Pembuangan Pekerja Berlanjutan Sehingga 5 Tahun Akan Datang


Penstrukturan semula organisasi syarikat dan sumber tenaga manusia menerusi langkah pembuangan pekerja di sektor swasta dijangka semakin meruncing, malah bakal berlanjutan melangkaui 2020.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, menyifatkan majoriti peneraju industri perniagaan dan sektor swasta di Malaysia ketika ini mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’, termasuk dalam mencatur sebarang pelaburan jangka panjang kerana gusar dengan pelbagai dasar ekonomi kerajaan.

Katanya, ia turut berpunca daripada bebanan peningkatan kos operasi susulan tempias pelaksanaan gaji minimum yang akan berkuat kuasa 1 Januari tahun depan dan peralihan tanggungan caj levi pekerja asing kepada majikan.

“Melihat kepada senario perkembangan semasa, saya tidak menolak perkara ini (pembuangan pekerja) boleh berlanjutan sehingga empat atau lima tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Penerbitan MEF 2018, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MEF, Tan Sri Azman Shah Haron.

Shamsuddin berkata, siri impak negatif yang dialami majikan tidak akan membuka peluang untuk mereka menjana pendapatan dan pulangan pelaburan, sekali gus merencatkan kadar kutipan cukai kerajaan daripada sektor swasta.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan kos mengendalikan perniagaan supaya sebarang pulangan hasil sektor swasta berupaya digunakan untuk menjana pendapatan daripada pelaburan berkaitan.

“Contohnya, RM3 bilion ditanggung majikan demi menjelaskan bayaran levi pekerja asing sewajarnya dapat digunakan bagi menjana pelaburan, sama seperti kos diperuntukkan untuk menampung peningkatan gaji minimum kepada RM1,100 yang akhirnya tidak memanfaatkan tenaga buruh tempatan.

“Kita faham kerajaan hilang banyak hasil susulan peralihan kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), selain terpaksa kembali bergantung kepada pendapatan PETRONAS, namun langkah ‘menekan’ majikan dengan melaksanakan pelbagai dasar yang tidak tepat hanya bakal memburukkan keadaan.

“Jalan terbaik ialah kerajaan harus mengadakan perbincangan dengan majikan, menerusi MEF dan pihak berkaitan supaya sebarang dasar yang akan dirangka tidak mencetuskan impak negatif,” katanya.

Mengulas mengenai pelbagai majlis dan jawatankuasa rundingan yang pernah diwujudkan sebelum ini,

Shamsuddin berkata, pihaknya difahamkan kerajaan menarik balik semua pelantikan ahli serta akan mengumumkan senarai anggota baharu.

Bagaimanapun, katanya, barisan ahli bagi menganggotai majlis dan jawatankuasa berkenaan belum diputuskan pasca enam bulan pembentukan kerajaan susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Sementara itu, Ahli Majlis MEF, Datuk Seri Tan Thian Poh, berkata memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Nepal berhubung kemasukan buruh asing yang menyaksikan majikan terpaksa menanggung bayaran rekrut, tiket penerbangan dua hala, visa, pemeriksaan kesihatan dan caj levi bakal mengundang impak negatif.

“Saya dengar MoU sama akan dimeterai kerajaan dengan Bangladesh supaya semua bayaran membawa masuk buruh asing ditanggung majikan, bukan pekerja seperti yang dilaksanakan sebelum ini, justeru ia akan meningkatkan bebanan kos operasi kami,” katanya.

Thian Poh turut menyuarakan harapan supaya ‘harga diskaun’ bayaran levi bagi pekerja asing yang berkhidmat melebihi tempoh 10 tahun di negara ini di sektor pertanian dan perladangan diperluaskan, berbanding hanya terhad kepada segmen tertentu.

Beliau yang menjadi antara peneraju sektor pengeluaran tekstil berkata pihaknya menampung kos bayaran levi seorang pekerja asing melebihi RM10,000 setahun, manakala pertanian dan perladangan menikmati kadar berbeza, iaitu RM3,500.

“Kenapa perlu ada dasar pilih kasih, sebaliknya perluaskan kadar khas ini kepada sektor lain yang turut menyumbang kepada pendapatan negara,” katanya.

sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2018/11/pembuangan-pekerja-berlanjutan-sehingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengharaman Kesatuan Pekerja Estet Tahun 1967

Pengharaman Kesatuan Pekerja Estet Tahun 1967

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 262 hits
Tahun 1967 merupakan tahun penting untuk gerakan kesatuan pekerja estet di Malaysia Pada 6 April 1967 kerajaan telah menggantung pendaftaran Kesatuan Pekerja pekerja Estet Malaya Bersatu yang merupakan kesatuan sekerja yang independen dan k...
Setelah 40 Tahun Keadilan Akhirnya Datang Di Kamboja

Setelah 40 Tahun Keadilan Akhirnya Datang Di Kamboja

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 412 hits
Selama satu dekade pengadilan mengalami proses panjang dari mulai mendengar kesaksian ratusan orang hingga mengumpulkan sejumlah dokumen yang menggambarkan bagaimana rezim Pol Pot membunuh rakyat dengan kekejaman luar biasa sampai kemudian ...
Permenpan No 61 Tahun 2018 Jadi Solusi Rendahnya Angka Kelulusan Cpns 2018

Permenpan No 61 Tahun 2018 Jadi Solusi Rendahnya Angka Kelulusan Cpns 2018

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 349 hits
Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi mengeluarkan PermenPAN Nomor 61 Tahun 2018 Peraturan ini didasarkan rendahnya angka kelulusan khususnya di instansi instansi daerah Pemerintah berkomitmen penuh dan serius da...
Jelang Natal Dan Tahun Baru Polri Akan Gelar Operasi Lilin

Jelang Natal Dan Tahun Baru Polri Akan Gelar Operasi Lilin

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 382 hits
Dedi mengungkapkan Kapolri akan mengumpulkan seluruh Kapolda dan pejabat utama dalam rangka mempersiapkan Operasi Lilin Dalam pertemuan tersebut akan disampaikan fokus pengamanan Natal dan Tahun Baru
10 Resipi Sandwic Homemade Sesuai Untuk Jamuan Akhir Tahun

10 Resipi Sandwic Homemade Sesuai Untuk Jamuan Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 766 hits
Sandwic biasanya disajikan sebagai sarapan namun kini terdapat pelbagai jenis sandwic homemade moden yang didatangkan dengan pelbagai inti enak Sangat sesuai jika dijadikan hidangan untuk jamuan di sekolah anak anak Maklumlah musim persekol...
Di Akhir Tahun Tokopedia Sebut Siapkan Inovasi Baru

Di Akhir Tahun Tokopedia Sebut Siapkan Inovasi Baru

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 392 hits
Tokopedia kembali menghadirkan beragam inovasi digital untuk mempersiapkan para penjual menghadapi lonjakan pesanan akhir tahun antara lain Saldo Prioritas dan Voucher Toko
Bkn Pastikan Seleksi Cpns 2018 Rampung Akhir Tahun

Bkn Pastikan Seleksi Cpns 2018 Rampung Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 337 hits
Kepala BKN Bima Haria Wibisana mengatakan dengan adanya peraturan menteri Nomor 61 Tahun 2018 tentang Optimalisasi Pemenuhan Kebutuhan Formasi Pegawai Negeri Sipil Dalam Seleksi Calon Pegawai Negeri Sipil 2018 maka proses perekrutan seleksi...
Saya Masih Ingat Janji Mereka Yang Diberikan 2 Tahun Lalu Mangsa Simbahan Asid Kesal Usahawan Kosmetik Mungkir Janji

Saya Masih Ingat Janji Mereka Yang Diberikan 2 Tahun Lalu Mangsa Simbahan Asid Kesal Usahawan Kosmetik Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 862 hits
Saya masih ingat janji mereka yang diberikan 2 tahun lalu Mangsa simbahan asid kesal usahawan kosmetik mungkir janji Jika tidak boleh tolong jangan bagi harapan palsu sekali gus mempermainkan perasaan saya demikian luah Nurul Dahyatul Fazli...
5 Tahun Penantian Alhamdulillah Saya Disahkan Pregnant

5 Tahun Penantian Alhamdulillah Saya Disahkan Pregnant

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 233 hits
5 tahun penantian Alhamdulillah saya disahkan pregnant Apabila sudah melalui fasa perkahwinan setiap pasangan juga pasti merasai kekosongan Sudah pastinya anak adalah sebagai pelengkap kepada sesebuah perkahwinan Ada pasangan yang sudah ber...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah