Pemenang Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Cikgu Hidahyuwati Binti Ahmad Dari Sk Putrajaya Presint 11


 hai assalammualaikum
McDonald's Malaysia Umum 25 Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 (AGI 2021) - Anugerah Guru Inspirasi McDonald's yang ke-5 telah mendapat sambutan dan McDonalds's Malaysia telah menerima lebih 4,000 pencalonan daripada rakyat Malaysia sejak 2 April hingga 18 April 202.  McDonald's Malaysia Umum 25 Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 (AGI 2021)Akhirnya, pemenang telah diumumkan oleh McDonald's Malaysia pada 31 Mei 2021, dan daripada semua pencalonan guru luar biasa di seluruh negara, seramai 25 guru telah dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's. Tahniah diucapkan kepada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021!

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru terpilih; dan ia juga merupakan anugerah tahunan yang diadakan bersempena sambutan Hari Guru Kebangsaan. Ia sebagai menghargai jasa guru-guru yang telah banyak berkorban dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Anugerah ini juga mengetengahkan golongan pendidik sebagai insan luar biasa dan wira dalam kehidupan seharian kita
 Pelbagai kisah menarik yang telah dihantar mengenai guru-guru yang sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan atau ‘go the extra mile’ untuk memupuk minda generasi muda dan membina asas kukuh yang akan membentuk masa depan mereka. Kisah-kisah yang yang diterima menceritakan dedikasi dan komitmen tidak berbelah bahagi guru-guru ini dalam melaksanakan tugas harian mereka, sama ada besar atau kecil, yang membentuk keseluruhan profesion mereka

Pencalonan tahun ini mengisahkan kekuatan dan ketabahan para guru dalam mendepani keadaan pandemik semasa, dengan menerapkan kreativiti dan kesungguhan untuk terus berhubung dengan pelajar mereka serta memastikan supaya tidak ada pelajar yang tercicir dalam pelajaran. Ini termasuk mewujudkan persekitaran yang interaktif dan menyediakan alat yang mencukupi untuk pelajar ketika mereka belajar dari jarak jauh
 Bukan mudah nak mencari pemenang, sebab semua guru yang disenaraikan merupakan " Cikgu Luar Biasa " yang hebat dan berdedikasi. Mereka dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada perwakilan dari McDonald's, Kementerian Pendidikan, dan media.  Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan di luar kotak, melebihi tugas hakiki untuk menolong pelajar, dan yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya, kesan positif yang dimiliki oleh guru terhadap pelajar. Kalau boleh nak pilih semua kan, tapi hanya 25 pemenang sahaja yang dipilih McDonald's Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 ni
 Antara 25 pemenang, nad akan kongsi kisah inspirasi salah seorang cikgu yang terpilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonalds ini.
 Cikgu Hidahyuwati Binti Ahmad 
Salah seorang pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 iaitu Cikgu Hidahyuwati binti Ahmad merupakan guru dari SK Putrajaya Presint 11(2) telah dicalonkan oleh anak muridnya iaitu Nur Zahra Irdina Binti Mohd Hafez. Seorang cikgu yang ceria, kreatif, berbakat dan tidak pernah menyerah pada pelajarnya dan membantu mereka menjadi pelajar, warganegara dan pemimpin yang lebih baik
 


Beliau merupakan guru Bahasa Inggeris yang mengajar dengan cara berbeza dan menarik untuk pelajar-pelajarnya seperti aktiviti berkumpulan, permainan, kuiz dan kadangkala memainkan lagu Inggeris yang mewujudkan suasana santai semasa kelas dan boleh difahami anak muridnya. Berasal dari Johor, mempunyai 4 orang anak, kini menetap di Dengkil, Selangor. Mempunyai bakat dalam bidang seni seperti tarian dan nyanyian, merupakan penyanyi band bagi Universiti Putra Malaysia. Beliau mempunyai Ijazah Pembangunan  Manusia, UPM dan sebelum menjadi cikgu, beliau pernah bekerja sebagai Personal Officer di kilang Flextronics Malaysia selama 2 tahun


Bagaimana Cikgu Hidahyuwati boleh manjadi guru?  Cita-cita beliau ingin menjadi doktor kerana dapat memberikan khidmat kepada orang ramai. Tapi disebabkan masalah kewangan serta tempoh pembelajaran yang lama, beliau perlu melupakan cita-cita itu.  Beliau suka dengan kerjaya yang berhubung dengan ramai orang. Apabila berhenti kerja, beliau pernah menjadi guru sandaran di SK Methodist 2 KL. Waktu itula timbulnya perasaan suka pada kerjaya guru. Rezeki terus memihak kepadanya apabila pada waktu itu kerajaan menawarkan para graduan ijazah boleh memohon menjadi guru Sekolah Rendah melalui Program KPLI selama setahun. Tanpa berfikir panjang, beliau terus memohon dan dan terpilih untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris bagi sekolah rendah. 
Sekolah pertama beliau ialah SK Sekyen 13 Shah Alam kemudian bertukar ke SK Cyberjaya. Di sekolah SK Cyberjaya la, banyak mencorak beliau menjadi seorang yangg berfikir di luar kotak disamping pengalaman  bekerja dalam bidang pentadbiran banyak membantunya dalam menguruskan projek, membuat program dan menganjurkan beberapa pertandingan Peringkat Kebangsaan seperti English Village at Cyberjaya selama 2 tahun. Ini merupakan pencapaian agak manis dan membanggakan di samping kerjasama rakan-rakan yang banyak menyokong beliau dalam melaksanakan program.

Beliau juga dapat banyak sokongan dan semangat dari arwah Guru Besar yang banyak memotivasikan diri  beliau dan memberi keyakinan dalam menjalankan program besar sekolah
 Kemudian beliau berpindah ke Sekolah SK Putrajaya Presint 11(2). 



Cikgu Hidahyuwati seorang yang sangat rapat dengan murid-murid, malah dengan bekas pelajar pun masih lagi berhubung dan kerap keluar bersama. Bila seorang cikgu akrab dengan anak murid, anak murid jadi lebih senang untuk luahkan segala masalah yang dihadapi. Beliau juga melayan murid-muridnya sama macam seperti anak-anak sendiri. Pernah membantu anak murid yang dalam kesusahan, seperti memberi wang belanja, buku serta alat tulis mengikut kemampuan beliau

Seorang yang sangat suka memberi motivasi kepada murid. Prinsipnya "From Nobody To Somebody".  


Ramai anak muridnya yang telah diubah daripada pemalu menjadi lebih berkeyakinan. Sebagai contoh ada seorang bekas muridnya yang sangat pemalu dan pendiam tetapi beliau tahu anak muridnya itu memiliku suara yang sedap dan berbakat menyanyi, beliau telah menggalakkan dan melatih sehingga murid tersebut pernah memenangi beberapa pertandingan serta menjadi juara Pertandingan Nyanyian Peringkat Kebangsaan. Ini adalah salah satu kenangan yang manis buat Cikgu Hidahyuwati
 Beliau juga mengajar dan melatih murid-murid yang tidak tahu menari sehingga boleh membuat persembahan semasa Hari Kanak-Kanak dengan kehadiran Pegawai Jabatan.  


Begitu juga dengan Zahra Irdina, murid yang mencalonkan beliau dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini
 Zahra, seorang murid yang agak pendiam semasa awal beliau mengajar di Tahun 4. Tetapi dia sangat mengambil bahagian dalam kelas semasa aktiviti-aktiviti kelas Bahasa Ingggeris. Dia semakin berani membuat presentation malah sangat berkeyakinan. Paling membanggakan apabila melihat dia membuat pembentangan bagi pertandingan International Innovation Arsvot Peringkat Antarabangsa pada April lepas.  
Beliau sangat kagum dengan perubahan sikap Zahra sehingga mendapat 3 Anugerah Antarabangsa tersebut dan yang paling tertinggi iaitu "Best of The Best". Apabila Zahra menyatakan bahawa beliaulah yang banyak mendorong dan memberikan semangat sehingga dia menjadi seorang berkeyakinan begitu menyebabkan Cikgu Hidahyuwati sangat terharu.   Beliau berkata " Sebenarnya saya mempunyai semangat untuk mengubah murid kerana saya sendiri seorang murid biasa tetapi mendapat dorongan untuk menyanyi daripada guru saya semasa sekolah dulu . Guru saya selalu memotivasikan saya sehinggalah saya minat menyanyi  dan pernah memenangi banyak pertandingan nyanyian serta menyertai  pertandingan seperti peringkat akhir Bintang Remaja Johor dan Finalis Sinaran Passport Kegemilangan TV3 musim ke 3 pada tahun 1996".  Bagi beliau seseorang murid bukan saja perlu bijak dalam akademik tetapi perlu mempunyai nilai tambah dan keistimewaan sendiri
 Menjadi seorang guru, mestilah ada cabarannya. Cabaran yang dihadapi oleh beliau apabila ada di antara rakan setugas yang tidak faham dengan cara beliau mengajar murid. Ada di antara mereka merasakan Cikgu Hidahyuwati terlalu sangat berlembut. Tetapi cara ini banyak melembutkan hati juga murid-murid dan disukai anak muridnya. Apabila mereka sayangkan gurunya automatik mereka akan mendengar nasihat dan kata-kata gurunya
 Di sekolah, pasti ada anak murid yang lemah dan nakal. Sebagai cikgu, beliau berusaha untuk mengubah mereka. Semasa ditugaskan menjadi guru penyelaras keceriaan tandas sekolah, beliau telah menubuhkan dan melantik HYGENIC Squad Sekolah di mana ada di antaranya anak murid dipilih dari kelas yang lemah tetapi rajin dan ada murid yang nakal dan selalu membuat masalah di sekolah dan juga murid yang memang nampak bertanggungjawab. 


Nampak perubahan dan impak besar apabila murid-murid yang selama ini kurang diberi perhatian, menjadi lebih bertanggungjawab. Yang nakal pula boleh membuat laporan jika ada murid yang tidak mengikut peraturan. Sememangnya banyak menunjukkan ciri-ciri positif dan beliau sangat berbangga dengan apa yang dilihat
 Beliau berkata lagi, inspirasi bagaimana beliau mengajar anak adalah melalui anak-anaknya sendiri yang mempunyai sikap yang berbeza. Mungkin atas faktor inilah beliau melihat kepelbagaian muridnya dan sentiasa mencari kelebihan mereka bukan hanya akademik semata-mata
 Beliau banyak memegang jawatan penting di sekolah dan di luar sekolah seperti Penyelaras Sekolah Kluster, Sekolah Pemimpin Pemimpin Tengah, Setiausaha Peperiksaan, Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Penyelaras UPSR, dan Penyelaras Tahun 5




Beliau juga telah memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2006 dan 2018 dan Penyelaras Anugerah Khas Ketua Unit. Pernah menjadi Penyelaras Program Junior Superstar di Multimedia University Cyberjaya, Penyelaras Program untuk Perkampungan Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan, dan Penyelaras Program Piala Cyber ​​Bowling





Beliau telah membimbing pasukan sekolah dalam banyak pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan dan telah memenangi banyak pertandingan tersebut. Antaranya beliau berjaya - Mengembangkan murid SKPP11 (2) untuk mencapai pengiktirafan tertinggi dan membina keyakinan diri kita. - Memenangi Tempat Kedua Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Daerah- Johan Pertandingan Nyanyian Duet Peringkat Kebangsaan- Persembahan Kedua, Ketiga dan Terbaik Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kebangsaan di SKPP 16 (2)- Johan Pertandingan Catur (Kumpulan lelaki) dan tempat Ketiga untuk kumpulan Wanita MSSD Sepang- Johan untuk Debat Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan di SK Pengkalan Raja Johor- Pertandingan Nyanyian Solo Champion SSPN 2019
 


Di kala pandemik melanda, beliau menggunakan kreativitinya dalam pembelajaran dengan menjalankan pengajaran melalui YouTube di mana ia sangat menarik minat pelajar utk sertainya

Harapannya semoga pendidikan bukan lah dinilai semata akademik sahaja tetapi menjadikan individu yang berguna dan mempunyai sesuatu yang dibanggakan pada masa akan datang. Konsep beliau, jika pandai bertukang kita berilah gergaji , jika pandai melukis kita belikan lah berus terbaik. 







"Sesungguhnya kerjaya guru merupakan kerjaya saya yang paling tepat dan saya gembira menjadi guru di samping dikelilingi ramai anak-anak yang saya anggap seperti anak sendiri" kata Cikgu Hidahyuwati.

Apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ( AGI 2021 ), beliau sendiri tidak menyangka memandangkan sehari sebelumnya beliau tidak cukup tidur menyiapkan slaid apabila diminta oleh pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Putrajaya untuk membuat pembentangan amalan terbaik sekolah di mana beberapa projek besar sekolah yang beliau sedang laksanakan. Beliau berterima kasih kepada Zahra kerana mencalonkan beliau dalam AGI 2021

Hebat kan kisah Cikgu Hidahyuwati ni. Masa nad menemuramah beliau, memang panjang dia bagi jawapan, bersungguh dia. Memang beliau sorang guru yang hebat, dan berdedikasi. Memang layak menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 ni.
 

Selain kisah inspirasi Cikgu Hidahyuwati binti Ahmad, ada lagi kisah inspirasi cikgu yang lain yang menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 ini. Korang boleh baca kisah-kisah inspirasi 25 pemenang ini di www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/winners/2021
 Jangan lupa untuk tonton video penerima-penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 di https://www.youtube.com/watch?v=jrev4Oh8qA4

Setiap seorang daripada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 menerima wang tunai berjumlah RM5,000, manakala pencalon mereka pula menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2021/06/pemenang-anugerah-guru-inspirasi-mcdonalds-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemenang Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Nur Fadhlina

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Nur Fadhlina

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 577 hits
Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Nur Fadhlina Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 telah mengumumkan pemenangnya pada 31 Mei 2021 yang lalu AGI edisi kelima mener...
Penerima Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

Penerima Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 277 hits
Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 l Assalamualaikum dan hai semua Pada yang selalu singgah blog Ana mesti perasan yang sebelum ni Ana ada share tentang Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Haa kalau korang nak tahu pada 31...
Guru Taska Tadika Diperlukan Segera Ambilan Julai 2021

Guru Taska Tadika Diperlukan Segera Ambilan Julai 2021

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 311 hits
Jawatan Kosong Perlu Segera Kemasukan Julai 2021Ciri Pekerja Yang Dicari 1 Minimum SPM untuk Taska Minimum Diploma Untuk Tadika 2 Wanita BELUM Kahwin 3 Umur Bawah 27 Tahun 4 Meminati Pendidikan Anak Kecil 5 Mesra Peramah Dengan Anak Anak Ke...
Ebelia Rm300 Juta Kredit E Tunai Untuk 2 Juta Belia Dan Pelajar Sepenuh Masa Dibuka 1 Jun 2021

Ebelia Rm300 Juta Kredit E Tunai Untuk 2 Juta Belia Dan Pelajar Sepenuh Masa Dibuka 1 Jun 2021

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 355 hits
Assalamualaikum salam sejahtera Program eBelia yang merupakan sebuah inisiatif kredit e tunai bernilai RM300 juta akan dibuka kepada sekitar dua juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun 2021 Ianya bertujuan meringankan beban...
Menteri Nadiem Targetkan Vaksinasi Covid 19 Tenaga Kependidikan Selesai Agustus 2021

Menteri Nadiem Targetkan Vaksinasi Covid 19 Tenaga Kependidikan Selesai Agustus 2021

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 229 hits
Dengan angka yang baru mencapai 28 persen Nadiem mengaku mengalami keterlambatan dalam proses vaksinasi kepada mereka
Pengumuman Top Komentator May 2021

Pengumuman Top Komentator May 2021

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 410 hits
Assalamualaikum Hi korangHari ni tiba masa SA nak announce pemenang Top Komentator May 2021 Sebulan tunggu kan akhirnya dapat jugak pemenang Seronok rasanya tengok usaha korang untuk jayakan top commentators comment ni impian SAa nak bagi s...
Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 27 Mei 2021 Sehingga 2 Jun 2021

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 27 Mei 2021 Sehingga 2 Jun 2021

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 242 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism harga runcit produk petroleum bagi tempoh 27 Mei 2021 sehingga 2 Jun 2021 adalah ditetap...
Total Lockdown 2021 Apa Sahaja Yang Di Benarkan

Total Lockdown 2021 Apa Sahaja Yang Di Benarkan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 369 hits
Prosedur operasi standard untuk total lockdown yang berkuat kuasa bermula 1 Jun 2021 kebanyakannya menyerupai apa yang dikuatkuasakan semasa perintah kawalan pergerakan pertama pada bulan Mac tahun 2020 lalu Keseluruhan penutupan akan menya...
5677 Politikopi Sembang Santai Politik Dialektika Tv 28 05 2021

5677 Politikopi Sembang Santai Politik Dialektika Tv 28 05 2021

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 283 hits
Siaran Langsung POLITIKOPI Sembang Santai Politik Dato Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Zaidel bin Baharuddin Ketua Penerangan Parti MUDA Kemudi FAHMI SAMSUDIN Tarikh 28 MEI 2021 Siaran Langsung 9 00 malam Sumber...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat