putrajaya Keselesaan Dan Keseronokkan Dalam Satu Tempat

How The Manly 150ah Lithium Battery Protects Against Overcharging And Short Circuits

With China Producing Many Cars Should We Be Happy

Israel Telah Kalah Tapi Ini Bukan Kata Pas

Najib Tun Razak Game Over

Apa Jadi Kalau Rakyat Jumpa Lubuk Emas Belakang Rumah Hak Milik Siapa Sebenarnya



Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia

Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia

Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria


Splash Carnival Kicks Off Join The Fun At Legoland Malaysia Resort S Water Park Festival

Comfort Vs Control Can Waistdear Shapewear Balance Both

Wany Hasrita Madu Dua Chord

It Is A Great Achievement

Upscale Retirement Homes In Malaysia A Double Edged Sword

5 Star Hotel Kuala Lumpur Malaysia Top Luxury Kl