Pemenang Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Nur Fadhlina


 

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Nur Fadhlina | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 (AGI) telah mengumumkan pemenangnya pada 31 Mei 2021 yang lalu. AGI edisi kelima menerima lebih daripada 4,000 pencalonan dari rakyat Malaysia antara 2 April hingga 18 April 2021. Dari kumpulan pencalonan ini yang menonjolkan guru luar biasa di seluruh negara, 25 orang guru dipilih sebagai penerima anugerah. 
Penerima anugerah dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada wakil dari McDonald's, Kementerian Pendidikan dan media. Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk meningkatkan akademik prestasi pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan luar kotak, melampaui tuntutan tugas untuk menolong pelajar dan kesan positifnya guru mempunyai pada pelajar.
Salah seorang penerima anugerah, Cikgu Nur Fadhlina dari SK Gopeng Taman Gopeng Baru di Perak memanfaatkan YouTube sebagai platform untuk mengajar para pelajar beliau dan memberi tips kepada guru lain yang berhasrat menghasilkan video sebagai bahan pengajaran. Saluran YouTube beliau @LinnZack kini mendapat langganan daripada lebih 19,000 orang.

Untuk entri kali ini, Momi nak ceritakan kisah dan kejayaan salah seorang pemenang AGI2021, iaitu Cikgu Nur Fadhlina. Puan Nur Fadhlina bt Khairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Lynn Zack dilahirkan di Gopeng, Perak. Beliau telah berumahtangga dan memiliki tiga orang cahaya mata termasuk pasangan kembar. Cikgu Nur Fadhlina adalah seorang yang sangat peramah dan periang sehingga membuatkan orang sekeliling amat senang dengannya. 
Di sebalik keriangan dan keceriaan insan ini terdapat sebuah kisah duka di dalam kehidupannya. Anak sulongnya yang lahir normal telah menghidap kanser. Bayangkan anak yang berlari-lari aktif tiba-tiba disahkan penghidap kanser. Pada mulanya Cikgu Nur Fadhlina amat terpukul dengan perkhabaran ini. Namun akhirnya, beliau belajar redha dengan ketentuan Illahi. Anak sulongnya telah kembali ke rahmatullah ketika berusia enam tahun. Di sebabkan ujian itu, beliau sentiasa berfikiran positif. 

Cikgu Nur Fadhlina adalah seorang yang sangat berdedikasi. Jika diberi sesuatu tanggungjawab, beliau akan melaksanakan tugas itu dengan pantas dan hasil yang didapati amat memberangsangkan. Sangat kreatif dan mempunyai idea yang diluar kotak terutama dalam mereka buku program. Sesuailah dengan kursus yang diambil di universiti iaitu seni grafik. Sentiasa bersemangat dan ingin mempelajari sesuatu yang baharu. 
Cikgu Nur Fadhlina sangat pakar dalam bidang IT. Kepakarannya memang tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi. Hebatnya wanita ini dapat dilihat ketika COVID-19 mula menyerang negara kita dan sekolah terpaksa ditutup. Semua pembelajaran terpaksa dilakukan di atas talian. Ketika ini semua guru terpaksa bertungkus lumus mencari bahan dan mempelajari cara - cara untuk mengajar di atas talian. Dan di ketika inilah Lynn Zack merebut peluang untuk menggunakan kepakaran yang beliau ada untuk di kongsikan bersama. Beliau bermula dengan menyertai e-didik. Setelah beliau melepasi tahap yang dikehendaki ,beliau telah diterima di Akademi Youtuber(AYU). Di sinilah,semua orang mula mengenali Lynn Zack dengan video-video pdpc yang telah disediakan oleh beliau di You Tube. Beliau juga menjadi moderator untuk majlis-majlis tertentu di atas talian. Video yang dicipta amat mudah difahami oleh para pelajar.
Kini, Cikgu Nur Fadhlina mempunyai lebih kurang 20,000 orang subscribers dengan 600,000 tontonan di YouTube. Beliau telah menghasilkan hampir 350 video di Channel YouTube-nya. Video-video pdpc yang dihasilkan amat berguna terutama di zaman sekarang yang amat memerlukan sumber-sumber seperti itu. Bukan semua orang boleh menghasilkan video-video ini tanpa usaha, melainkanmereka yang sanggup berusaha.Kerana kesanggupan itulah lahirnya Lynn Zack dan patut menjadi contoh kepada guru-guru muda sekarang.



Semoga usaha beliau dalam menghasilkan bahan-bahan untuk pdpc ini berterusan dan selaras dengan misi KPM iaitu Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Jom subscribe channel YouTube Lynn Zack disini


Tahniah diucapkan kepada 25 orang guru yang menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021. 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 menerima wang tunai sebanyak RM5,000, piala dan sijil pengiktirafan, sementara yang mencalonkan guru tersebut menerima RM200 baucar hadiah McDonald's sebagai tanda penghargaan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/winners/2021 untuk mengetahui kisah inspirasi 25 orang guru yang menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rafzantomomi.com/2021/06/AGI2021-winner-cikgu-fadhlina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemenang Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Cikgu Hidahyuwati Binti Ahmad Dari Sk Putrajaya Presint 11

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Cikgu Hidahyuwati Binti Ahmad Dari Sk Putrajaya Presint 11

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 719 hits
hai assalammualaikumMcDonald s Malaysia Umum 25 Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Anugerah Guru Inspirasi McDonald s yang ke 5 telah mendapat sambutan dan McDonalds s Malaysia telah menerima lebih 4 000 pencalonan daripada ra...
Penerima Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

Penerima Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 290 hits
Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 l Assalamualaikum dan hai semua Pada yang selalu singgah blog Ana mesti perasan yang sebelum ni Ana ada share tentang Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Haa kalau korang nak tahu pada 31...
Kisah Inspirasi Cikgu Norasma Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru Ini Benar Benar Istimewa

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru Ini Benar Benar Istimewa

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 297 hits
Kisah Inspirasi Cikgu Norasma Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru Ini Benar Benar Istimewa Alim ulama pernah berkata Orang yang hebat adalah orang yang dapat melahirkan banyak karya namun seorang yang luar biasa mamp...
Kisah Inspirasi 2 Daripada Murid Disleksia Dilabel Lembap Kini Bergelar Doktor

Kisah Inspirasi 2 Daripada Murid Disleksia Dilabel Lembap Kini Bergelar Doktor

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 350 hits
Salam semua Kisah seorang murid yang dahulunya dilabel lembap dan murid bermasalah tetapi akhirnya berjaya menggenggam ijazah kedoktoran Kisah yang cukup memberikan inspirasi dan teladan kepada saya kali ini adalah tentang kisah yang dikong...
Saya Jual Hampir 70 Gadai 30 Barang Kemas Hasil Simpan Emas Boleh Buat Rumah Inspirasi Kisah Keluarga Ini

Saya Jual Hampir 70 Gadai 30 Barang Kemas Hasil Simpan Emas Boleh Buat Rumah Inspirasi Kisah Keluarga Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 217 hits
Emas adalah penyimpan nilai yang kukuh Sejak dunia dilanda pandemik Covid 19 ramai sudah menyedari bahawa banyak manfaat memiliki emas
Guru Taska Tadika Diperlukan Segera Ambilan Julai 2021

Guru Taska Tadika Diperlukan Segera Ambilan Julai 2021

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 324 hits
Jawatan Kosong Perlu Segera Kemasukan Julai 2021Ciri Pekerja Yang Dicari 1 Minimum SPM untuk Taska Minimum Diploma Untuk Tadika 2 Wanita BELUM Kahwin 3 Umur Bawah 27 Tahun 4 Meminati Pendidikan Anak Kecil 5 Mesra Peramah Dengan Anak Anak Ke...
Keputusan Pertukaran Guru Online Melalui Egtukar Sesi Jun 2021

Keputusan Pertukaran Guru Online Melalui Egtukar Sesi Jun 2021

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 950 hits
Salam semua Semakan keputusan pertukaran antara bahagian negeri daerah KPM sesi Jun 2021 boleh disemak melalui modul EGTUKAR seperti berikut Pertukaran antara bahagian Negeri 1 Jun 2021Pertukaran antara daerah dan dalam daerah 7 Jun 2021Kep...
Bersama Kim Yohan Kim Youngdae Sah Terajui Drama School 2021

Bersama Kim Yohan Kim Youngdae Sah Terajui Drama School 2021

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 361 hits
Kim Young dae yang terkenal dengan drama popular seperti Extraordinary You dan The Penthouse nampaknya bakal menjadi watak utama pula bagi drama School 2021 nanti Kalau anda nak tahu siri School dimulakan pada tahun 1999 dengan drama School...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi