Total Lockdown 2021 Apa Sahaja Yang Di Benarkan


Prosedur operasi standard (SOP) untuk 'total lockdown' yang berkuat kuasa bermula 1 Jun 2021, kebanyakannya menyerupai apa yang dikuatkuasakan semasa perintah kawalan pergerakan pertama (PKP 1.0) pada bulan Mac tahun 2020 lalu.


Keseluruhan penutupan akan menyaksikan sebahagian besar sektor ekonomi dan sosial ditutup kecuali perkhidmatan penting manakala pergerakan orang ramai juga akan dibendung.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk larangan pergerakan penuh (total lockdown) hanya akan membenarkan beberapa perkhidmatan seperti berikut:

Pembuatan
Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul - MRO). Makanan dan minuman. Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan. Barang-barang dan penjagaan diri, dan bahan pencuci. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet. Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran. Komponen bagi peranti perubatan. Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global). Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia. Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.
Kapasiti bekerja yang dibenarkan adalah 60% pekerja sahaja.

Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi
Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya (contohnya kedai yang menjual baja dan racun/kilang memproses buah sawit adalah dibenarkan untuk beroperasi). Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko).
Pembinaan
Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama. Kerja kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).
Kapasiti bekerja yang dibenarkan adalah secara optima.

Perdagangan Pengedaran
Kompleks membeli-belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar dan departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah. Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan kedai runcit serta departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja. Restoran, gerai-gerai serta outlet makanan. Dobi (termasuk layan diri). Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan. Kedai cermin mata dan barang optik. Kedai hardware. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti. E-dagang (semua kategori produk). Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja).
Semua sektor perniagaan ini dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam sahaja.

LAIN-LAIN YANG DIBENARKAN

Penumpang

Kapasiti kenderaan persendirian dihadkan kepada dua wakil isi rumah sahaja termasuk pemandu bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas sepanjang tempoh 14 hari Sekatan Pergerakan Penuh.

Bagi tujuan kesihatan dan perubatan pula, kapasiti maksimum yang dibenarkan hanya tiga orang termasuk pesakit.

Pergerakan itu juga terhad dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman namun jika perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius tersebut, pergerakan dibenarkan ke tempat paling hampir dengan kediaman.

Aktiviti Riadah

Dalam tempoh itu juga, pergerakan dan aktiviti riadah secara bersendirian tanpa bersentuhan dibenarkan namun terhad di kawasan terbuka selain hanya melibatkan senaman dan joging yang dilakukan di kawasan kejiranan bermula 7 pagi hingga 8 malam.

Taman asuhan kanak-kanak (Taska), taman didikan kanak-kanak (Tadika) dan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) swasta di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun dibenarkan beroperasi untuk petugas barisan hadapan serta ibu bapa yang kedua-duanya bekerja.

Pengangkutan Awam

Kapasiti penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan kepada dua orang termasuk pemandu dan penumpang disyaratkan duduk di kerusi belakang.

Bagi perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat seperti pengangkutan pekerja, bas henti-henti, bas ekspres, Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Express Rail Link (ERL), monorel dan feri dibenarkan beroperasi berdasarkan 50 peratus kapasiti.

Keagamaan

Aktiviti solat di surau dan masjid terhad kepada maksimum 12 ahli jawatankuasa (AJK) manakala aktiviti lain tidak dibenarkan.

Upacara pernikahan (akad nikah) Islam dibenarkan hanya di pejabat Jabatan Agama Islam dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing manakala aktiviti rumah ibadat bukan Islam adalah dihadkan kepada maksimum 12 AJK rumah ibadat dengan kehadiran penganut tidak dibenarkan.

Stesen Minyak

Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam kecuali di lebuh raya yang boleh beroperasi 24 jam.

Total Lockdown: Perkhidmatan Awam Bekerja Dari Rumah (BDR) Sepenuhnya!

Perkhidmatan awam akan melaksanakan kaedah Bekerja Dari Rumah (BDR) sepenuhnya susulan pengumuman pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Namun, arahan itu tidak termasuk perkhidmatan barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.

Perintah itu bertujuan untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19.

Semua mesyuarat dan perbincangan dilaksanakan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan serta tiada perjumpaan atau aktiviti fizikal dibenarkan.

Perkhidmatan kaunter ditutup dan segala urusan adalah melalui perkhidmatan dalam talian kecuali kaunter perkhidmatan kesihatan, balai polis dan di pintu-pintu masuk antarabangsa yang melibatkan perkastaman, imigresen serta kuarantin.

Pelaksanaan BDR adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 - Dasar Bekerja Dari Rumah, yang jelas memperincikan aspek-aspek yang perlu dipatuhi termasuk tidak boleh melaksanakan urusan peribadi dalam waktu bekerja. BDR adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 - Dasar Bekerja Dari Rumah, yang jelas memperincikan aspek-aspek yang perlu dipatuhi termasuk tidak boleh melaksanakan urusan peribadi dalam waktu bekerja.

Sebarang pelanggaran salah laku dalam pematuhan kepada BDR akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah P.U (A) 395 - Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Bagaimanapun, kehadiran ke pejabat boleh dibenarkan bagi proses kerja yang tidak dapat dilaksanakan secara BDR dengan tidak melebihi kapasiti 20 peratus di pejabat.

Antara urusan yang dibenarkan kehadiran di pejabat ialah pembayaran kontrak, invois atau gaji, pembayaran atau pengagihan bantuan bulanan dan berkala kepada rakyat, penyelenggaraan atau keselamatan permis dan pengurusan teknikal ICT bagi tujuan penyelenggaraan sistem serta mesyuarat dalam talian.

Penggiliran kakitangan bagi tempoh maksimun empat jam dan kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi dan pas pekerja. kakitangan bagi tempoh maksimun empat jam dan kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi dan pas pekerja.

Pemantauan akan dilaksanakan dari masa ke semasa dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan kepada arahan yang dikeluarkan. akan dilaksanakan dari masa ke semasa dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan kepada arahan yang dikeluarkan.

Sebarang pengecualian arahan itu perlu mendapat kelulusan Pejabat KSN.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Lockdown' 2 Bulan Rahsia Wuhan Bebas Covid-19!Asal-usul Perintah Kawalan Pergerakan
sumber: 1 | 2 | 3



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2021/05/total-lockdown-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkara Boleh Dan Tidak Boleh Semasa Total Lockdown 1 June 2021

Perkara Boleh Dan Tidak Boleh Semasa Total Lockdown 1 June 2021

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 327 hits
Total Lockdown pada 1 June 2021 bagi saya sama seperti PKP 1 0 yang telah kita semua lalui pada 18 Mac 2020 Cuma kali ini beberapa perubahan besar seperti perkhidmatan penjajaan peniaga kecil di buka sepenuhnya Semua peniaga jalanan dibenar...
Total Lockdown Fasa Pertama Di Seluruh Negara Bermula 1 Jun Hingga 14 Jun 2021

Total Lockdown Fasa Pertama Di Seluruh Negara Bermula 1 Jun Hingga 14 Jun 2021

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 298 hits
554 total views 554 views today Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara mengenai Pengurusan Covid 19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown...
Malaysia Total Lockdown Mulai 1hb Jun 2021

Malaysia Total Lockdown Mulai 1hb Jun 2021

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 399 hits
Setelah hampir dua tahun lamanya kita berperang dengan Covid 19 nampaknya kerajaan Malaysia masih belum ada jalan penyelesaian yang konkrit bagi menangani penularan wabak sekaligus mempertaruhkan nyawa rakyat dan semalam Malalui perutusan d...
Terkini Kerajaan Laksana Total Lockdown Bermula 1 Jun 2021 Pmo

Terkini Kerajaan Laksana Total Lockdown Bermula 1 Jun 2021 Pmo

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 509 hits
Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Total Lockdown selama 14 hari bermula selasa 1 jun 2021 sehingga 14 Jun depan Perkara tersebut dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan mereka sebentar tad
Total Lockdown 1 Jun 2021 Hingga 14 Jun 2021 Diumumkan Perdana Menteri

Total Lockdown 1 Jun 2021 Hingga 14 Jun 2021 Diumumkan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 334 hits
TOTAL LOCKDOWN 1 JUN 2021 HINGGA 14 JUN 2021 DIUMUMKAN PERDANA MENTERI28 Mei 2021 sebanyak 8290 kes positif covid19 dilaporkan Ia adalah kes positif harian yang tertinggi Sungguh merisaukan bila angka ini kian meningkat Tiada tanda ianya ak...
Mustapa Previous 2021 Gdp Forecast May Not Be Achievable After Total Lockdown

Mustapa Previous 2021 Gdp Forecast May Not Be Achievable After Total Lockdown

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 280 hits
The government is expected to revise the forecast of the country s gross domestic product growth which was previously projected at between 6 0 percent and 7 5 percent for 2021 Minister in the Prime Minister s Department Mustapa Mohamed said...
Let This Be The Last Total Lockdown Govt Told

Let This Be The Last Total Lockdown Govt Told

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 306 hits
Experts do not expect panic buying as people have got used to movement control orders but warn of desperation if no aid is forthcoming PETALING JAYA Health sector workers can finally breathe the total nationwide lockdown announced by the Pr...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat